Friday, August 25, 2017

Apabila kita diuji

This week entah kenapa asyik rasa nak marah sahaja sedangkan takde lah benda besar pun..
Istighfar banyak2, dalam hati asyik mengomel itu dan ini. Allahuakhbar mungkin petanda hati perlukan lebih perhatian. ADA ingat dulu bila rasa nak marah, ADA akan pergi bersenan di taman or bila waktu lunch pergi gym yang disediakan oleh company. Bagi badan penat. Turn the angry energy  into something useful for your body. Kesian sebab BP will increased rapidly once you get angry. Tapi after married seem lack of this action. Bila marah, ADA akan keep eating and most of the time eating unhealthy food. Makan junk food, drinking a lot of sweet drink. Impact nya my weight increased rapidly. 10kg within 7 month and keep increasing.  Bila nak start balik healthy life memang payah.

Alhamdulillah selepas bersalinkan Baby H kesedaran tentang kepentingan kesihatan ini datang semula. Nawaitu kali ini lebih clear. Nak sihat then boleh beri lebih khidmat kepada orang lain (anak2 & family). Dan juga seperti kata2 en Husband, boleh lebihkan amal dan senang nak buat ibadat. InsyaAllah.

Jadi after ADA masuk semula kerja selepas bersalin. ADA dah mula sikit2 senaman. Tak berani pula terus aktif since ADA czer for second pregnancy. Join the activity that promoted by the company such as zumba (ikut slow2 dulu), breeze walk for 1 or 1 and half hour after working hour. Walkathon, fun run on weekend. Makan pun jaga walaupun kadang-kadang makan juga fast and junk food bila teringin. ADA will make sure malam ADA masak kat rumah dan semestinya sayur2an as main ingredient. 

A nice article my husband give this morning:-

Apabila kita diuji,
Hati berbisik. Orang sekeliling menasihati.

"Allah uji sebab nak hapus dosa"

Ya betul... Tapi,

Kita makin sedih.
Makin kecewa.
Makin meratapi dosa.

ALLAH jua diajukan soalan.

Kenapa dan Mengapa.

Wahai sahabat,
Berhenti sejenak... dan tukarkan fikiran kita yang negatif itu.

Allah dah janji,

INNA MA'AL USRI YUSRO..
(setiap kesusahan itu BERSAMA kesenangan)

Nabi Muhammad Saw juga diuji. Bahkan lebih hebat daripada kita... lalu adakah kerana DOSA ??
(Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad)

Nabi Zakaria dipotong badannya hingga terputus dua... adakah kerana DOSA ??

Sumayyah dicampak ke dalam parit api. Hingga habis sekeluarga... adakah kerana DOSA ??

Bilal bin Rabah juga terseksa di dunia. Dihempakkan batu besar di atas dada... adakah kerana DOSA ??

Bukan.. bukan..bukan.. Bukan kerana DOSA semata2...

Allah uji untuk,
Menaikkan darjat.
ALLAH uji sebab DIA kasihkan kita.

Kerana ALLAH rindu airmata kita...

Indah kan 😍

Bila kita menangis, Malaikat tadah air mata dan simpan di Akhirah. Airmata keinsafan kita yang rindukan dan takutkan Allah mampu memadamkan api neraka.

Sahabat yang dikasihi,

Jangan prejudis pada Allah apabila diuji.
Jangan menghukum diri apabila diduga.
Sebaiknya ambil wudhu'.. solat dua rakaat.. selepas salam.. istighfar dan selawat..

Senyum memandang ke langit, biarlah airmata berlinang... bisik dalam hati sedalam dalamnya.

"Ya Allaaaaahhhhhh.. terima kasih kerana TIDAK MELUPAKAN aku.."

Allah itu ADIL..
Allah itu PENUH KASIH SAYANG..
Allah itu PENCIPTA kita..

Siapa lagi nak UJI kita kalau bukan Allah .
Siapa lagi nak SAYANG kita kalau bukan Allah .
Siapa lagi nak MULIAKAN kita kalau bukan Allah .

Jangan berhenti MENGGALI kasih sayang Allah.
ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Bersabarlah setiap kali diuji.
Bukan Allah membenci, cuma merindui rintihan hati.

Kita hamba yang sering lupa diri.
Kita suka menunding jari.



No comments:

Post a Comment