ADA dah biasa berdikari sejak
dari kecil lagi sebab ibu ADA tak reti membaca jadi bila kena naik kenderaan
awam atau terdapat keperluan lain ADA terpaksa buat sendiri. Ayah pula memang
jarang berada di rumah. ADA isi borang masuk IPT dan apply scholar semua sendiri.
Tak tahu nak isi macam mana sebab masa tu ADA kena isi borang online, ADA call
directly kepada pihak scholar. Kena marah sebab banyak soalan. Actually it is
really difficult for me to complete form online sebab nama ADA banyak symbol (‘)
, makanya selalu appear error bila fill in online form. Lagi pun masa tu semua
fill in hardcopy tapi IPT yang ADA nak tu kena apply online. ADA usaha juga
isi.
Dan dulu tak secanggih sekarang.
Now info hanya di hujung jari sahaja. ADA pernah silap tunggu bas nak balik
rumah sebab masa tu RapidKL dah tukar stesen. Bas yang ADA nak naik itu tiada
di stesen yang ADA tunggu. Alhamdulillah pengalaman-pengalaman ini mendewasakan
ADA dari segala segi.
Apabila dah berkahwin dan duduk
sekali dengan husband (mula2 kahwin ADA dan En Suami PJJ), En Husband manjakan
ADA. Semua dia nak tolong buatkan hatta angkat handbag pun. Hantar dan ambil
pergi-balik kerja. Pergi mana-mana semua bersama. Memang kalau boleh en Husband
takkan biarkan ADA buat kerja seorang-seorang. ADA ni asthma dari kecil jadi
kalau bersihkan habuk di rumah, husband yang akan buatkan tapi takat sapu2
sampah, masak dll ADA masih buat sendiri. Jadi makin lama, ADA dah mula
dependent kepada En Husband sampailah ADA lahirkan Baby H bulan April yang
lalu. En Husband tak dapat temankan memandangkan Baby M(anak sulung ADA) tengah
kena demam campak. Jadi En Husband terpaksa jaga Baby M dirumah. Boleh baca
post disini :
<< Baby H delivered >>
<< Baby H delivered >>
After maternity leave, ADA cuba
sedaya upaya untuk jadi independent semula. Lagipun sekang En Husband banyak
kena outstation. ADA akan balik kerja sendiri dengan menggunakan kenderaan
awam. Drive sendiri dan cuba uruskan anak-anak sendirian. Rasa berat mula2 tapi
lepas sebulan ADA rasa life getting better.
Tiba-tiba semalam En Husband kena attack by his slip disk history.
Allahuakhbar, nak bergerak pun susah. Tapi ADA ok untuk uruskan anak-anak sebab
ADA dah cuba buat sebelum ini. Syukur.
Sebab tu orang selalu pesan supaya kita bersiap sedia sebelum ujian mendatang
sebab we never know what will happened next in our life. Orang memang selalu
cakap perempuan kena bersedia takut dimadukan la, husband lari la dll tapi
sometimes for unexpected case cam ADA ini pun, preparation to be independent
itu penting. At least, masa en Husband tengah sakit ini, dia boleh focus untuk
penyembuhan diri sendiri tanpa gangguan. ADA lihat ramai sekarang isteri yang
terus bergantung sangat dan tak nak move dari comfort zone bila dah berkahwin. Semua
harapkan husband yang tolong. Bukannya tak boleh, tapi diri sendiri pun kena
tahu juga supaya kita bersedia. Hidup ini penuh dengan ujian.
No comments:
Post a Comment