Monday, November 6, 2017

Gubahan Bunga tangan

Last ADA buat bunga tangan masa my own wedding. Actually this is not my speciality. Memang ADA rasa susah sangat nak buat. Suddenly ada yang minta wat fresh flower. ADoi.. berat hati sangat2 sebenarnya nak buat. Ye lah takut bunga tu tak tahan dan tak menjadi dan lain2 lagi lah....

Alhamdulillah menjadi juga. ADA beli bunga jenis ni dan warna putih senang nak matching2 with whateva ur wedding clothes. ADA memang suka bunga warna putih je.... x kisah bunga apa .... or soft color... warna merah dan  warna lain meamng tak berapa nak minat.



Gubahan Hantaran


Lama dah tak menggubah hantaran. Last about two years ago.
This time quite mencabar since ada anak kecik + Baby M dah pandai juga nak "menggubah"//
hahahaha.....

Bunga ADA beli dekat Kaison je. Tiadalah murah sangat tapi cantik and i think worth the value of money. Ini paling banyak ADA pernah gubah setakat ini which is 11 dulang. Lama juga mebuatnya maybe sebab dah lama tak buat. Mula dari jam 11.30 after Baby M sleep dan habis around 3am... 
5.00am Baby H dah bangun.... pergh.....

Tema kali ni warna peach. ADA suka simple2 tapi takdelah kurang sangat. Suka nampak penuh dalam dulang. & im using my fav artificial flower hydrangea......nampak real.


Mira cake house kuala lumpur

Semasa jalan-jalan di sekitar area rumah semalam terjumpa Mira  Cake House. 
Makanya ADA terus masuk sebab nak tengok it is the same cake house yang kat Kuching tu.

Sama. Harga dan rasa.


ADA sangat suka Mira fruitcake. Rasa moist & not too sweet.

Sesiapa yang teringin tu boleh jengah ke alamat berikut:

Alamat9, Jalan Enggang, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia


Tak perlu dah nk pergi sarawak semata-mata nak makan original kek lapis... nyummy....



Tuesday, September 12, 2017

Menjadi seorang isteri yang berdikari

ADA dah biasa berdikari sejak dari kecil lagi sebab ibu ADA tak reti membaca jadi bila kena naik kenderaan awam atau terdapat keperluan lain ADA terpaksa buat sendiri. Ayah pula memang jarang berada di rumah. ADA isi borang masuk IPT dan apply scholar semua sendiri. Tak tahu nak isi macam mana sebab masa tu ADA kena isi borang online, ADA call directly kepada pihak scholar. Kena marah sebab banyak soalan. Actually it is really difficult for me to complete form online sebab nama ADA banyak symbol (‘) , makanya selalu appear error bila fill in online form. Lagi pun masa tu semua fill in hardcopy tapi IPT yang ADA nak tu kena apply online. ADA usaha juga isi.

Dan dulu tak secanggih sekarang. Now info hanya di hujung jari sahaja. ADA pernah silap tunggu bas nak balik rumah sebab masa tu RapidKL dah tukar stesen. Bas yang ADA nak naik itu tiada di stesen yang ADA tunggu. Alhamdulillah pengalaman-pengalaman ini mendewasakan ADA dari segala segi.

Apabila dah berkahwin dan duduk sekali dengan husband (mula2 kahwin ADA dan En Suami PJJ), En Husband manjakan ADA. Semua dia nak tolong buatkan hatta angkat handbag pun. Hantar dan ambil pergi-balik kerja. Pergi mana-mana semua bersama. Memang kalau boleh en Husband takkan biarkan ADA buat kerja seorang-seorang. ADA ni asthma dari kecil jadi kalau bersihkan habuk di rumah, husband yang akan buatkan tapi takat sapu2 sampah, masak dll ADA masih buat sendiri. Jadi makin lama, ADA dah mula dependent kepada En Husband sampailah ADA lahirkan Baby H bulan April yang lalu. En Husband tak dapat temankan memandangkan Baby M(anak sulung ADA) tengah kena demam campak. Jadi En Husband terpaksa jaga Baby M dirumah. Boleh baca post disini :

