Monday, November 2, 2015

Memang dah jodoh

Semalam berskype dengan kawan... terchat pula pasal isu ini. Kitaorang bercerita pasal kawan yang tunggu kekasih dia dari sekolah menengah sampai dah umur 28 tahun. Suddenly, datang seorang lelaki lain pinang dia. Dia terima. Give up agaknya menunggu kekasih hati masih tak sedia nak pikul komitmen. Bukan sebab yang datang meminang tu lagi baik atau lagi kaya dari sebelumnya.Dah jodoh dan Ada tengok kawan Ada tu amatlah happy sekarang sebab baru nak bercinta dengan suami dan suami memang seorang yang memahami dia.

ALLAH lebih Mengetahui spa yang kita perlukan walaupun kita duk la harap yang salah tu jadi milik kita.. semua ini memang dah tertulis dalam Lauh Mahfuz dari umur kita 4 bulan dalam perut ibu. Yang penting kita perlu terus berdoa dan jaga diri sendiri. Pasangan yang kita dapat umpama cerminan diri kita. Jika diri sendiri pun kita tak jaga dengan baik, bagaimana lah hendaknya mendapat yang baik pula. Hidup di dunia ni sekali dan singkat sahaja, akhirat kampung halaman yang kekal untuk setiap manusia. Moga kita membawa bekalan yang cukup untuk hidup di sana. Do you still want to spend your life with ur beloved pasangan kat sana. Tepuk dada tanya iman....



 Kalau dah jodoh , tak ke mana.....

No comments:

Post a Comment