Thursday, July 9, 2015

My best friend's wedding

Ada memang suka tengok movie lama-lama, tak kira lah hindustan , melayu atau mat saleh. Salah satu movie fav Ada ialah

  My best friend's wedding

Sesiapa yang pernah tengok movie ni mesti teringat balik kehebatan lakonan Julia Roberts, Demort Mulroney dan Cameron Diaz. Plot cerita yang memang sangat-sangat menarik bagi Ada--- bila mana-mana perempuan yang pernah ada "kawan tapi mesra" different gender, sure pernah gak terconfused with their feeling apabila bff diorang ni ada gf atau getting married soon. 

On my experienced, takde lah nak confused with the feeling since we r not so closed tapi sebab dah kawan dari kecil, tambahan pula rumah dia memang dekat dengan rumah Ada. Jadi bila dia kahwin dulu dari Ada, Ada pun ada borak-borak ngan dia a day before dia kahwin sambil teman mak dia wat hantaran kahwin masa tu.

Ada : Pasni , tak boleh lah gurau kasor2 ngan ko, Nanti marah bini.
Dia: Kenapa pula?
Ada: Ye ar takkan aku nak panggil ko bapa beruang depan bini ko... marah dia kang,....
Dia: ( gelak besar)

Deep inside, masing-masing pun tau batas la sebab nanti dah kena jaga hati pasangan masing-masing. Ada pun lepas dia kahwin jumpa dia senyum je.. takde tegur ramah mesra sebab takut wife rasa tak selesa sebab Ada masa tu single lagi, BF pun takde. Memang tak pernah ada pun. Next post la kot kalau nak cerita panjang-panjang how i met my real bf aka En Suami. 

Tetiba teringat pula pada En Suami.... layan ~~~~~~

If it wasn't the ocean
Wasn't the breezes
Wasn't the white sand
There might be no need

If I could sleep through the cool nights
If I could breathe and eat right
If I had worked all summer
Maybe I wouldn't feel so humble
Oh you, it's always you
It's always you

If red roses weren't so lovely
If wine didn't taste so good
If stars weren't so romantic
Then I could do what I should
Oh you, it's always you
It's always you

If your love I could command it
Get your head to understand it
I'd go twice around the world
Even though I wouldn't find it


Wednesday, July 8, 2015

Cari Kerja

Dah lama sangat nak berkongsi pengalaman tak seberapa ini.

Zaman sekarang ini dengan segulung ijazah pun nak mencari kerja yang sesuai dengan kita amatlah payah sampai ramai yang lebih sanggup guna sijil SPM sebab lagi senang nak dapat kerja terutamanya kerja kerajaan. Dulu-dulu masa kita belajar kat sekolah , mesti ramai yang selalu dengar ayat ni:

"belajar elok-elok nanti senang cari kerja"

Ada tak kata ayat tu salah tapi nampak tak macam mana kita ini diajar bergantung lebih kepada kemampuan pendidikan dari doa kepada Allah. ( berfikir lama..........)

Pengalaman Ada sendiri, sekolah menengah bukanlah pandai sangat pun tapi alhamdulillah Allah tolong masa SPM dapat keputusan yang agak cemerlang. Syukur sebab masa mid term matematik moden pun Ada gagal, jangan tanyalah subjek lain... lagi ke laut keputusannya. Walaupun result teruk, tapi Ada TAK PERNAH meniru walau sekali pun masa sekolah. TAK PERNAH sebab Ada rasa berdosa kalau meniru ini. Orang nak tiru Ada, terpulang.. tapi Ada memang takkan tiru orang lain. 

Syukur....


Ada menerima beberapa surat tawaran masuk IPT. Setelah solat istikharah, hati Ada lebih berat ke salah sebuah IPTS sebab dapat sponsorship. Dalam hati, cukup-cukuplah susahkan mak ayah. Walaupun bidang yang akan dipelajari, bidang yang paling tak diminati. I love accounting sangat-sangat masa tu… even tanya sekarang pun InsyaAllah bley la jawap basic to do account.