<< Baby H delivered >>

After maternity leave, ADA cuba sedaya upaya untuk jadi independent semula. Lagipun sekang En Husband banyak kena outstation. ADA akan balik kerja sendiri dengan menggunakan kenderaan awam. Drive sendiri dan cuba uruskan anak-anak sendirian. Rasa berat mula2 tapi lepas sebulan ADA rasa life getting better.  Tiba-tiba semalam En Husband kena attack by his slip disk history. Allahuakhbar, nak bergerak pun susah. Tapi ADA ok untuk uruskan anak-anak sebab ADA dah cuba buat sebelum ini.  Syukur. Sebab tu orang selalu pesan supaya kita bersiap sedia sebelum ujian mendatang sebab we never know what will happened next in our life. Orang memang selalu cakap perempuan kena bersedia takut dimadukan la, husband lari la dll tapi sometimes for unexpected case cam ADA ini pun, preparation to be independent itu penting. At least, masa en Husband tengah sakit ini, dia boleh focus untuk penyembuhan diri sendiri tanpa gangguan. ADA lihat ramai sekarang isteri yang terus bergantung sangat dan tak nak move dari comfort zone bila dah berkahwin. Semua harapkan husband yang tolong. Bukannya tak boleh, tapi diri sendiri pun kena tahu juga supaya kita bersedia. Hidup ini penuh dengan ujian.


Friday, August 25, 2017

Apabila kita diuji

This week entah kenapa asyik rasa nak marah sahaja sedangkan takde lah benda besar pun..
Istighfar banyak2, dalam hati asyik mengomel itu dan ini. Allahuakhbar mungkin petanda hati perlukan lebih perhatian. ADA ingat dulu bila rasa nak marah, ADA akan pergi bersenan di taman or bila waktu lunch pergi gym yang disediakan oleh company. Bagi badan penat. Turn the angry energy  into something useful for your body. Kesian sebab BP will increased rapidly once you get angry. Tapi after married seem lack of this action. Bila marah, ADA akan keep eating and most of the time eating unhealthy food. Makan junk food, drinking a lot of sweet drink. Impact nya my weight increased rapidly. 10kg within 7 month and keep increasing.  Bila nak start balik healthy life memang payah.

Alhamdulillah selepas bersalinkan Baby H kesedaran tentang kepentingan kesihatan ini datang semula. Nawaitu kali ini lebih clear. Nak sihat then boleh beri lebih khidmat kepada orang lain (anak2 & family). Dan juga seperti kata2 en Husband, boleh lebihkan amal dan senang nak buat ibadat. InsyaAllah.

Jadi after ADA masuk semula kerja selepas bersalin. ADA dah mula sikit2 senaman. Tak berani pula terus aktif since ADA czer for second pregnancy. Join the activity that promoted by the company such as zumba (ikut slow2 dulu), breeze walk for 1 or 1 and half hour after working hour. Walkathon, fun run on weekend. Makan pun jaga walaupun kadang-kadang makan juga fast and junk food bila teringin. ADA will make sure malam ADA masak kat rumah dan semestinya sayur2an as main ingredient. 

A nice article my husband give this morning:-

Apabila kita diuji,
Hati berbisik. Orang sekeliling menasihati.

"Allah uji sebab nak hapus dosa"

Ya betul... Tapi,

Kita makin sedih.
Makin kecewa.
Makin meratapi dosa.

ALLAH jua diajukan soalan.

Kenapa dan Mengapa.

Wahai sahabat,
Berhenti sejenak... dan tukarkan fikiran kita yang negatif itu.

Allah dah janji,

INNA MA'AL USRI YUSRO..
(setiap kesusahan itu BERSAMA kesenangan)

Nabi Muhammad Saw juga diuji. Bahkan lebih hebat daripada kita... lalu adakah kerana DOSA ??
(Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad)

Nabi Zakaria dipotong badannya hingga terputus dua... adakah kerana DOSA ??

Sumayyah dicampak ke dalam parit api. Hingga habis sekeluarga... adakah kerana DOSA ??

Bilal bin Rabah juga terseksa di dunia. Dihempakkan batu besar di atas dada... adakah kerana DOSA ??

Bukan.. bukan..bukan.. Bukan kerana DOSA semata2...

Allah uji untuk,
Menaikkan darjat.
ALLAH uji sebab DIA kasihkan kita.

Kerana ALLAH rindu airmata kita...

Indah kan 😍

Bila kita menangis, Malaikat tadah air mata dan simpan di Akhirah. Airmata keinsafan kita yang rindukan dan takutkan Allah mampu memadamkan api neraka.

Sahabat yang dikasihi,

Jangan prejudis pada Allah apabila diuji.
Jangan menghukum diri apabila diduga.
Sebaiknya ambil wudhu'.. solat dua rakaat.. selepas salam.. istighfar dan selawat..

Senyum memandang ke langit, biarlah airmata berlinang... bisik dalam hati sedalam dalamnya.

