Thursday, August 3, 2017

Pumping Set

Kali ini ADA cuba untuk guna set mengepam Real Bubee. Sebelum ini ada guna single pump snow bear dan double pump spectra 3. Pernah juga guna manual pump Pureen. Manual ni sakit dan sangat lenguh tangan nak gunakannya.

ADA share serba sedikit berdasarakan pengalaman ADA menggunakan set2 pump ini.

Single pump snow bear
1. Suction lembut even dah guna yang maksimum.
2. Since single pump, its take a lot of my times. Not suit when im at office.
3. Best sebab banyak option untuk guna engine mesin. Boleh guna battery, direct power supply and power bank. Yezza.
4. Ringan.
5. Bunyi slow
Beli dengan harga RM200 with 2 years warranty.



Spectra 3
1. Suction boleh laras tapi bagi ADA suction spectra agak kuat.
2. Berat jadi tak sesuai nak mengangkut ke hulu ke hilir.
3. Kena ada direct power supply sebab no option to use the machine.
4. Boleh digunakan untuk heavy duty.
5. Bunyi kuat.
6. Boleh double and single pump
Beli dengan harga RM500 with 1 years warranty.


Real Bubee
1. Ringan and kecil.saiz lebih kurang mouse je.
2. Suction tak begitu slow and tak begitu kuat.
3. Boleh guna direct power supply and power bank.
4. Bunyi kuat juga.
5. Boleh double and single pump
6. Tak boleh lama sangat guna, Cepat panas and suction jadi slow.
Beli dengan harga RM50 di shopee.



Overall, puas hati dengan Real Bubee ni. Spectra standby kat rumah. Jadi ADA tak perlu angkut pumping set pergi balik ofis. ADA guna real bubee ni with freemie set.


Tuesday, August 1, 2017

Pre eclampsia sewaktu mengandung

Baru sahaja ADA post berkenaan how smoothly second pregnancy ni berbanding mengandungkan Baby M. Boleh refer ke post yang lalu :

Waiting for the second Gift


Tapi rupa-rupanya ujian sewaktu melahirkan baby second ni lagi berat dari baby first dulu. ADA kena pre eklamsia(PE). Apa itu preeklamsia? Boleh rujuk di sini.


description akak ni memang kena dengan keadaan ADA masa tu.

ADA pun tak sedar yang dah ada banyak tanda2 PE. Seminggu sebelum kena wad ADA pernah 2-3 kali rasa nak pitam, bangun jam 2-3 pagi sesak nafas, telinga rasa macam keluar gas dan luka kecil berdarah tanpa henti dari waktu tengah hari sampai malam. Tapi ADA ini jenis degil juga masih tak mahu terus pergi ke hospital. Cuma konsisten makan ubat dan jika tak larat ADA akan ambil cuti rehat. Seminggu sebelum melahirkan Baby H (second baby), ADA balik hari2 dengan GRAB car. Memang costly tapi nak buat macam mana memang nak jalan pun dah tak larat. Kaki bengkak hanpir dua kali ganda.

Sewaktu follow up check up dengan doktor. Doktor kata muka dan tangan ADA dah mula bengkak. BP tinggi dan ada protein dalam urin, makanya ADA ditahan di wad untuk closedly monitor by doktor. Doktor juga dah tukar ubat darah tinggi ADA dari labetolol kepada adalat. Nak dijadikan cerita, ADA ini memang tak boleh duduk dalam wad, memang tak boleh nak tidur terutama kalau tiada orang teman waktu malam. Kebetulan Baby M(anak Sulung) kena demam campak, jadi abinya kena jaga siang dan malam. Kesian kat Baby M sebab uminya takde bila dia kena demam campak.

ADA duduk dalam wad 3 hari, dan memang tak tidur. Doktor bagi ubat tidur pun, ADA Cuma tidur dalam 2-3 jam sahaja. Jadi tekanan darah makin tinggi dan protein dalam urin pun dah 3+ (500). Doktor terus tanya ADA nak transfer ke hospital mana sebab Hospital Az-Zahrah tak terima kelahiran bayi bawah 37 minggu. Masa tu ADA baru 35 minggu. Banyak hospital tak nak terima sebab emergency case  (HUKM, Prince Court etc etc). Last doktor cuba KPJ Ampang Puteri, disebabkan doktor Noraini kenalan dengan doktor Fauziah. ADA di transfer ke sana menaiki ambulans.

