Tuesday, December 8, 2015

Have Fun at Taman Rekreasi Air Putrajaya

Alhamdulillah. Beberapa minggu yang lalu ADA ajak Encik Suami untuk beraktiviti di Putrajaya. Niat sebenarnya nak mulakan aktiviti sihat untuk diri sendiri sebab ADA gain weight banyak sangat dan nak ajak Baby M bertatih di tempat yang terbuka dan bersih supaya Baby M semangat sikit nak bertatih.hehehe....

Bergerak dari rumah jam 7.30 pagi dan bawa bekalan sarapan. Rasa happy bila dapat sarapan tepi tasik dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Tapi matahari cepat sangat menjengah. Cuaca agak terik walaupun baru jam 8.30.  Alang-alang jalan kat sana, ADA ajak Encik Suami untuk naik bot bawa Baby M.


Harga Naik Bot : RM 10 untuk dewasa, RM 5 untuk kanak-kanak(selama 30 minit)
ADA pilih Duffy Bot ... ada lagi satu lain jenis bot. ADA tak ingat namanya.

Kat sini ada banyak pilihan selain naik bot, boleh pilih kayak , memancing, kanu dan kayuh basikal. ADA tengok basikal kat sini well maintain compared to Taman Botani. Jadi tak risau sangat if nak bawa anak kayuh basikal. 

Taman Wetland ni bersambung dengan Taman Botani. Selagi larat nak berjalan otau kayuh basikal- bolehlah menghabiskan lebih masa kat sini. Riadah kat sini memang berbaloi. Untung orang-orang yang stay area Putrajaya ni :)


No comments:

Post a Comment