"Ya Allaaaaahhhhhh.. terima kasih kerana TIDAK MELUPAKAN aku.."

Allah itu ADIL..
Allah itu PENUH KASIH SAYANG..
Allah itu PENCIPTA kita..

Siapa lagi nak UJI kita kalau bukan Allah .
Siapa lagi nak SAYANG kita kalau bukan Allah .
Siapa lagi nak MULIAKAN kita kalau bukan Allah .

Jangan berhenti MENGGALI kasih sayang Allah.
ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Bersabarlah setiap kali diuji.
Bukan Allah membenci, cuma merindui rintihan hati.

Kita hamba yang sering lupa diri.
Kita suka menunding jari.



Tuesday, August 15, 2017

Fiske Steakhouse

Actually ini kali ke dua ADA pergi makan di Fiske sebab dekat dengna rumah. Mula-mula dulu makan western. Boleh tahan rasanya. Tapi this time ADA and husband nak cuba makan makanan selain western. Ermmm.... sangat frust sebab macam tiada rasa langsung. Nasi Arab tu memang tak boleh nak dihabiskan langsung. Husband yang tapau semua makanan tu. ADA beli mushroom soup with bread untuk anak. Nothing special, macam rasa mushroom soup dalam tin and a bit salty to me.

Set Asam pedas ikan pari. Ada telur masin, sambal belacan, timun. But Asam pedas tu memang tasteless plus sangat cair. One set harga RM12.00

Set Nasi Arab. Dalam mangkuk tu kentang with tomato sos. Semua takde rasa dan nasi berminyak sangat.


Boat Noodle at Sogo

Asbab lah ofiice kitaorang ni dekat-dekat dengan Sogo, makaya time lunch menag ke Sogo sahaja lah. Sekarang ini kedai makan di Sogo pun dah bermcam-macam sejak Sogo reno their building level by level. A lot of improvement compared to previous year. Kawan-kawan ajak ADA makan di Boat Noodle. Selalunya tempat ini penuh, kebetulan minggu lepas hari Khamis lengang pula. Jadi kitaorang pun luncheon kat sana. Service ok, takde lah tunggulama sangat makanannya. Tapi cam tak banyak sangat variasi makanan bagi ADA. Ini antara makanan yang kitaorang order last week.

Air boleh tahan sedap. But i think the coconut shake boleh dapat yang lebih sedap dan murah kat luar.

 ADA makan mee je. Rasa kuah tak boleh kena dengan tekak. Thailand taste sangatt....

Nasi putih telur mata dengan ayam cincang masak kicap. Rasa cam biasa sahaja.


Kerabu mee orang kata tapi bagi ADA dah rasa macam makan mee maggi sedap tapi diorang tambah perasa bagi masam2 supaya ada Thailand nya rasa.... Banyak sangat bahan perasa.... 


Overall bagi ADA rasa kedai boat noodle ni biasa2 je. Boleh cuba but not one of my favourite la. ^_^

Sunday, August 6, 2017

Restoren Dapur Sarawak

Dulu-dulu memang ADA tak gemar makan mee kolok tapi semenjak mengandung kali ke dua hari tu, asyik teringin nak makan mee kolok. Sampai balik Kuching semata-mata nak cari mee kolok asli. Ingatkan lepas bersalin dah tak teringin dah nak makan mee kolok. Rupa2nya masih mencari.

ADA google jumpa pasal Restoren Dapur Sarawakdi jalan pekeliling KL. Ok dekat. Jadi boleh ajak En Suami pergi dengan kadar segera. Hehehe…..

ADA order mee kolok udang dengan mee kolok goreng ayam. Tapau balik laksa Sarawak. Sedap lah mee kolok dia sampai repeat for the next weekend. Gambar ihsan google sebab tak sempat nak makan.




Thursday, August 3, 2017

Pumping Set

Kali ini ADA cuba untuk guna set mengepam Real Bubee. Sebelum ini ada guna single pump snow bear dan double pump spectra 3. Pernah juga guna manual pump Pureen. Manual ni sakit dan sangat lenguh tangan nak gunakannya.

ADA share serba sedikit berdasarakan pengalaman ADA menggunakan set2 pump ini.

Single pump snow bear
1. Suction lembut even dah guna yang maksimum.
2. Since single pump, its take a lot of my times. Not suit when im at office.
3. Best sebab banyak option untuk guna engine mesin. Boleh guna battery, direct power supply and power bank. Yezza.
4. Ringan.
5. Bunyi slow
Beli dengan harga RM200 with 2 years warranty.



