Sunday, March 27, 2016
Aktiviti Hujung Minggu
Sejak Baby M dah pandai berjalan dan bermain di luar ini, ADA jadualkan satu aktiviti bersama anak di luar rumah bermula dari hari Jumaat (malam). Memandangkan hari-hari yang lain seperti tidak sempat nak bawa Baby M keluar. Pagi-pagi dah keluar bekerja balik dah nak waktu Maghrib. Jadi masa untuk bawa Baby M keluar jejalan is very limited.
3. Pergi mandi kolam renang. Ini bila cuaca ok je.. cuaca
sekarang ni memang ADA limit kan pendedahan ke outdoor.
Wednesday, March 23, 2016
Pengalaman Skincare
Al kisah selepas bersalin kan Baby M, kulit muka ADA jadi
kering. Stress sebab kering sampai rasa pedih muka macam terluka. ADA cuba
bermacam jenis skincare especially skincare yang sebelum ini efektif untuk ADA.
Tapi semua macam tak function. Kulit
masih kering dan mengelupas serta merabak ke lebih banyak.
Alhamdulillah, ada sedikit perubahan selepas ADA cuba HADA
LABO moisture lotion dan pencuci muka tapi masih tak dapat pemulihan
sepenuhnya. Tambahan normally kalau terlebih pakai lotion ni, kulit tumbuh jerawat gak tapi tak teruk. Jadi ADA masih riki-riki (entah dari mana datangnya perkataan ni).
Tanya orang sana sini , tergerak hati nak try skincare Dnar’s. Masa pakai ok je kulit getting better tapi
bila dah nak masuk dua bulan pakai kulit ADA mula tumbuh jerawat. Hati ADA jadi
tak best sebab my skin bukan jenis senang tumbuh jerawat. Jadi ADA berhenti.
After 2-3 days, my skin getting worst. ADA still nak
sedapkan hati yang its gonna be ok soon. Rupa-rupanya keadaan muka jadi lagi
teruk, siap pori2 jadi besar n jerawat maki segar bugar tumbuh tanpa segan
silu. Tepi kiri kanan atas bawah semua ada jerawat. Rasa down sangatt…..
Jadi ADA pergi kat satu stokis ini sebab ADA plan nak beli
produk lain (tak perlu ADA nyatakan produk apa). Sampai kat stokis tu, penjual
sarankan ADA guna Dnar’s skincare untuk kulit sensitive sebab dia kata sebelum
ini ADA salah guna produk untuk normal skincare. Termakan kata-kata jurujual
ADA beli satu set untuk kulit sensitive. Alhamdulillah, after pakai jerawat ADA
kecut tapi masa cuci muka tu rasa pedih betul macam luka kena garam ok. Imagine
setiap kali cuci muka rasa camtu.After two weeks jadi balik jerawat bergerak
aktif. So ADA cuba untuk guna produk Dnar’s ni selang hari tapi masih tak
berkesan. END UP ADA decide berhenti terus guna pencuci. FED UP betul. Maybe this produk tak sesuai
dengan ADA.
ADA ada juga search thru google and found one blog yang menerima
nasib yang sama with ADA. Can read here ---> KESAN DNARS
Lesson learnt that I get is my skin usually not fit with
local skincare like SAFI, Dnars and etc2. ADA now guna sabun madu dari Bodyshop je. So
far ok. Jerawat dah tak aktif tapi still semua bekas-bekas jerawat sangat terserlah
di muka. Hopefully it will recover soon….
Monday, March 21, 2016
Sindrom anak mengamuk tanpa sebab
Alhamdulillah this year, Baby M will turned two years old.
How time flies….
Rasa baru sahaja mengandungkan Baby M, suddenly dah membesar
seperti uminya.. hehehe…Dalam dua minggu ini ADA tengok Baby M dah mula throw
his tantrum without a reason. Bayangkan ADA nak pergi ambil wudhuk , Baby M
boleh merengek-rengek depan bilik air sampai ADA keluar dari bilik air
sedangkan kat ruang tamu neneknya ada temankan dia bermain. Bila ADA keluar je
dari bilik air, Baby M pun senyap then terus pergi ruang tamu main dengan
neneknya. Terpinga-pinga ADA tengok dia .. ingatkan Baby M nak apa tadi.
Lagi satu Baby M dah pandai baling barang bila kita tegur
dia. Rasa nak nangis, mana hang belajar ni anak oiiii…
ADA pun cuba2 google. It’s normal for anak-anak berusia 2
hingga 3 tahun sebab kita tak faham apa kemahuan dia. Fuh… I try my best to
bersabar …
This is a few tips to handle yang ADA rasa membantu.
· Konsisten –
Adakan rutin harian yang tetap bagi memudahkan jangkaan anak seperti waktu
tidur mengikut waktu ditetapkan.
· Buat
perancangan awal – Jika perlu membeli-belah barangan keperluan, lakukan seawal
mungkin iaitu pada waktu pagi ketika anak tidak lapar atau keletihan. Bawa
sekali bekalan snek atau permainan untuk anak jika ada kemungkinan anda perlu
beratur panjang.
· Kreatif –
Galakkan anak anda bercakap. Jika dia masih belum boleh bertutur, gunakan
kreativiti anda dengan mengajarnya bahasa isyarat ringkas dan mudah difahami
bagi merujuk perkataan seperti ‘Saya Mahu’, ‘Cukup’, ‘Sakit’ dan ‘Penat’. Lebih
mudah komunikasi anda dan anak, lebih kurang anda berdepan masalah anak
mengamuk.
· Buat
pilihan – Benarkan anak kecil membuat pilihan bagi membolehkannya berasakan dia
juga boleh memilih. Ini seperti menyuruhnya memilih antara baju warna putih
atau biru, jenis buah-buahan yang diingininya atau mainan pilihan.
· Beri pujian – Pujilah anak anda jika dia
berkelakuan baik seperti berkongsi mainan, patuh dan mendengar arahan.
Subscribe to:
Posts (Atom)



