Tuesday, April 12, 2016

Motor Skill Anak - anak

Kepentingan motor skills kepada anak-anak  terutama bagi anak-anak  berumur bawah 1 tahun sebab pada masa ini , anak-anak tengah agresif membina deria-deria mereka. Deria rasa, penglihatan, pendengaran, pergerakan tangan dan kaki. Untuk memastikan kesemua deria ini berfungsi dengan baik untuk anak-anak, kita sebagai ibu bapa kenalah tolong anak-anak ini. Tak gitu? :)

ADA selalu ingatkan diri sendiri sebab berdasarkan pengalaman as kindergarden teacher, anak dah berumur 4 tahun pun masih tak boleh menguruskan pergerakan diri sendiri dengan betul. Contoh, cara jalan yang salah menyebabkan anak sering kali terjatuh. Ibu bapa kadang kala terlepas pandang sebab dengan dunia IT ini, everthing they thought could be learn via apps and devices. Bagi ADA, tak salah bagi anak main dengan techno devices tapi make sure under pengawasan dan durasi masanya tidak lama. Maximum 30min. Bagi ADA 20min tu pun sudah sangat lama.

Untuk boost motor skill anak-anak ni tak memerlukan wang ringgit yang banyak pun. Antara aktiviti yang ADA pernah cuba:

1. Masukkan duit dalam tabung
2. Main bunga api pop. Baling satu-satu.
3. Berbasikal
4. Susun mainan
5. Main buih sabun (make sure yang tak pedihkan mata)
6. Pegang buah-buahan, sayur-sayuran.
7. Main pasir
8. Susun barang-barang

Macam-macam lagi aktiviti yang boleh dilakukan. Dan selalu-selalulah bersembang dengan anak untuk trigger communication skills dia. ADA bawa  Baby M jalan-jalan naik motor pun sambil bercakap… Hehe.. im a talkative mother :)


Info grafik yang boleh membantu.. Have fun while learning….


Good Meowning Cafe; Your Cat Cafe!


Walaupun dekat dengan rumah , around 10-15 minit tapi belum berkesempatan hendak menjengah ke sini. Last week, ADA beritahu pada En Husband awal-awal lagi kata nak bawa Baby M dan Mak breakfast di sini. Kami tiba lewat dalam jam 11pagi, dah macam brunch pula.

Tapi most of the cat sedang tidur, maybe tengah hari masa santai kucing-kusing. ADA pun tak pasti, not an expert of cat. Dulu masa sekolah ada bela tapi bila my athma getting worst, mak tak bagi bela kucing sebab ADA suka bawa kucing tidur sekali. Feel warmth. Hehehe….

Nasi goreng Meow..


Moi Sup aka Bubur nasi... (Gambar nasi lemak tak sempat amik)

Makanan yang kami order adalah nasi lemak, nasi goreng meow,moi sup aka bubur nasi, air the panas , limau dan koko. Range harga makanan around RM3-10, dan harga air lebih kurang RM1.50-3. ADA tak berapa nak ingat harga makanannya… hehe. ADA tengok dalam chilller ada dessert yang menarik tapi tak larat nak cuba sebab kitaorang dah  plan nak makan tempat lain for lunch.
Untuk main dengan kucing, per person charge RM5 for 30 minutes. Most of the cat spesies British Short Hair, kata penjaga tu pemilik café suka spesis kucing ni. ADA prefer local cat sebab lagi aktif and independent ( bagi ADA lah).

p/s: If datang sini better makan dulu baru main kucing sebab bila masuk tempat kucing ni.... bau kucing is very strong dan bulu2 kucing ni memang sangat banyak.. if pegang memang akan melekat kat baju. 

Overall , cafe ni bersih dan yang paling ADA suka is non smoking area. Safe untuk bawa anak ^_^

Sunday, April 3, 2016

Untung sabut

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Maksud : Jika bernasib baik akan mendapat kejayaan namun jika bernasib malang akan mendapat kerugian, (source by Google)

Apa yang berlaku atas diri kita di masa akan datang, No one can predict and give a result, Cuma Allah sahaja yang Maha Mengetahui. After dan semasa belajar ADA disogokkan dengan cerita-cerita tentang kemewahan pekerjaan di syarikat Oil & Gas dan institusi kewangan. Namun siapa sangka tahun 2016 menjadi saat-saat kejatuhan kedua-dua industri ini ekoran keadaan ekonomi di Malaysia.

Bukan tujuan ADA nak memburuk-burukkan mana-mana pihak, teapi entry ini lebih kepada peringatan untuk diri sendiri.  Dengan keadaan sekarang ini memang kena beringat dan berhati-hati terutamanya dalam perancangan kewangan. In whatever company you are working right now, it is not impossible we could face the same destiny like those company. 




Jika ikut sunnah, pekerjaan yang paling bagus adalah berniaga. :)