Spectra 3
1. Suction boleh laras tapi bagi ADA suction spectra agak kuat.
2. Berat jadi tak sesuai nak mengangkut ke hulu ke hilir.
3. Kena ada direct power supply sebab no option to use the machine.
4. Boleh digunakan untuk heavy duty.
5. Bunyi kuat.
6. Boleh double and single pump
Beli dengan harga RM500 with 1 years warranty.


Real Bubee
1. Ringan and kecil.saiz lebih kurang mouse je.
2. Suction tak begitu slow and tak begitu kuat.
3. Boleh guna direct power supply and power bank.
4. Bunyi kuat juga.
5. Boleh double and single pump
6. Tak boleh lama sangat guna, Cepat panas and suction jadi slow.
Beli dengan harga RM50 di shopee.



Overall, puas hati dengan Real Bubee ni. Spectra standby kat rumah. Jadi ADA tak perlu angkut pumping set pergi balik ofis. ADA guna real bubee ni with freemie set.


Tuesday, August 1, 2017

Pre eclampsia sewaktu mengandung

Baru sahaja ADA post berkenaan how smoothly second pregnancy ni berbanding mengandungkan Baby M. Boleh refer ke post yang lalu :

Waiting for the second Gift


Tapi rupa-rupanya ujian sewaktu melahirkan baby second ni lagi berat dari baby first dulu. ADA kena pre eklamsia(PE). Apa itu preeklamsia? Boleh rujuk di sini.


description akak ni memang kena dengan keadaan ADA masa tu.

ADA pun tak sedar yang dah ada banyak tanda2 PE. Seminggu sebelum kena wad ADA pernah 2-3 kali rasa nak pitam, bangun jam 2-3 pagi sesak nafas, telinga rasa macam keluar gas dan luka kecil berdarah tanpa henti dari waktu tengah hari sampai malam. Tapi ADA ini jenis degil juga masih tak mahu terus pergi ke hospital. Cuma konsisten makan ubat dan jika tak larat ADA akan ambil cuti rehat. Seminggu sebelum melahirkan Baby H (second baby), ADA balik hari2 dengan GRAB car. Memang costly tapi nak buat macam mana memang nak jalan pun dah tak larat. Kaki bengkak hanpir dua kali ganda.

Sewaktu follow up check up dengan doktor. Doktor kata muka dan tangan ADA dah mula bengkak. BP tinggi dan ada protein dalam urin, makanya ADA ditahan di wad untuk closedly monitor by doktor. Doktor juga dah tukar ubat darah tinggi ADA dari labetolol kepada adalat. Nak dijadikan cerita, ADA ini memang tak boleh duduk dalam wad, memang tak boleh nak tidur terutama kalau tiada orang teman waktu malam. Kebetulan Baby M(anak Sulung) kena demam campak, jadi abinya kena jaga siang dan malam. Kesian kat Baby M sebab uminya takde bila dia kena demam campak.

ADA duduk dalam wad 3 hari, dan memang tak tidur. Doktor bagi ubat tidur pun, ADA Cuma tidur dalam 2-3 jam sahaja. Jadi tekanan darah makin tinggi dan protein dalam urin pun dah 3+ (500). Doktor terus tanya ADA nak transfer ke hospital mana sebab Hospital Az-Zahrah tak terima kelahiran bayi bawah 37 minggu. Masa tu ADA baru 35 minggu. Banyak hospital tak nak terima sebab emergency case  (HUKM, Prince Court etc etc). Last doktor cuba KPJ Ampang Puteri, disebabkan doktor Noraini kenalan dengan doktor Fauziah. ADA di transfer ke sana menaiki ambulans.

Sampai sahaja di kecemasan Ampang Puteri, tekanan darah semakin tinggi 186/120 dan semakin naik. Jadi jururawat kat sana terus suruh pakai baju operation theatre(ot) dan on medication. Selepas on medication kat tangan kanan ADA, nurse try cucuk tangan kiri tapi tekanan dalam badan tinggi, jadi setiap kali cucuk..darah memancut keluar. Nurse terpaksa call doktor bius. Doktor bius datang pun try 3-4 kali baru dapat tu pun di tangan kanan. Tangan kiri memang dah tak boleh. Dari jam 2.30 pm hingga 8.30malam. Baru baby Selamat dilahirkan.Kena emergency delivered, which is delivered by caesarean (czer). Baby dimasukkan ke dalam incubator semalam. Alhamdulillah dilahirkan dengan berat 2.1kg. Cuma masa lahir bayi nangis sekali sahaja lepastu diam.

