Monday, December 14, 2015

PTS BOOKCafe

Promosi akhir tahun dari PTS BOOKCafe 

Dari bulan lepas lagi ADA dah pilih buku apa yang nak dibeli memandangkan PTS buat PROMOSI sehingga 50%. Tapi sayang the delivery charge is too expensive. Jadi ADA tak proceed untuk pembelian sehingga lah PTS wat pula promosi free postage untuk pembelian melebihi RM50. Terus confirm pembelian.. hehehe


Dalam tempoh masa tak sampai seminggu, buku-buku sampai di muka pintu. Sangat Happy ^_^

Siap dapat hadiah Upin Ipin dan buku novel kanak-kanak~

Berbaloinya rasa...





Owh mak ADA suka dengan buku IQRA Ustaz Don. Menarik dan interaktif :)

Sunday, December 13, 2015

Ibu dan anak

ADA ni memang agak sangat sensitif pasal anak hatta kalau ada yang mengata anak sedara pun ADA sedikit sentap. Semua ibu kat dunia ni nak the best untuk anak diorang. ADA yakin. InsyaAllah... Hormati cara orang lain didik anak diorg. Diorang nak jadi garang ke? nak bagi susu botol ke? nak bagi anak tidur buaian atau nak dukung anak diorang 24 jam pun... Sila hormati ibu bapa ini sebab itu anak diorang dan diorang lebih tahu. Jadi please don't compared.

dan...

Jangan ingat cara kita adalah the always best way untuk didik anak....
Jangan perasan !


Itulah yang ADA rasa dua hari ini bila ada member cakap ADA tak consider anak bila plan nak bercuti. Sentap betul rasanya.  Sebenarnya bila plan nak bercuti ni ADA memang akan baca banyak review thru google. Pastu baca pengalaman-pengalaman orang, discuss dengan en Suami.Kemudian baru buat keputusan. Tetiba je bila member hentam ADA tanpa tapiasan bab anak ni memang ADA terasa sangat.  ADA tak tau orang lain, tapi bagi ADA pengalaman jaga Baby M for 1++ year ni memang buat ADA sangat berhati-hati. 

Jadi hormatilah orang lain jika nak dihormati.


Thursday, December 10, 2015

My lucky star~

Tetiba mood merindu pada Encik Suami menjengah di waktu2 bekerja begini. Termelayan pula suara lunak merdu Encik Mimpi. Btw, ADA memang minat dengan EM ni dah lama before EM jadi artis sejak lagu Putus di Twitter meletup. Rasanya banyak lagu EM yang kelakar2 liriknya. Layan~~~


Pabila bertemu kenapa mataku,
tak pernah mahu berpaling dari memandangmu...
pabila berjauh telefon bimbitku,
tak mahu terlepas jika ada pesananmu...

Awan yang kelabu  jadi merah jambu,
hanya bila kamu muncul bersama senyum mu...
entah cabut mana gundah di hatiku,
hanya bila telingaku mendengar suaramu...

Oh you're my lucky star,
shining when I need you the most in time,
never let me down even the sun goes dark,
that's why you will always be my lovely star oh...

You're my lucky star,
I will sing along so I can be with you,
cheering up my day, oh baby stay with me,
every single second you're my lovely star...

Apa perlu tidur,makan dan minum ku?
asal semalaman dapat temani harimu...
hujung minggu lupa basuh kemeja ku,
hanya kerana selalu rindu kepadamu...

Ketawa bersama dengar jenakamu,
walau sebenarnya tidak sekelakar itu...
hujan yang menari tidak membasahi,

rasa di lindungi bila kau ada di sisi...


Layan Lucky Star by EM~~~

Bertemu dengan si dia


Bertemu jodoh dengan si kekasih hati. Moga si dia jadi kekasih hati abadi hingga akhirat nanti.


Tuesday, December 8, 2015

Have Fun at Taman Rekreasi Air Putrajaya

Alhamdulillah. Beberapa minggu yang lalu ADA ajak Encik Suami untuk beraktiviti di Putrajaya. Niat sebenarnya nak mulakan aktiviti sihat untuk diri sendiri sebab ADA gain weight banyak sangat dan nak ajak Baby M bertatih di tempat yang terbuka dan bersih supaya Baby M semangat sikit nak bertatih.hehehe....

