Alhamdulillah this year, Baby M will turned two years old.
How time flies….
Rasa baru sahaja mengandungkan Baby M, suddenly dah membesar
seperti uminya.. hehehe…Dalam dua minggu ini ADA tengok Baby M dah mula throw
his tantrum without a reason. Bayangkan ADA nak pergi ambil wudhuk , Baby M
boleh merengek-rengek depan bilik air sampai ADA keluar dari bilik air
sedangkan kat ruang tamu neneknya ada temankan dia bermain. Bila ADA keluar je
dari bilik air, Baby M pun senyap then terus pergi ruang tamu main dengan
neneknya. Terpinga-pinga ADA tengok dia .. ingatkan Baby M nak apa tadi.
Lagi satu Baby M dah pandai baling barang bila kita tegur
dia. Rasa nak nangis, mana hang belajar ni anak oiiii…
ADA pun cuba2 google. It’s normal for anak-anak berusia 2
hingga 3 tahun sebab kita tak faham apa kemahuan dia. Fuh… I try my best to
bersabar …
This is a few tips to handle yang ADA rasa membantu.
· Konsisten –
Adakan rutin harian yang tetap bagi memudahkan jangkaan anak seperti waktu
tidur mengikut waktu ditetapkan.
· Buat
perancangan awal – Jika perlu membeli-belah barangan keperluan, lakukan seawal
mungkin iaitu pada waktu pagi ketika anak tidak lapar atau keletihan. Bawa
sekali bekalan snek atau permainan untuk anak jika ada kemungkinan anda perlu
beratur panjang.
· Kreatif –
Galakkan anak anda bercakap. Jika dia masih belum boleh bertutur, gunakan
kreativiti anda dengan mengajarnya bahasa isyarat ringkas dan mudah difahami
bagi merujuk perkataan seperti ‘Saya Mahu’, ‘Cukup’, ‘Sakit’ dan ‘Penat’. Lebih
mudah komunikasi anda dan anak, lebih kurang anda berdepan masalah anak
mengamuk.
· Buat
pilihan – Benarkan anak kecil membuat pilihan bagi membolehkannya berasakan dia
juga boleh memilih. Ini seperti menyuruhnya memilih antara baju warna putih
atau biru, jenis buah-buahan yang diingininya atau mainan pilihan.
· Beri pujian – Pujilah anak anda jika dia
berkelakuan baik seperti berkongsi mainan, patuh dan mendengar arahan.
No comments:
Post a Comment