Wednesday, February 10, 2016

Perhubungan Jarak Jauh

Perhubungan jarak jauh (PJJ) , Long Distance Relationship (LDR).  ADA pernah hadap hubungan camni after married selama 8 bulan dan masa tu dah pregnant. Rasa berat sebab during pregnancy im having a very bad immunization body system. Allah uji dengan pelbagai jenis sakit... Hanya Allah yang Mengetahui bagaimana berlalunya 9 bulan itu.. Setelah beberapa kali berbincang dengan En Suami, both of us agree that one of us should berkorban. En Suami pun rasa bersalah sebab tak dapat membantu wife yang asyik sakit.

Jadinya...

En husband decide utk berkorban( disebabkan alasan-alasan yang kukuh). Until now dah 2 tahun berlalu, kerjaya en Suami masih terumbang ambing lagi.Kesian pada En Suami, ADA rasa bersalah sgt pada dia sebenarnya.  Dan En Suami tak pernah mengeluh pun psl kerja dia pada ADA.  ADA sangat bertuah sebenarnya. Ada sebab kenapa bukan ADA yang berhenti kerja. Commitment ADA tinggi. InsyaALLAH  by next year semua commitment to akan settle. Dan ADA sanggup follow En Suami kemana sahaja after ni.  I will follow you.....

ADA kesian juga dengar member2  yang PJJ ni sbb husband kerja offshore or tentera laut. Aduhai.... memang like no option langsung for them.Allah lebih tahu tentang perancanganNya. Bersabar dan tabahlah.


Friday, January 29, 2016

Allah tarik nikmat

Ada mula kerja pada tahun 2009 selepas grad. Jadi tahun ini merupakan tahun ke-8. Bermacam jenis pekerjaan dan industri yang pernah AAD kerja - cikgu tadika, web developer for government website, system analyst, tutor, cikgu tuisyen, .... tukang jahit baju pun pernah. Tiba-tiba rasa nak kongsikan pemerhatian ADA mengenai bos-bos yang ADA pernah report to. Dari pemerhatian ADA ada macam-macam jenis bos juga ikut personaliti masing-masing:

1. Perfectionist :  Dari segi content hingga ke design slide presentation semua nak kena top ten. Ada yang jenis tak puas hati, so in the end diorang yang akan wat sendiri tapi ada gak jenis yang reti mengarah je. Dia pun tak tau nak wat slide tu camna.

2. Ada gak yang jenis kurang engagement dan communication dengan staff bawahan dia. Walaupun dia baik tapi dia tak reti nak communicate dengan staff. So in the end dia tak faham dengan perangai semua staff dan bergantung hanya kepada staff yang suka membodek dia. 

3. Peramah pandai amik hati staff. Walaupun dia tak buat kerja tapi dia pandai amik hati staff. So staff datang dengan gembiranya.

Ni 3 jenis je ADA summarizekan jenis-jenis bos. Jadi kesimpulan yang ADA dapat is sebenarnya staff ni nak happy je datang kerja. Walaupun kerja menggunung tinggi tapi bila persekitaran ok. Staff akan willing to help the boss and the organization. Sebab  tu la pernah omputih keluarkan quotes:

"Happy staff will make a successful organization"

Ada lagi satu yang ada belajar dari bos-bos ni ialah gaji diorang besar so tanggungjawab pun besar. Jadi tak mustahil bila diorang tak wat kerja setimpal macam2 cara gaji itu ditarik.

Allah tarik nikmat yang diberikan
sebab nak selamatkan kita dari bahaya besar yang mendatang

Allah sayang sangat dengan kita semua ni.











Bebelan petang Jumaat~~~~



Wednesday, January 27, 2016

Program Stress 2016

Hari selasa yang lalu , ADA ada menghadiri sesi pengurusan stress.  So here ADA kongsikan serba sikit info yang ADA dapat.

1.  Zaman sekarang ni stress bermula dari zaman kanak-kanak seawal 12 tahun lagi.

2.  Anxiety ---> Stress -----> Hypertension... Tiga Stage ni can happened within 1 minute. Silap-silap 2  to 3 second pun boleh terus dapat jika tak ditangani dengan baik

3.  Be selfish. Sayang kan diri sendiri dulu.Utamakan kan diri sendiri berbanding perkara lain. Lantak orang nak kata apa. Pedulikan KPI, markah prestasi dan perkara-perkara yang menggangu emosi. Jika rasa diri sendiri , just let it go (bak lagu Frozen..hehe). Jangan push sangat sehingga membebankan diri sendiri.

4.  Cara paling cepat untuk destress is back to nature. Sentuhan dengan benda hidup supaya ion2 negatif itu boleh dibuang.

5.  Stress bermula dari permasalah kecil umpana bebola kecil yang dihimpun dan dibiarkan sehingga menjadi satu bebanan yang tidak dapat ditanggung. Justeru itu jika anda rasa anda stress cepat2 cari cara untuk destress even smile to yourself. That is the fastest fastest way,.. Dan ianya sangat membantu.

6. Makan berlebihan tak membantu. Malahan corak pemakanan anda turuk menyumbang kepada stress. Contoh makanan yang wat anda cepat stress is fastfood(sebab banyak garam), makanan bergoreng dan makanan pedas.

7.  Small gesture dan senaman juga membantu anda untuk destress.

8. Faktor luaran ( keadaan ekonomi, cuaca, politik daln lain-lain) menyumbang kepada 30% penyebab stress anda.