ADA dimasukkan ke ICU sebab rhythm pernafasan yang tak stabil dan tekanan masih tinggi. Bila doktor nak gerakkan ADA still tak bangun.  Jam 12 tghmalam, ADA rasa macam contraction nak bersalin normal even masa tu under medication morfin. Ada orang panggil rengat/ tumpah darah. Habis katil penuh darah. Nurse bantu keluarkan semua darah. Memang sakit macam rasa bersalin.

Jadinya second pregnancy ni rasa both la: operation dan normal…Lama juga di hospital almost seminggu baru discharge.Apa pun, syukur masih diberi peluang untuk bernafas dan bertaubat …


Nasihat ADA pada ibu2 yang sedang mengandung dan ada hypertension aka darah tinggi. Tolong :

1. Monitor your bp daily especially during working day. Boleh beli jam yang boleh monitor BP. Senang even the measurement lari sikit dari mesin omron.

2. Jaga makan.

3. Please get a rest ! Ini penting, jangan push diri sangat berjalan sana sini sebab nk delivered baby secara normal. It doesn’t work for hypertension mother. Ini hanya akan menaikkan tekanan darah si ibu sahaja.

4. Control your stress, memang payah tapi ini sangat membantu untuk control diri.


Pengalaman kali ini memang banyak memberi pengajaran dan menyebabkan ADA lebih berhati-hati.
* oh lupa nak mention 2 weeks before delivered baby, berat badan naik smp 5kg even makan macam biasa.
Tangan membengkak

ni sebenarnya wayar untuk masuk air tapi sebab tekanan dalam badan tinggi makanya gerak sikit je darah yang keluar.

Monday, July 24, 2017

Set berpantang

Semangat membeli set berpantang kali ini sebab berdasarkan pengalaman anak yang pertama, set berpantang yang betul membantu proses pemulihan selepas bersalin dengan kuasa Allah swt. InsyaAllah. Masa bersalin tahun 2014 dahulu, ADA beli set bersalin Afiat tetapi ada beberapa ubat yang dalam set tu ADA tak guna. Jadi macam membazir. ADA tak boleh consume ubat panas2 sebab nanti tekanan darah naik + kulit jadi kering + susu badan pun berkurang. Itu ADA lah.... sebab ada orang kata makan jamu susu bertambah but it doesn't work with me. Ikut badan masing2. Semasa berpantang pun ADA tak boleh makan lobak merah & putih sebab mesti badan berangin sampai sakit kepala dan rasa nak demam.

Makanya, untuk berpantang kali ke dua ni ADA beli asing-asing. Bukan satu set. 

Bersemangat beli bengkung berzip ini tapi tak berani nak guna sebab bersalin secara czer.


- Baki minyak panas Afiat : ADA tak guna pun
- Minyak Herbanika Nonaroguy : Memang best, tak panas sangat tapi rasa best bila pakai. ADA try letak kat pad masa dah akhir-akhir tempoh nifas. Alhamdulillah keluar semua darah kotor yang bersisa dalam masa 1 day. Letak kat kaki sebelum pakai stokin. Memang rasa best badan. Husband kata memang bau orang bersalin.
- Minyak Anugerah : Panas.best juga pakai kat kaki.

- Brown Soap Tanamera : Rasa macam pakai scrub sebab kasar cuma bau dia kuat. Memang bau orang berpantang jadinya bilik mandi.
- Mandian Herba Tanamera: Lepas mandi muka ada kekuningan sikit. ADA syak ada campuran kunyit. Bauan mandian ni pun agak kuat dan material dia tak tahan. Cepat hancur macam uncang teh. 


- Losyen Tapel Sariayu: ADA pakai lambat after 1 month sebelum pakai korset. Tak panas sangat tapi tak nampak sangat perubahannya.
- Losyen Param Sariayu:  Param terbaik setakat ini yang ADA pernah guna. Senang digunakan and super panas. Sesuai sangat untuk orang yang lepas bersalin. ADA selalu guna lepas mandi. Selesa.



Friday, June 9, 2017

Kasut sketchers


ADA dah lama ada masalah sakit di lutut sebelah kanan. Dua kali kemalangan dan mengalami kecederaan di tempat yang sama iaitu lutut kanan. ADA pernah makan supplement glucosamine beberapa kali (beberapa botol lah juga). Tahun lepas ADA gain weight yang menyebabkan sakit lutut ni menjadi2 sehingga ke tapak kaki. Bila bangun pagi menyucuk2 rasa sakit tu. Supplement glucosamine tu pun dah semcam tak berfungsi.

