ADA dah lama ada masalah sakit di lutut sebelah kanan. Dua kali kemalangan dan mengalami kecederaan di tempat yang sama iaitu lutut kanan. ADA pernah makan supplement glucosamine beberapa kali (beberapa botol lah juga). Tahun lepas ADA gain weight yang menyebabkan sakit lutut ni menjadi2 sehingga ke tapak kaki. Bila bangun pagi menyucuk2 rasa sakit tu. Supplement glucosamine tu pun dah semcam tak berfungsi.
ADA cuba alternatif lain pula dengan membeli kasut yang kononnya memberi kelegaan pada kaki.ADA pernah beli crocs dan footlink. Even medifeet pun pernah pergi cuba tapi tak berapa membantu. Sakit masih ada. 1-2 minggu pakai sahaja ok. Kalau berjalan jauh sedikit pun, kaki kembali sakit. Kawan sarankan kasut jenama sketchers- walk to go. Katanya selesa dan dapat mengurangkan kesakitan kaki.
ALHAMDULILLAH dengan izin Allah selepas memakai kasut sketchers, sakit kaki berkurangan tapi agaknya sebab berat ADA yang berlebihan, tapak kasut hampir tipis selepas 1 tahun. Lagi puna memang kemana sahaja ADA memakai kasut tersebut. Berbaloi beli kata en suami. ADA siap sarankan kepada kakak ADA yang turut mengalami masalah yang sama.
Sekarang dah ada 3 pasang kasut sketchers. Yang dua di atas ni ADA beli online melalui tcp.feet... Murah dari outlet, cuma masa menunggunya lah agak lama sebab kena pre order.
Yang terasa nak cuba kasut sketchers ni boleh beli dgn owner ig tcp.feet. ADA Just share sebab dua2 kasut yang beli online ni original dan selesa. Berbaloi rasanya dapat jimatkan duit dari beli di outlet...😊😊😊
No comments:
Post a Comment