Bergerak dari rumah jam 7.30 pagi dan bawa bekalan sarapan. Rasa happy bila dapat sarapan tepi tasik dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Tapi matahari cepat sangat menjengah. Cuaca agak terik walaupun baru jam 8.30.  Alang-alang jalan kat sana, ADA ajak Encik Suami untuk naik bot bawa Baby M.


Harga Naik Bot : RM 10 untuk dewasa, RM 5 untuk kanak-kanak(selama 30 minit)
ADA pilih Duffy Bot ... ada lagi satu lain jenis bot. ADA tak ingat namanya.

Kat sini ada banyak pilihan selain naik bot, boleh pilih kayak , memancing, kanu dan kayuh basikal. ADA tengok basikal kat sini well maintain compared to Taman Botani. Jadi tak risau sangat if nak bawa anak kayuh basikal. 

Taman Wetland ni bersambung dengan Taman Botani. Selagi larat nak berjalan otau kayuh basikal- bolehlah menghabiskan lebih masa kat sini. Riadah kat sini memang berbaloi. Untung orang-orang yang stay area Putrajaya ni :)


Tuesday, December 1, 2015

People live with their own choices

Alhamdulillah lagi sebulan nak menganjak ke tahun 2016.  Tahun ini antara tahun yang  jika boleh untuk dilupakan... ADA mahu lupakan terutama mengenai kerja. Banyak sangat peristiwa pahit payau and masam yang telah dilalui tahun ini dan masih berlanjutan sehingga menjadi barah stage 4... hehehe..

In life side, ADA sangat syukur sebab tahun ini adalah tahun yang penuh moment2 kegembiraan bersama Baby M. He's always make me happy waktu ADA stress. Allah tu Maha Adil. He give what i need not what i want. Alhamdulillah syukur punya Allah Yang Maha Penyayang.

People live with their own choices....

Sama ada memilih jalan yang benar atau sebaliknya, manusia hidup berdasarkan pilihan masing-masing. Bulan ini ADA diuji untuk memilih lagi. Doa pada Allah moga ini jalan yang terbaik.



Monday, November 30, 2015

Rezeki datang dalam pelbagai bentuk

Rezeki tu dalam dalam pelbagai bentuk. - Jodoh, duit, anak, pangkat, kepercayaan, persahabatan, keluarga dan macam-macam lagi bentuk. Yang penting kena bersyukur dengan apa yang kita dapat. Entry kali ni lebih kepada peringatan untuk diri sendiri sebab sejak kebelakangan ini ADA terlalu stress dengan kerja dan persekitaran kerja sampai terbawa-bawa ke rumah. Banyak mengeluh dan complain. Letih memanjang.....

Kesian Encik Suami dan Baby M... diorg yang kena hadap ADA hari-hari. 

Syukur~




Ada dua jalan cerita
Duka atau bahagia
Mahu pilih yang mana
Hati masih bertanya
Lekas, aku mahu jawabnya

Jaga kau hati-hati
Takut ia dicuri
Kelak nanti kau kan patah hati
Mungkin akan terjadi
Tapi masih tak pasti
Harap engkau mengerti
Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku
Angin membuaikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu

Sunday, November 22, 2015

Bila bini merajuk~

Kadang2 bini ni merajuk bukannya apa .. 

nak attention, nak dipujuk. 

bila laki makan bini wajib teman tapi bila bini makan dia makan sorg2 je...

Bukannya bini ni tak reti wat kerja tu sendiri,

Dulu sebelum kahwin semua dia wat sendiri,

Boleh je…

Tapi saje nk dependent kat laki dia, 

Nak bagitau laki dia ni penting kat sisi dia.

Tapi laki tak faham2… 

Bila bini dah start nak wat semua sendiri tu 

Maknanya bini rasa baik wat sendri sebab bila suh laki wat lagi sakit hati dia.

Dulu2 sebelum kawin, berusaha keras pujuk,

Semua benda yang diminta usaha bagi…

Sekarang buat derk je…

Try la faham bini tu.. 

