Monday, November 2, 2015

Kahwin dengan keluarga sekali

Kahwin dengan keluarga sekali.

Pernah tak ada orang pesan kat kita camni.. Mak atau makcik2, kawan yang dah kahwin , sedara-mara? Dulu waktu Ada nak kahwin, salah satu doa Ada pada Yang MAHA Berkuasa adalah untuk ditemukan dengan keluarga mentua yang baik dan boleh menerima Ada seadanya.

Dan masa beritahu mengenai bakal suami, Ada buy in family Ada untuk terima pilihan hati. Alhamdulillah Allah mudahkan. Bak kata orang :


" Takkan sebab dengan satu hubungan baru , kita putuskan semua hubungan lama kita."


Alhamdulillah Ada syukur sangat sebab dianugerahkan Allah dengan keluarga mentua yang baik sangat. Mak dan Abah serta ipar yang baik-baik. Jadi bila dengar orang lain mengadu pasal keluarga mentua Ada rasa syukur sebab tak perlu lalui semua tu bahkan Ada rasa keluarga mentua melengkapkan lagi hidup Ada sebab dapat rasa suasana kekeluargaan yang lebih besar.


Jadi bila kawan-kawan atau sedara yang mahu mendirikan rumah tangga, Ada nasihatkan Kahwin dengan keluarga pasangan sekali. InsyaAllah lebih kasih Allah pada kita kerana mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara saudara sesama Islam dan jangan lupa untuk berdoa hubungan itu berkekalan di jalanNya.



No comments:

Post a Comment