Monday, July 24, 2017

Set berpantang

Semangat membeli set berpantang kali ini sebab berdasarkan pengalaman anak yang pertama, set berpantang yang betul membantu proses pemulihan selepas bersalin dengan kuasa Allah swt. InsyaAllah. Masa bersalin tahun 2014 dahulu, ADA beli set bersalin Afiat tetapi ada beberapa ubat yang dalam set tu ADA tak guna. Jadi macam membazir. ADA tak boleh consume ubat panas2 sebab nanti tekanan darah naik + kulit jadi kering + susu badan pun berkurang. Itu ADA lah.... sebab ada orang kata makan jamu susu bertambah but it doesn't work with me. Ikut badan masing2. Semasa berpantang pun ADA tak boleh makan lobak merah & putih sebab mesti badan berangin sampai sakit kepala dan rasa nak demam.

Makanya, untuk berpantang kali ke dua ni ADA beli asing-asing. Bukan satu set. 

Bersemangat beli bengkung berzip ini tapi tak berani nak guna sebab bersalin secara czer.


- Baki minyak panas Afiat : ADA tak guna pun
- Minyak Herbanika Nonaroguy : Memang best, tak panas sangat tapi rasa best bila pakai. ADA try letak kat pad masa dah akhir-akhir tempoh nifas. Alhamdulillah keluar semua darah kotor yang bersisa dalam masa 1 day. Letak kat kaki sebelum pakai stokin. Memang rasa best badan. Husband kata memang bau orang bersalin.
- Minyak Anugerah : Panas.best juga pakai kat kaki.

- Brown Soap Tanamera : Rasa macam pakai scrub sebab kasar cuma bau dia kuat. Memang bau orang berpantang jadinya bilik mandi.
- Mandian Herba Tanamera: Lepas mandi muka ada kekuningan sikit. ADA syak ada campuran kunyit. Bauan mandian ni pun agak kuat dan material dia tak tahan. Cepat hancur macam uncang teh. 


- Losyen Tapel Sariayu: ADA pakai lambat after 1 month sebelum pakai korset. Tak panas sangat tapi tak nampak sangat perubahannya.
- Losyen Param Sariayu:  Param terbaik setakat ini yang ADA pernah guna. Senang digunakan and super panas. Sesuai sangat untuk orang yang lepas bersalin. ADA selalu guna lepas mandi. Selesa.



Friday, June 9, 2017

Kasut sketchers


ADA dah lama ada masalah sakit di lutut sebelah kanan. Dua kali kemalangan dan mengalami kecederaan di tempat yang sama iaitu lutut kanan. ADA pernah makan supplement glucosamine beberapa kali (beberapa botol lah juga). Tahun lepas ADA gain weight yang menyebabkan sakit lutut ni menjadi2 sehingga ke tapak kaki. Bila bangun pagi menyucuk2 rasa sakit tu. Supplement glucosamine tu pun dah semcam tak berfungsi.

ADA cuba alternatif lain pula dengan membeli kasut yang kononnya memberi kelegaan pada kaki.ADA pernah beli crocs dan footlink. Even medifeet pun pernah pergi cuba tapi tak berapa membantu. Sakit masih ada. 1-2 minggu pakai sahaja ok. Kalau berjalan jauh sedikit pun, kaki kembali sakit. Kawan sarankan kasut jenama sketchers- walk to go. Katanya selesa dan dapat mengurangkan kesakitan kaki.

ALHAMDULILLAH dengan izin Allah selepas memakai kasut sketchers, sakit kaki berkurangan tapi agaknya sebab berat ADA yang berlebihan, tapak kasut hampir tipis selepas 1 tahun. Lagi puna memang kemana sahaja ADA memakai kasut tersebut. Berbaloi beli kata en suami. ADA siap sarankan kepada kakak ADA yang turut mengalami masalah yang sama.

Sekarang dah ada 3 pasang kasut sketchers. Yang dua di atas ni ADA beli online melalui tcp.feet... Murah dari outlet, cuma masa menunggunya lah agak lama sebab kena pre order.

Yang terasa nak cuba kasut sketchers ni boleh beli dgn owner ig tcp.feet. ADA Just share sebab dua2 kasut yang beli online ni original dan selesa. Berbaloi rasanya dapat jimatkan duit dari beli di outlet...😊😊😊

First time masak kari ikan merah



Perihal kari. Semalam en Suami tanya ada ke rempah kari di rumah. ADA pun balas kata takde rempah kari. Sekali selongkar peti, rupanya mak simpan dalam peti sejuk. Mengenangkan pertanyaan en suami semalam, ADA pun masak le kari ikan merah hari ni. sebenarnya ni first time ADA masak kari untuk en suami sepanjang kitaorang kahwin dah dekat empat tahun ini. ADA bukan peminat kari. Lagi pun sebelum ini duduk bersama mak..selalunya mak yang masak kecuali hujung minggu ADA take over tugasan memasak tu.

Alhamdulillah licin en suami makan. Dia suka kari tanpa santan rupanya. ADA baru tau ni sebab tengok mentua and husband masak kari sebelum ini.

Suka tengok en suami makan hari ini.  ðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜Š