Takkan nk tunggu dia bgtau.

“ abang saya dh give up dengan relationship ni”.

~~ renungan pagi



Wednesday, November 11, 2015

Pelajaran dan pengajaran

Lesson learnt for today aka pelajaran dan pengajaran yang didapati pada hari ini. Apply for working environment right now.


- Jangan tanya banyak sangat nanti jadi cam cerita bani Israel yang byk soal psl Sapi
- Belajar dari kesilapan
- Ujian datang dalam bentuk senang dan susah
- Beralah bukan semestinya kalah
- Belajar cool down before act
- Semua yang berlaku mesti ada hikmahnya ( sekarang dah dapat fresh air.. Alhamdulillah syukur)
- Kita takkan kenal orang sampai kita kerja dengan dia (cam bercinta semua indah, bila dah kahwin baru semua perangai yang lain-lain terserlah)
- Jangan malu untuk mengaku salah
- Buat kerana Allah
- Jangan terlalu bersedih kerana dunia
- Luaran tak sama dengan dalaman ( mungkin minta balasan)
- Don't judge book by its cover ( mungkin tengah belajar)


A006
Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.
 (al-Ankabut: ayat 6)



Monday, November 2, 2015

Memang dah jodoh

Semalam berskype dengan kawan... terchat pula pasal isu ini. Kitaorang bercerita pasal kawan yang tunggu kekasih dia dari sekolah menengah sampai dah umur 28 tahun. Suddenly, datang seorang lelaki lain pinang dia. Dia terima. Give up agaknya menunggu kekasih hati masih tak sedia nak pikul komitmen. Bukan sebab yang datang meminang tu lagi baik atau lagi kaya dari sebelumnya.Dah jodoh dan Ada tengok kawan Ada tu amatlah happy sekarang sebab baru nak bercinta dengan suami dan suami memang seorang yang memahami dia.

ALLAH lebih Mengetahui spa yang kita perlukan walaupun kita duk la harap yang salah tu jadi milik kita.. semua ini memang dah tertulis dalam Lauh Mahfuz dari umur kita 4 bulan dalam perut ibu. Yang penting kita perlu terus berdoa dan jaga diri sendiri. Pasangan yang kita dapat umpama cerminan diri kita. Jika diri sendiri pun kita tak jaga dengan baik, bagaimana lah hendaknya mendapat yang baik pula. Hidup di dunia ni sekali dan singkat sahaja, akhirat kampung halaman yang kekal untuk setiap manusia. Moga kita membawa bekalan yang cukup untuk hidup di sana. Do you still want to spend your life with ur beloved pasangan kat sana. Tepuk dada tanya iman....



 Kalau dah jodoh , tak ke mana.....

Kahwin dengan keluarga sekali

Kahwin dengan keluarga sekali.

Pernah tak ada orang pesan kat kita camni.. Mak atau makcik2, kawan yang dah kahwin , sedara-mara? Dulu waktu Ada nak kahwin, salah satu doa Ada pada Yang MAHA Berkuasa adalah untuk ditemukan dengan keluarga mentua yang baik dan boleh menerima Ada seadanya.

Dan masa beritahu mengenai bakal suami, Ada buy in family Ada untuk terima pilihan hati. Alhamdulillah Allah mudahkan. Bak kata orang :


" Takkan sebab dengan satu hubungan baru , kita putuskan semua hubungan lama kita."


Alhamdulillah Ada syukur sangat sebab dianugerahkan Allah dengan keluarga mentua yang baik sangat. Mak dan Abah serta ipar yang baik-baik. Jadi bila dengar orang lain mengadu pasal keluarga mentua Ada rasa syukur sebab tak perlu lalui semua tu bahkan Ada rasa keluarga mentua melengkapkan lagi hidup Ada sebab dapat rasa suasana kekeluargaan yang lebih besar.


Jadi bila kawan-kawan atau sedara yang mahu mendirikan rumah tangga, Ada nasihatkan Kahwin dengan keluarga pasangan sekali. InsyaAllah lebih kasih Allah pada kita kerana mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara saudara sesama Islam dan jangan lupa untuk berdoa hubungan itu berkekalan di jalanNya.



