Tuesday, April 12, 2016

Motor Skill Anak - anak

Kepentingan motor skills kepada anak-anak  terutama bagi anak-anak  berumur bawah 1 tahun sebab pada masa ini , anak-anak tengah agresif membina deria-deria mereka. Deria rasa, penglihatan, pendengaran, pergerakan tangan dan kaki. Untuk memastikan kesemua deria ini berfungsi dengan baik untuk anak-anak, kita sebagai ibu bapa kenalah tolong anak-anak ini. Tak gitu? :)

ADA selalu ingatkan diri sendiri sebab berdasarkan pengalaman as kindergarden teacher, anak dah berumur 4 tahun pun masih tak boleh menguruskan pergerakan diri sendiri dengan betul. Contoh, cara jalan yang salah menyebabkan anak sering kali terjatuh. Ibu bapa kadang kala terlepas pandang sebab dengan dunia IT ini, everthing they thought could be learn via apps and devices. Bagi ADA, tak salah bagi anak main dengan techno devices tapi make sure under pengawasan dan durasi masanya tidak lama. Maximum 30min. Bagi ADA 20min tu pun sudah sangat lama.

Untuk boost motor skill anak-anak ni tak memerlukan wang ringgit yang banyak pun. Antara aktiviti yang ADA pernah cuba:

1. Masukkan duit dalam tabung
2. Main bunga api pop. Baling satu-satu.
3. Berbasikal
4. Susun mainan
5. Main buih sabun (make sure yang tak pedihkan mata)
6. Pegang buah-buahan, sayur-sayuran.
7. Main pasir
8. Susun barang-barang

Macam-macam lagi aktiviti yang boleh dilakukan. Dan selalu-selalulah bersembang dengan anak untuk trigger communication skills dia. ADA bawa  Baby M jalan-jalan naik motor pun sambil bercakap… Hehe.. im a talkative mother :)


Info grafik yang boleh membantu.. Have fun while learning….


No comments:

Post a Comment