Sampai sahaja di kecemasan Ampang Puteri, tekanan darah semakin tinggi 186/120 dan semakin naik. Jadi jururawat kat sana terus suruh pakai baju operation theatre(ot) dan on medication. Selepas on medication kat tangan kanan ADA, nurse try cucuk tangan kiri tapi tekanan dalam badan tinggi, jadi setiap kali cucuk..darah memancut keluar. Nurse terpaksa call doktor bius. Doktor bius datang pun try 3-4 kali baru dapat tu pun di tangan kanan. Tangan kiri memang dah tak boleh. Dari jam 2.30 pm hingga 8.30malam. Baru baby Selamat dilahirkan.Kena emergency delivered, which is delivered by caesarean (czer). Baby dimasukkan ke dalam incubator semalam. Alhamdulillah dilahirkan dengan berat 2.1kg. Cuma masa lahir bayi nangis sekali sahaja lepastu diam.

ADA dimasukkan ke ICU sebab rhythm pernafasan yang tak stabil dan tekanan masih tinggi. Bila doktor nak gerakkan ADA still tak bangun.  Jam 12 tghmalam, ADA rasa macam contraction nak bersalin normal even masa tu under medication morfin. Ada orang panggil rengat/ tumpah darah. Habis katil penuh darah. Nurse bantu keluarkan semua darah. Memang sakit macam rasa bersalin.

Jadinya second pregnancy ni rasa both la: operation dan normal…Lama juga di hospital almost seminggu baru discharge.Apa pun, syukur masih diberi peluang untuk bernafas dan bertaubat …


Nasihat ADA pada ibu2 yang sedang mengandung dan ada hypertension aka darah tinggi. Tolong :

1. Monitor your bp daily especially during working day. Boleh beli jam yang boleh monitor BP. Senang even the measurement lari sikit dari mesin omron.

2. Jaga makan.

3. Please get a rest ! Ini penting, jangan push diri sangat berjalan sana sini sebab nk delivered baby secara normal. It doesn’t work for hypertension mother. Ini hanya akan menaikkan tekanan darah si ibu sahaja.

4. Control your stress, memang payah tapi ini sangat membantu untuk control diri.


Pengalaman kali ini memang banyak memberi pengajaran dan menyebabkan ADA lebih berhati-hati.
* oh lupa nak mention 2 weeks before delivered baby, berat badan naik smp 5kg even makan macam biasa.
Tangan membengkak


ni sebenarnya wayar untuk masuk air tapi sebab tekanan dalam badan tinggi makanya gerak sikit je darah yang keluar.

Monday, July 24, 2017

Set berpantang

Semangat membeli set berpantang kali ini sebab berdasarkan pengalaman anak yang pertama, set berpantang yang betul membantu proses pemulihan selepas bersalin dengan kuasa Allah swt. InsyaAllah. Masa bersalin tahun 2014 dahulu, ADA beli set bersalin Afiat tetapi ada beberapa ubat yang dalam set tu ADA tak guna. Jadi macam membazir. ADA tak boleh consume ubat panas2 sebab nanti tekanan darah naik + kulit jadi kering + susu badan pun berkurang. Itu ADA lah.... sebab ada orang kata makan jamu susu bertambah but it doesn't work with me. Ikut badan masing2. Semasa berpantang pun ADA tak boleh makan lobak merah & putih sebab mesti badan berangin sampai sakit kepala dan rasa nak demam.

Makanya, untuk berpantang kali ke dua ni ADA beli asing-asing. Bukan satu set. 

Bersemangat beli bengkung berzip ini tapi tak berani nak guna sebab bersalin secara czer.


- Baki minyak panas Afiat : ADA tak guna pun
- Minyak Herbanika Nonaroguy : Memang best, tak panas sangat tapi rasa best bila pakai. ADA try letak kat pad masa dah akhir-akhir tempoh nifas. Alhamdulillah keluar semua darah kotor yang bersisa dalam masa 1 day. Letak kat kaki sebelum pakai stokin. Memang rasa best badan. Husband kata memang bau orang bersalin.
- Minyak Anugerah : Panas.best juga pakai kat kaki.

- Brown Soap Tanamera : Rasa macam pakai scrub sebab kasar cuma bau dia kuat. Memang bau orang berpantang jadinya bilik mandi.
- Mandian Herba Tanamera: Lepas mandi muka ada kekuningan sikit. ADA syak ada campuran kunyit. Bauan mandian ni pun agak kuat dan material dia tak tahan. Cepat hancur macam uncang teh. 


- Losyen Tapel Sariayu: ADA pakai lambat after 1 month sebelum pakai korset. Tak panas sangat tapi tak nampak sangat perubahannya.
- Losyen Param Sariayu:  Param terbaik setakat ini yang ADA pernah guna. Senang digunakan and super panas. Sesuai sangat untuk orang yang lepas bersalin. ADA selalu guna lepas mandi. Selesa.