Monday, October 19, 2015

Bahagia itu bergantung pada definisi individu...#cinta

Bahagia itu bergantung pada definisi individu...

Ada orang yang bahagia dengan bersuamikan seorang yang punya harta, ada yang bahagia dengan bersuamikan seorang yang memahami dan menerima diri seadanya dan ada yang bahagia dengan bersuamikan seorang yang garang bak singa. Definisi bahagia itu terletak pada individu.

Bukan bahagia yang membuat kamu bersyukur tapi dengan bersyukurlah kamu akan jadi bahagia. Alhamdulillah Ada bahagia bersuamikan Mr Husband. He's the chosen one by The Greatest Creator for ADA. 18 Oktober dua tahun lalu, alhamdulillah Ada sah memikul jawatan sebagai isteri orang.

Walaupun hari ini si dia tiada (ada urusan yang lebih penting) tapi Ada syukur sebab i have someone to celebrate this day with - our Baby M. Today is our second anniversary, tiada special celebration cuma ingatan dan sedikit hadiah untuk each other sebagai tanda penghargaan.



Thursday, October 15, 2015

Cuti awal Muharram 1437H

Alhamdulillah semalam dapat luangkan masa bersama Baby M paling lama sebab Baby M refused tidur siang. Tidur siang 1jam 20min je semlm. Rindu pula rasanya hari ni.. dengar dia membebel, menyelongkar barang-barang, jerit, nangis, golek-golek and etc..etc... Umi rindu sgt dengan kamu lah. Dah besar nanti jadi hamba Allah yang taat ye....


#sindromibubekerja

Monday, September 21, 2015

Happy birthday En Suami!

Alhamdulillah... Syukur dapat sambut hari jadi En Suami with Baby M... Mr Husband memang susah nak tinggalkan Baby M kalau nak pergi mana-mana. Sayang kemain dengan anak lelaki sulung dia ni. Melayankan je apa Baby M nak, sampai uminya jeles...

hehe..

Sambut simple-simple je sebab Ada nak ada special bonding time just between three of us. Next week keluarga mentua nak wat makan-makan celebrate with their family pula.

Ada belanja Mr Husband n Baby M makan Kenny dekat JJ Cheras Selatan sebab tempat makan dia quite cosy for Baby M. Ada hadiahkan jam tangan untuk en suami sebab his previous watch tak berapa tahan lasak.






Thursday, September 10, 2015

Trip to bandung

Trip ke bandung pada tahun 2013. 2 years back. Masih single lagi dan takde komitmen. First time trip keluar dari Malaysia dengan kawan-kawan. Jujurnya rindu sangat moment ni. Ada memang macam ni kot. Suka travel with a lot of people ( member2 atau family), rasa meriah tu lebih.

Trip pergi bandung ni 5 hari 4 malam. Kitaorang stay jauh dari pekan. Erm rasa rugi sebab banyak buang masa atas jalan. Boleh tahan traffic jam kat bandung ni. And our homestay cam jauh dari kedai2 even the view is nice.

Budget kitaorang banyak lari sebab makan kat tempat yang agak eksklusif. hehe... @Sapulidi @Teahouse @Stone Cafe @solaris tapi jus buah kat sana memang original without sugar dan air tambahan. Still tak jumpa kat KL kedai yang hidang jus best2 cam kat bandung. If ada pun maybe sangat mahal dari Bandung. Dan pasar baru memang best. Ada borong telekung dan kain lace kat sini.






Antara Makanan yang kitaorang order


Lagi satu Ada banyak beli baju blause kerja kat kedai Blossom. Sampai kawan Ada siap tarik suh balik sebab khusyuk sangat membeli belah dalam ni.

Kedai Blossom (Ehsan google)

Yang Ada rasa best shopping kat Bandung ni, senang betul nak cari tempat solat. Walaupun tempat terbuka dan campur lelaki perempuan tapi untuk musafir cam Ada ni. Rasa there's no excuse for me to not performed solah even busy nak berjalan-jalan dan shopping.

