Wednesday, April 19, 2017

Waiting for the second Gift

Alhamdulillah, ADA tengah menunggu kehadiran adik Baby M. Perjalanan kali ini, sedikit mudah berbanding menunggu kehadiran Baby M dulu - emosi dan fizikal. Kali ini, abinya ada di sisi. Alhamdulillah syukur sebab banyak membantu di waktu ADA memerlukan. Cuma kali ini, ADA dah ada hypertension before pregnant.  Hypertension in pregnancy  diklasifikasikan sebagai kehamilan berisiko tinggi. 

Makanya seawal 8 minggu lagi ada telah dirujuk kepada doktor pakar. Berikutan tekanan darah yang sering tak menentu, ADA pernah dimasukkan ke hospital untuk kawalan walaupun pada awalnya hanyalah disebabkan dihydrasi sahaja. Cabaran apabila sudah punya penyakit ketika kehamilan.

Minggu ini kandungan ADA sudah menjejak 34 minggu. Lebih kurang 5-6 minggu lagi untuk menunggu ketibaan yang ke dua dalam keluarga kami. Semakin meningkat usia kandungan, semakin tinggi bacaan tekanan darah. Kaki membengkak dan dos untuk ubat pun bertambah walaupun ADA dah control makan tapi kelelahan kerana bekerja memang sukar untuk dikawal. Berbagai petua juga sudah di cuba seperti minum air epal hijau dan belimbing tapi keadaan masih sama. Redha dan pasrah dengan ketentuanNya, Allah lebih tahu hikmah di sebalik semua ini dan sesungguhnya DIA Maha Penyembuh.

ADA doa moga dipermudahkan segala urusan sewaktu melahirkan si adik ini dan moga adik Baby M sihat fizikal dan mental. InsyaAllah… Debaran itu makin terasa…


A most beautiful smile is
From the most painful heart
From the most stressful life
From the most patient people
Who keep it strong to strive a day
With a smile to others...

ALLAH has a plan for you.

You are exactly where he wants you right now.



No comments:

Post a Comment