Al kisahnya semasa belajar kat IPT pula dimomok-momokkan kononnya selepas belajar terus dapat kerja dengan syarikat sponsor. Jadi bab-bab cari kerja ini memang tak pernah terfikir dan tak pernah nak usaha nak tahu pasal dunia pekerjaan. Nampak tak? Kat sini kebergantungan pun dah tak 100 peratusnya pada Allah.

Habis belajar tunggu konvo selama 8 bulan. Sijil tiada, syarikat sponsor tak nak ambil bekerja. Masa tu rasa hidup dah tunggang terbalik bukan sebab takde kerja tapi sebab mulut orang sekeliling (keluarga, jiran dan kawan-kawan). Rasa down sangat , toksah nak katalah.Masa ni Ada belajar untuk BE PREPARED. Apa-apa pun kena buat persediaan mental dan fizikal dan selalu belajar diri kita ni memang tiada apa-apa.. Hanya Allah yang Maha Berkuasa. Hanya dengan ehsan Allah lah kita dapat sesuatu.


Alhamdulillah, tak lama lepas konvo dapat training by MDEC dan interview kerja lulus. Syarikat kecil, gaji pun 1k (tiada socso dan epf).Masa ni tak tahu pun apa itu socso dan epf. Naif betul. Syarikat ni rupanya ada masalah dalaman, asyik buang kerja dan tak nak bayar gaji. Pernah kena dapat gaji separuh sahaja. Memang macam tak berbaloi pergi kerja sebab bayangkanlah naik bas, tren teksi (lokasi kerja kat bukit jalil). Duit transport pun tak lepas.  Jadi selepas 3 bulan kerja, buat pilihan nak berhenti. Tebalkan muka minta tolong member nak mohon cikgu tadika kat tempat dia. Alhamdulillah dapat dan sesungguhnya sangat happy kerja dengan kanak-kanak walaupun badan sangat letih sebab masuk kerja kul 7.30am balik pun 7.30pm. Weekend pun selalu je ada aktiviti tadika. Dalam seminggu selalunya kerja 6 hari. Kalau ada big event sekolah macam Hari Sukan , Hari Keluarga, Minggu Bahasa dan lain-lain lagi, balik rumah dalam pukul 11 malam. Mesti ramai tak percaya , tadika apa kerja sampai lewat malam. Ini tadika International, dalam dunia ada 7 buah je. Dalam Malaysia ada satu cawangan sahaja. Walaupun badan superb exhausted tapi tengok dan main dengan kanak-kanak is source of my happiness.

Lagi sekali, Ada buat pilihan untuk berhenti kerja sebab Ada pernah terlepas nak performed my prayer Zohor (malu sangat nak bagitau sebenarnya) sebab cikgu yang patutnya bertugas pergi entah ke mana.Jadi bila ambil wudhuk tu, tau-tau dah waktu Asar. Bukan sekali tetapi beberapa kali. Sedih  masa tu sebab prinsip Ada, solat itu penjaga Ada. Tanpa solat, Allah tak rugi apa-apa tapi Ada yang rugi banyak sangat. Jadi pada penghujung tahun, Ada terus berhenti kerja tanpa backup plan. Hati lega sebab at least tugasan Ada sebagai cikgu untuk tahun itu selesai. Jadi kanak-kanak tak terefek dengan asik pertukaran guru. Ya.. setahun juga Ada bertahan demi kanak-kanak.

Selama 8 bulan, Ada kerja sebagai tutor kumon dan cikgu tuisyen. Alhamdulillah, Ada dapat tawaran kerja tetap dan Ada masih bekerja di tempat yang sama kini. Pengalaman cari kerja dan berhadapan dengan mulut orang  masih segar dalam ingatan Ada sampai sekarang. Setiap hari, Ada akan apply at least 3 kerja kadang-kadang sampai 10 kerja dalam sehari sampai Ada pun tak ingat kerja apa yang Ada apply. Interview pun, Ada pergi sampai tak larat-larat. Interview paling teruk Ada pergi ialah Interview dekat UMB HUKM. Pergi awal pukul 8.30 , jam 3.00 petang baru diorang interview. Buat masa kita ni macam tak berharga langsung. Duk tunggu situ punyalah lama. Diorang punya time management memang takde langsung.