Kitaorang pun ada ke pergi tangkuban perahu dan batu kawah.



Teahouse

 Tempat petik strawberry and blueberry











Rindu nak berjimba dengan kawan-kawan.. semua tengah ada anak kecik... one day insyaAllah~

Monday, September 7, 2015

Bercinta buta

Masa bercinta ramai orang kata mata jadi buta. Nampak semuanya baik je...
Nampak  si dia lah paling sempurna di mata. Kalau si dia buat salah pun, terima je.. Semua rasa manis lah bak kata orang...


Tapi ingat,

You live on reality world which is you have consider a lot of thing.

Kita ni hidup atas dunia.  Unless kita ni makan pun dengan berzikir dan rasa kenyang... go for it... tak payah nk fikir pasal dunia... Selalu suami Ada pesan " Family no 1". Both family, family belah dia... family belah Ada and our family. Semua penting. Jangan belakangkan diorang. Nasihat Ada untuk yakinkan family tentang pilihan hati ini :

1. DOA - semoga dipermudahkan urusan.
2. Amik hati family...pertimbangkan apa yang diorang cadangkan . Jangan terus tolak.


Pelembap muka

Alhamdulillah syukur sebab kulit muka Ada tak banyak masalah tapi bila dah lahirkan anak ditambah menyusukan anak. Kulit muka jadi superb kering sampai rasa pedih bila gosok-gosok muka. Cuba banyak jenis pelembap safi, everysoft, nivea, mustika ratu , sari ayu. nano white dan lain-lain lagi semuanya tak jalan.

Percubaan terakhir adalah Hada Labo , Alhamdulillah kulit hadi normal balik tapi tak boleh letak kerap sangat sebab nanti tumbuh jerawat. Member pun cakap macam tu.  Masa  Ada beli ada promotion free pencuci muka. Pencuci muka cam tak berapa sesuai dengan Ada jadi masih menggunakan sabun madu.

For those yang ada masalah yang sama boleh lah try Hada Labo Moisture Lotion ni, beli yang trial pack tu pun ok.~


Monday, August 31, 2015

Ada hikmah pada pengakhirannya....

My first job dekat satu syarikat IT dekat Bukit Jalil. Establish company tapi suka tindas pekerja dan terlalu banyak ofis politik yang tak larat nak dilayan.  Kerja sana 3 bulan sahaja ... tapi kawan-kawan sekerja kat sana memang baik. Alhamdulillah after kerja keras dan kesabaran diorang, now semua dah dapat hala tuju masing-masing. Dua orang dah sambung PHD - satu dalam negara dan seorang lagi di luar negara.Seorang jadi fulltime housewife- memang dah expect sebab kak Bush memang very motherly. and seorang dah kerja ngan government dekat ngan hometown... Ni semua rakan-rakan perempuan, yang lelaki Ada tak update.

Alhamdulillah diakhir nya pasti ada pengakhiran yang baik... 






Thursday, August 27, 2015

Photobooth wedding signage

First time Ada buat Photobooth Signage adalah untuk my own wedding. Last minit buat, tapi silap sebab Ada wat  saiz kecik. Jadi photographer kata dalam gambar tak berapa nampak. ~






Wednesday, August 26, 2015

Percutian Raya dan Keluarga~

Alhamdulillah.. Hari raya Kedua tahun ini, planning for bercuti dengan keluarga mentua.  First time bercuti with keluarga in law. Ada rezeki dapat book rumah rehat syarikat untuk 3 hari 2 malam. Unfortunately FIL kena keje last minit, jadi family in law just stay satu hari satu malam je. 

Disebabkan my sis and my bro stay kat Perak juga, ajak diorang datang on second day. My bro tak dapat datang sebab kerja. Hari Isnin kan. My sis-husband and wife cikgu. Jadi memang cuti.So it be a fruitful vacation coz we spend time with both family ... me and him.... syukur...

Masa mula-mula datang memang traffic yang teruk sebab cuti panjang. Ramai foreigner yang datang bercuti ke Cameron.DItambah pula dengan cuaca hujan lebat tak berhenti, Kesian keluarga in law tak dapat jalan sangat sebab cuaca yang tak mengizinkan.

