Friday, June 9, 2017

First time masak kari ikan merah



Perihal kari. Semalam en Suami tanya ada ke rempah kari di rumah. ADA pun balas kata takde rempah kari. Sekali selongkar peti, rupanya mak simpan dalam peti sejuk. Mengenangkan pertanyaan en suami semalam, ADA pun masak le kari ikan merah hari ni. sebenarnya ni first time ADA masak kari untuk en suami sepanjang kitaorang kahwin dah dekat empat tahun ini. ADA bukan peminat kari. Lagi pun sebelum ini duduk bersama mak..selalunya mak yang masak kecuali hujung minggu ADA take over tugasan memasak tu.

Alhamdulillah licin en suami makan. Dia suka kari tanpa santan rupanya. ADA baru tau ni sebab tengok mentua and husband masak kari sebelum ini.

Suka tengok en suami makan hari ini.  😊😊😊

No comments:

Post a Comment