ADA cuba alternatif lain pula dengan membeli kasut yang kononnya memberi kelegaan pada kaki.ADA pernah beli crocs dan footlink. Even medifeet pun pernah pergi cuba tapi tak berapa membantu. Sakit masih ada. 1-2 minggu pakai sahaja ok. Kalau berjalan jauh sedikit pun, kaki kembali sakit. Kawan sarankan kasut jenama sketchers- walk to go. Katanya selesa dan dapat mengurangkan kesakitan kaki.

ALHAMDULILLAH dengan izin Allah selepas memakai kasut sketchers, sakit kaki berkurangan tapi agaknya sebab berat ADA yang berlebihan, tapak kasut hampir tipis selepas 1 tahun. Lagi puna memang kemana sahaja ADA memakai kasut tersebut. Berbaloi beli kata en suami. ADA siap sarankan kepada kakak ADA yang turut mengalami masalah yang sama.

Sekarang dah ada 3 pasang kasut sketchers. Yang dua di atas ni ADA beli online melalui tcp.feet... Murah dari outlet, cuma masa menunggunya lah agak lama sebab kena pre order.

Yang terasa nak cuba kasut sketchers ni boleh beli dgn owner ig tcp.feet. ADA Just share sebab dua2 kasut yang beli online ni original dan selesa. Berbaloi rasanya dapat jimatkan duit dari beli di outlet...😊😊😊

First time masak kari ikan merah



Perihal kari. Semalam en Suami tanya ada ke rempah kari di rumah. ADA pun balas kata takde rempah kari. Sekali selongkar peti, rupanya mak simpan dalam peti sejuk. Mengenangkan pertanyaan en suami semalam, ADA pun masak le kari ikan merah hari ni. sebenarnya ni first time ADA masak kari untuk en suami sepanjang kitaorang kahwin dah dekat empat tahun ini. ADA bukan peminat kari. Lagi pun sebelum ini duduk bersama mak..selalunya mak yang masak kecuali hujung minggu ADA take over tugasan memasak tu.

Alhamdulillah licin en suami makan. Dia suka kari tanpa santan rupanya. ADA baru tau ni sebab tengok mentua and husband masak kari sebelum ini.

Suka tengok en suami makan hari ini.  😊😊😊

Sunday, May 28, 2017

Hanya dengan memandang

Entah berapa kali jatuh cinta dengan encik Suami.

Tengok en Suami tidur jatuh cinta,
Tengok en Suami makan jatuh cinta,
Tengok en Suami jemur kain jatuh cinta,
Tengok en Suami tak buat apa2 pun jatuh cinta..
Hari2 rasa jatuh cinta dengan en Suami.

Satu per satu pengorbanan dan memori bersama en Suami yang dikenang.
Dari mula berkenalan hingga kini.

Allahuakbar...  terlalu banyak yang perlu disyukuri dengan pemberian ini. 

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Sebab tu bila beremosi dengan en suami, ADA akan cuba untuk elakkan memandang muka en Suami.Nanti tak jadi nak beremosi. Hehe...

Alhamdulillah, alhamdulillah,  alhamdulillah.  Allah perkenankan doa ADA untuk berjodoh dengan pasangan yang memahami. Perkenalan yang singkat hingga membawa kepada ikatan pernikahan. Tak sangka masih ada lelaki seperti en Suami yang menerima ADA seadanya.

Tahun ini merupakan tahun ke empat kami bersama. Dari perhubungan jarak jauh sehingga kini telah menetap bersama dan punya teratak kehidupan sendiri.

Dari berdua dan kini sudah berempat.

Alhamdulillah ya Allah untuk pemberian yang berharga ini.


Wednesday, April 19, 2017

Waiting for the second Gift

Alhamdulillah, ADA tengah menunggu kehadiran adik Baby M. Perjalanan kali ini, sedikit mudah berbanding menunggu kehadiran Baby M dulu - emosi dan fizikal. Kali ini, abinya ada di sisi. Alhamdulillah syukur sebab banyak membantu di waktu ADA memerlukan. Cuma kali ini, ADA dah ada hypertension before pregnant.  Hypertension in pregnancy  diklasifikasikan sebagai kehamilan berisiko tinggi. 

