Almaklumlah travel using airplane ni setahun sekali sahaja. Last year
takde pulak kena print bag tag sendiri. Rupa-rupanya Airasia buat
penambahbaikan untuk self-check in with print bag tag by your own.
ADA self check in melalui web tapi bila save in .pdf bag tag hilang
jadi tak dapat nak print sendiri. Kena pergi print kat kiosk.
Dari KL ke Kuching: KLIA2
-Terus pergi ke Kiosk dan pilih menu untuk cetak bag tag
- Scan bar code melalui boarding pass
- Bawa bag tag yang telah dicetak ke kaunter bag,staff airasia akan
bantu lekatkan bag tag (make sure sampai awal sebab kaunter bag tak silap ADA
tutup 1 jam sebelum boarding)
Dari Kuching ke KL: Airport Kuching
- Bawa bag untuk scan melalui pegawai kastam, Nanti diorang akan
lekatkan satu pelekat untuk setiap bagasi
- Pergi ke Kiosk dan pilih menu untuk cetak bag tag
- Scan bar code melalui boarding pass
***Walaupun korang ada barang fragile or etc2 kat kiosk tu tekan je
button “NO”.
- Selepas print bag tag, lekatkan pada bagasi dan beritahu petugas
disitu ada barang yang fragile, Nanti diorang akan bawakan sticker fragile.
- Letakkan bag satu-satu , scan kat boarding pass, scan bar code kat
bagasi (Ulang langkah ni untuk semua bagasi)
Dari KLIA2, the process lebih mudah berbanding di airport Kuching-
semua kena buat sendiri.
Senang cerita, datanglah awal at least 2 hours before boarding time sekiranya ada bag yang perlu diuruskan.
No comments:
Post a Comment