Jadi nasihat Ada untuk orang yang diluar sana , jangan pernah sekali pun give up dan always keep believed in Allah. HE know the best for us. Teruskan usaha dan jangan pedulikan apa orang kata. Buat apa yang termampu, jangan buang masa. Kerja sahaja, ambil pengalaman. At least, takde la duk main handphone dantidur sahaja di rumah. J


Good video to shared :


Monday, July 6, 2015

Epidural Pain Killer sewaktu melahirkan anak

Baru- baru ini banyak betul kisah mengenai Epidural and Pain Killer yang diambil sewaktu melahirkan anak. Memang sakit bersalin tu sakit nya tak dapat nak digambarkan ( walaupun pengalaman baru sekali) tapi kebanyakkan ibu bersalin sekarang disogokkan dengan ubat-ubatan tersebut oleh jururawat(yang kasihan)  melihat ibu yang sedang menahan sakit kontraksi nak bersalin. Ibu yang memang tengah sakit pun mungkin tak fikir panjang , tambahan ilmu mengenai perubatan pun kurang maka diorang pun  terima je bulat-bulat apa yang diberikan.

Pengalaman Ada dulu, Ada disuntik dengan pain killer walaupun Ada dah geleng kepala. Mungkin mak bidan kesian sangat agaknya tengok Ada kesakitan sampai dah tertarik wayar ctg sampai lebam besar kat perut. Mungkin sebab dah selalu sangat makan pain killer, ianya tak membantu sangat pun. Rasa sakit masih ada walaupun mata dah tak boleh nak buka. Jadi Adabuat kesimpulaan mind set kita je yang rasa if makan ubat, sakit kurang. In reality sakit tu masih ada,ya sakit yang tak dapat nak digambarkan. Ramai yang kata Ada bersalin mudah. Sakit tak lama.

Tapi orang tak tahu ……………………

sepanjang  Ada mengandung 9 bulan, my weight keep drop, sistem imunisasi jatuh teruk. Macam-macam jenis penyakit Ada kena waktu mengandung.  Selsema, batuk, asthma itu semua rutin harian. Keluar masuk hospital almost every month. Muntah hari hari dari bulan ke-3 sampai hari nak bersalin.  Makan memang tak boleh sebarangan sebab kena macam-macam alahan. Makanan yang selalu jadi favourite pun jadi makanan yang tak mampu nak dihadam sebab makan terus muntah balik.  Sedih sangat masa tu sebab tengok kawan-kawan yang sama-sama mengandung semua mengidam dan berselera makan. Ada makan macam-macam supplement sebab risau anak yang dikandung tak cukup khasiat. Sehari ada 10 pil kot Adatelan belum lagi campur ubat-ubatan …
Sewaktu melahirkan anak, anak pula suspect kena bacteria apa ntah namanya. D way doctor explain masa tu plak memang sangat menakutkan – dia kata if bakteria dah masuk dalam darah, anak akan paralysed dan kena wat itu ini kat anak. Ada tak kuat masa tu , menangis je. Imagined anak Adalahir tak besar, kecik halus je sebab Ada tak lalu makan sepanjang mengandung.

Alhamdulillah ada Husband yang menyokong di belakang.  Masa tu memang penggantungan sepenuhnya pada Allah,  apa doktor cakap masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Percaya Allah akan bagi peluang untuk mendidik si kecil itu.

Alhamdulillah bakteria tu diluar sahaja, bayi sembuh dan keep in good progress till now. Syukur yang amat. Semua yang berlaku pasti ada hikmahNya, tak perlu nak salah kan ubat-ubatan dan kakitangan perubatan yang bertugas. Kita yang mendengar cerita, ambillah yang baik untuk dijadikan pengajaran dan pedoman untuk masa depan.