Makanya seawal 8 minggu lagi ada telah dirujuk kepada doktor pakar. Berikutan tekanan darah yang sering tak menentu, ADA pernah dimasukkan ke hospital untuk kawalan walaupun pada awalnya hanyalah disebabkan dihydrasi sahaja. Cabaran apabila sudah punya penyakit ketika kehamilan.

Minggu ini kandungan ADA sudah menjejak 34 minggu. Lebih kurang 5-6 minggu lagi untuk menunggu ketibaan yang ke dua dalam keluarga kami. Semakin meningkat usia kandungan, semakin tinggi bacaan tekanan darah. Kaki membengkak dan dos untuk ubat pun bertambah walaupun ADA dah control makan tapi kelelahan kerana bekerja memang sukar untuk dikawal. Berbagai petua juga sudah di cuba seperti minum air epal hijau dan belimbing tapi keadaan masih sama. Redha dan pasrah dengan ketentuanNya, Allah lebih tahu hikmah di sebalik semua ini dan sesungguhnya DIA Maha Penyembuh.

ADA doa moga dipermudahkan segala urusan sewaktu melahirkan si adik ini dan moga adik Baby M sihat fizikal dan mental. InsyaAllah… Debaran itu makin terasa…


A most beautiful smile is
From the most painful heart
From the most stressful life
From the most patient people
Who keep it strong to strive a day
With a smile to others...

ALLAH has a plan for you.

You are exactly where he wants you right now.



Tuesday, April 4, 2017

Rossa Takdir Cinta

Ku tutup matakuDari semua pandangankuBila melihat matamuKu yakin ada cintaKetulusan hati yang mengulir lembut
Penguasa alam tolonglah pegangi akuBiar ku tak jatuh pada sumur dosaYang terkutuk dan menyesatkan cintaku
Reff:Andaikan ku bisa lebih adilPada cinta kau dan diaAku bukan nabi yang bisa sempurnaKu tak luput dari dosa
Biarlah ku hidup seperti iniTakdir cinta harus beginiAda kau dan dia bukan ku yang mauOh tuhan tuntunlah hatiku
Penguasa alam tolonglah pegangi akuBiar ku tak jatuh pada sumur dosaYang terkutuk dan menyesatkan cintaku


Sunday, March 19, 2017

Nasi Kak Wok Antarabangsa Balakong

Sebab viral melalui media sosial Facebook, ADA cuba pergi makan kedai ini. ADA ada baca review. 50-50. ada negatif feedback & tak kurang juga positif feedback. ADA and family pergi breakfast kat sana dalam jam 9.30 pagi.

Lokasi 
Area Jusco Cheras Selatan . Sebelah CIMB Islamic. Walaupun alamat balakong tetatpi lokasi bukan di pekan balakong ye.

Overall, ADA rasa frust sebab makanan dia biasa je dan harga dia takdelah murah sangat. Standard lah kot. Mini cendol dia memang tak sedap langsung- macam makan ice je. This will be first and last kot datang makan di sini.

Laksam dia tebal. and sambal dia tak menarik.


 Dimsum dan wantan semua dr frozen fast food. Jadi rasa dia tiada yang menarik.

 Harga untuk makanan yang ADA order.

Monday, February 27, 2017

Fenomena Surga Tak Dirindukan

Menonton SYTD membuat emosi berantakan. What if, its happened in real life? Adakah wanita yang akan bertindak sebaik Arini? Bolehkan kita sebagai ibu Arini, memberikan nasihat dan contoh yang terbaik untuk anak-anak kita? Allahuakhbar. Cerita yang banyak membuat ADA terfikir.

Mungkin bagi wanita yang belum berkahwin, senang menitipkan kata perpisahan di saat ujian ini melanda tapi bagi wanita yang telah bernikah pasti akan berfikir jutaan kali sebelum membuat keputusan sedemikian. Apatah lagi yang telah mempunyai anak bersama si suami.  Doa dan Allah adalah jalan terbaik.

Tak sabar nak menonton SYTD 2 pula… hehe…




Awan hitam bergulung gulung
Mengabarkan berita pahit
Aku harus gimana pada cintaku

Bisakah aku jadi langit
Biar ku lindungi mendungmu
Tak kubiarkan duka berkawan denganmu

Biarkan hatiku bertudung
Menutupi kenyataanku
Menangis sekaligus tersenyum
Pada takdirku

Tak bisa kau paksa cintaku
Berpindah kepada yang lain
Sampai nafasku habis
Ku mau denganmu

Bisakah aku jadi langit
Biar ku lindungi mendungmu
Tak kubiarkan duka berkawan denganmu

