Tuesday, September 11, 2018

Kebahagian vs Kesan



Kawan ADA share video ni melalui whatsapp few month ago. Allah …. deepnya kata-kata yang disampaikan. Satu pengisian dan usaha yang bagus untuk motivasikan orang yang tengah stress or not in the good mood.

Cuma ADA nak tambah satu iaitu KESAN selepas tindakan yang kita ambil untuk puaskan diri kita sendiri. Kita rasa kita dah ambil tindakan yang betul tapi bila menghadapi kesan-kesan dari tindakan kita. Kita jadi
  •        tak mampu
  •        penat
  •        lagi sedih
  •        depressed
End up we all regret for what we are doing. Saranan agama untuk apa-apa tindakan yang kita ambil mohon minta petunjuk dari Sang Pencipta sebab hanya Dia yang lebih Mengetahui. 

ADA nak kongsi sikit, mula-mula ADA masuk kerja ADA memang banyak bercanggah dengan my superior. ADA akan tegakkan if memang benda tu bukan cara yang betul. Tapi lama-lama ADA belajar sebenarnya mengalah tak bererti kalah. Sabar dalam menangani sesuatu itu lebih baik dan yang paling penting bersyukur. To be honest ADA memang senang rasa depressed about small matter, mungkin ini cara ALLAH bantu ADA untuk lebih bijak menangani masalah dunia yang sebenarnya remeh sahaja.

Orang yang tidak berada di tempat kita memang boleh berkata apa sahaja. Hanya kita yang lebih memahami how we going to survive everyday. Tak kisahlah sama ada anda suri rumah atau wanita bekerjaya. Masing-masing ada cabaran yang tersendiri. Sama ada yang anak dua atau anak empat.

DON’T COMPARE !

Setiap orang tak sama dan ujian untuk orang pun tak sama.

No comments:

Post a Comment