Baru sahaja ADA post berkenaan how smoothly second pregnancy ni berbanding mengandungkan Baby M. Boleh refer ke post yang lalu :
Waiting for the second Gift
Tapi rupa-rupanya ujian sewaktu melahirkan baby second ni lagi
berat dari baby first dulu. ADA kena pre eklamsia(PE). Apa itu preeklamsia?
Boleh rujuk di sini.
ADA pun tak sedar yang dah ada banyak tanda2 PE. Seminggu sebelum
kena wad ADA pernah 2-3 kali rasa nak pitam, bangun jam 2-3 pagi sesak nafas,
telinga rasa macam keluar gas dan luka kecil berdarah tanpa henti dari waktu
tengah hari sampai malam. Tapi ADA ini jenis degil juga masih tak mahu terus
pergi ke hospital. Cuma konsisten makan ubat dan jika tak larat ADA akan ambil
cuti rehat. Seminggu sebelum melahirkan Baby H (second baby), ADA balik hari2
dengan GRAB car. Memang costly tapi nak buat macam mana memang nak jalan pun
dah tak larat. Kaki bengkak hanpir dua kali ganda.
Sewaktu follow up check up
dengan doktor. Doktor kata muka dan tangan ADA dah mula bengkak. BP tinggi dan ada
protein dalam urin, makanya ADA ditahan di wad untuk closedly monitor by
doktor. Doktor juga dah tukar ubat darah tinggi ADA dari labetolol kepada
adalat. Nak dijadikan cerita, ADA ini memang tak boleh duduk dalam wad, memang
tak boleh nak tidur terutama kalau tiada orang teman waktu malam. Kebetulan
Baby M(anak Sulung) kena demam campak, jadi abinya kena jaga siang dan malam.
Kesian kat Baby M sebab uminya takde bila dia kena demam campak.
ADA duduk dalam wad 3 hari, dan memang tak tidur. Doktor bagi ubat
tidur pun, ADA Cuma tidur dalam 2-3 jam sahaja. Jadi tekanan darah makin tinggi
dan protein dalam urin pun dah 3+ (500). Doktor terus tanya ADA nak transfer ke
hospital mana sebab Hospital Az-Zahrah tak terima kelahiran bayi bawah 37
minggu. Masa tu ADA baru 35 minggu. Banyak hospital tak nak terima sebab emergency
case (HUKM, Prince Court etc etc). Last
doktor cuba KPJ Ampang Puteri, disebabkan doktor Noraini kenalan dengan doktor
Fauziah. ADA di transfer ke sana menaiki ambulans.
Sampai sahaja di kecemasan Ampang Puteri, tekanan darah semakin
tinggi 186/120 dan semakin naik. Jadi jururawat kat sana terus suruh pakai baju
operation theatre(ot) dan on medication. Selepas on medication kat tangan kanan
ADA, nurse try cucuk tangan kiri tapi tekanan dalam badan tinggi, jadi setiap
kali cucuk..darah memancut keluar. Nurse terpaksa call doktor bius. Doktor bius
datang pun try 3-4 kali baru dapat tu pun di tangan kanan. Tangan kiri memang
dah tak boleh. Dari jam 2.30 pm hingga 8.30malam. Baru baby Selamat
dilahirkan.Kena emergency delivered, which is delivered by caesarean (czer).
Baby dimasukkan ke dalam incubator semalam. Alhamdulillah dilahirkan dengan
berat 2.1kg. Cuma masa lahir bayi nangis sekali sahaja lepastu diam.
ADA dimasukkan ke ICU sebab rhythm pernafasan yang tak stabil dan
tekanan masih tinggi. Bila doktor nak gerakkan ADA still tak bangun. Jam 12 tghmalam, ADA rasa macam contraction
nak bersalin normal even masa tu under medication morfin. Ada orang panggil
rengat/ tumpah darah. Habis katil penuh darah. Nurse bantu keluarkan semua
darah. Memang sakit macam rasa bersalin.
Jadinya second pregnancy ni rasa both la: operation dan normal…Lama
juga di hospital almost seminggu baru discharge.Apa pun, syukur masih diberi
peluang untuk bernafas dan bertaubat …
Nasihat ADA pada ibu2 yang sedang mengandung dan ada hypertension
aka darah tinggi. Tolong :
1. Monitor your bp daily especially during working day. Boleh beli
jam yang boleh monitor BP. Senang even the measurement lari sikit dari mesin
omron.
2. Jaga makan.
3. Please get a rest ! Ini penting, jangan push diri sangat
berjalan sana sini sebab nk delivered baby secara normal. It doesn’t work for
hypertension mother. Ini hanya akan menaikkan tekanan darah si ibu sahaja.
4. Control your stress, memang payah tapi ini sangat membantu
untuk control diri.
Pengalaman kali ini memang banyak memberi pengajaran dan
menyebabkan ADA lebih berhati-hati.
* oh lupa nak mention 2 weeks before delivered baby, berat badan naik smp 5kg even makan macam biasa.
Tangan membengkak
ni sebenarnya wayar untuk masuk air tapi sebab tekanan dalam badan tinggi makanya gerak sikit je darah yang keluar.
No comments:
Post a Comment