Biarkan hatiku bertudung
Menutupi kenyataanku
Menangis sekaligus tersenyum
Pada takdirku

Tak bisa kau paksa cintaku
Berpindah kepada yang lain
Sampai nafasku habis
Ku mau denganmu

Inilah surga yang kurindukan
Memastikan kau baik-baik saja
Walaupun kita tak bersama lagi
Kenanglah aku
Cinta

Lirik lagu & video Laudya Cynthia Bella ft Wafda - Surga Yang Kurindukan

Monday, February 20, 2017

Pengalaman Self check in and Print bag tag Air asia

Almaklumlah travel using airplane ni setahun sekali sahaja. Last year takde pulak kena print bag tag sendiri. Rupa-rupanya Airasia buat penambahbaikan untuk self-check in with print bag tag by your own.

ADA self check in melalui web tapi bila save in .pdf bag tag hilang jadi tak dapat nak print sendiri. Kena pergi print kat kiosk.

Dari KL ke Kuching: KLIA2
-Terus pergi ke Kiosk dan pilih menu untuk cetak bag tag
- Scan bar code melalui boarding pass
- Bawa bag tag yang telah dicetak ke kaunter bag,staff airasia akan bantu lekatkan bag tag (make sure sampai awal sebab kaunter bag tak silap ADA tutup 1 jam sebelum boarding)

Dari Kuching ke KL: Airport Kuching
- Bawa bag untuk scan melalui pegawai kastam, Nanti diorang akan lekatkan satu pelekat untuk setiap bagasi
- Pergi ke Kiosk dan pilih menu untuk cetak bag tag
- Scan bar code melalui boarding pass
***Walaupun korang ada barang fragile or etc2 kat kiosk tu tekan je button “NO”.
- Selepas print bag tag, lekatkan pada bagasi dan beritahu petugas disitu ada barang yang fragile, Nanti diorang akan bawakan sticker fragile.
- Letakkan bag satu-satu , scan kat boarding pass, scan bar code kat bagasi (Ulang langkah ni untuk semua bagasi)

Dari KLIA2, the process lebih mudah berbanding di airport Kuching- semua kena buat sendiri.
Senang cerita, datanglah awal at least 2 hours before boarding time sekiranya ada bag yang perlu diuruskan. 

Friday, February 17, 2017

Setelah 5 tahun berlalu



Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah swt. Setelah 5 tahun berlalu, selesai pembayaran cik Wwj...
Banyak jasa and kenangan bersama....

Thursday, February 16, 2017

I need Allah by Raef

Allah,
I need Allah,
And the hearts all over the world tonight.
I said there’s hearts all over the world tonight

What can I do?
I need Allah,
And the hearts all over the world tonight.
I said there’s hearts all over the world tonight

Wish I was smarter, when I was younger.
Found something better – made me a winner and,
I’m so glad to be Yours!
It’s my life that you own.


I start my journey when You forgive me
I swear my whole world stops.
You are in my heart and, I’m so glad that its fine
You are One truly kind…

You lighten me!
(I) Feel it, through and through, and
For sure ya Rabbee, there ain’t nothing You can’t do!
Because if I got You,
I don’t need money!
I don’t need cars!
Lord, you’re my all!

And…Oh!
I’m into You my Lord,
No one else would do!
With every test you put me through,
the miracles, you help me do..
And now I know I can’t be the only one,
I bet there’s hearts all over the world tonight,
with the Love of their life who feel…what I feel when I’m

With You, with You, with You, with You, ya Rahman!
With You, with You, with You, ya Raheem!

I don’t want nobody else
Without You there’s no one left and,
the Master of judgment day,
I got to have Your love and I cannot do without,

If I got You,
I don’t need money!
I don’t need cars!
Lord, you’re my all!

Oh!
I’m into You my Lord,
No one else would do!
With every test you put me through,
the miracles, you help me do..

With You, with You, with You, with You, ya Rahman!
With You, with You, with You, ya Raheem!

And I will never try to deny,
That You are my life,

Because if You ever let me go I would die!

So, I won’t front!
I don’t need another mission,
I just need you as my vision!
If I got You, I’ll be straight,
Rabbee I need you every day!

I need Allah…
And the hearts all over the world tonight,
I said there’s hearts all over the world tonight
What can I do?

I need Allah…
And the hearts all over the world tonight,
I said there’s hearts all over the world tonight

Rab ighfirly
Fantal kareemuu!

Wa3fu ya rabbee
Fantar raheemuu!

With You, with You, with You, with You, ya Rahman!
With You, with You, with You, ya Raheem!