Kakak Ada memang expert pasal Cameron sebab selalu pergi bercuti kat sana. Jadi dia lah sebagai penunjuk arah pergi jalan-jalan. Tempat yang menarik untuk dikunjungi :

1. Kea Farm : Tempat yang best untuk shopping sayur-sayuran segar. Macam-macam kitaorang borong dan makan malam tu juga. Best dapat sayur segar ni~

2. Pasar Malam Brinchang : Kat sini Ada borong strawberry banyak2 sebab plan masa tu nak makan dengan coklat beryls yang kitaorang bawa untuk dip.Memang puas makan .. berkotak-kotak habis...

3.Ladang Strawberry KHM Kg Taman Sedia : Kat sini aiskrim dia paling sedap n terbaik.. murah lak tu.Baru RM2 je satu. Scone dia pun murah. Beli jam dan syrup strawberry kat sini... View kat sini memang best .. syahdu je rasa...

4.Tanah Rata : Ada beli barang runcit je kat sini...

Untuk Ada, cuti kat mana-mana pun tak kisah janji spend masa dengan family . Makan dan sembang till midnight... susah nak dapat masa kumpul sama-sama bila ada yang dah masuk belajar , kerja dan stay in diff state. Makan dengan percutian begini, memberikan manfaat kepada kami untuk eratkan hubungan kekeluargaan.


You don't choose your family.
They are Allah gift to you as you are for them.






Tuesday, August 25, 2015

Minggu penuh meeting

Minggu ini penuh dengan meeting, dari pagi sampai petang. Kerja Ada ini berkaitan dengan sistem and writing, jadi bila meeting the whole day camni.. Memang keje stuck la... LPPT half year pun tak buat lagi. Next moth ada celebration anniversary company, macam-macam aktiviti yang nak melibatkan cawangan. Siap nak buat tele conference from HQ to several branch.. fuuuhhh ... September please be good to me...  

Doa semoga semua yang dirancang berjalan lancar... 


Minggu ni punya meeting ....
Bak kata best fren  : Ada dan meeting berpisah tiada... ~_~

Monday, August 24, 2015

Percubaan pertama Nasi Lemak Ayam BBQ~

Percubaan pertama Ada masak nasi lemak. Ada memang jarang memasak sebab stay dengan mak, selalu mak yang akan masak dan mak masak definately lagi sedap dari Ada. selalu kalau western food je yang Ada masak sebab mak tak reti masak western2 ni. Dan mak fav is spagheti bolognese and macaroni bakar.

I think percubaan pertama ni tak berapa menjadi even me myself pun x puas hati with the rasa. Husband komen, nasi kurang lemak. My komen is everthing is lacking of garam... ahahaha... orang hypertension masak memang semua kurang garam. Tapi alhamdulillah takde membazir,. Semua habis :)





Jahit Manik~Chunky Bead

Selepas habis belajar dulu - sementara dapat kerja, Ada terminat lah nak cuba-cuba jahit manik. Tudung dan baju mak jadi tester. Pernah dapat tempahan dari jiran tapi Ada ni amatur je, depan je nampak cantik. Belakang serabut abis.  After cubaan demi cubaan, skill jahit manik tu dah bertambahbaik.

Even, my wedding dress pun Ada jahit sendiri start 1 week sebelum exact date. Tak sempat, sebab dulu my boss is very strict. Nak cuti memang payah especially bagi yang bujang. Dah lama tak jahit manik sejak kahwin dan ada anak ni.. Time is very consuming dan risau Baby M termakan manik.

Baru-baru ni waktu, melayan FB- Jatuh hati pula tengok chunky bead ni. Jadi Ada try kat baju MIL sebab tak pernah lagi jahitkan manik untuk MIL. This is my 1st try using chunky bead. Ada beli chunky bead ni kat kedai manik Pertama Complex. The price is the most cheaper dari kedai-kedai lain yang Ada pernah pergi. Beli online pun boleh kat FB/ ig : Shamsiah Sofea  dan Lace, Beads, Rhinestones and Such.

Alhamdulillah MIL puas hati...