Wednesday, July 8, 2015

Cari Kerja

Dah lama sangat nak berkongsi pengalaman tak seberapa ini.

Zaman sekarang ini dengan segulung ijazah pun nak mencari kerja yang sesuai dengan kita amatlah payah sampai ramai yang lebih sanggup guna sijil SPM sebab lagi senang nak dapat kerja terutamanya kerja kerajaan. Dulu-dulu masa kita belajar kat sekolah , mesti ramai yang selalu dengar ayat ni:

"belajar elok-elok nanti senang cari kerja"

Ada tak kata ayat tu salah tapi nampak tak macam mana kita ini diajar bergantung lebih kepada kemampuan pendidikan dari doa kepada Allah. ( berfikir lama..........)

Pengalaman Ada sendiri, sekolah menengah bukanlah pandai sangat pun tapi alhamdulillah Allah tolong masa SPM dapat keputusan yang agak cemerlang. Syukur sebab masa mid term matematik moden pun Ada gagal, jangan tanyalah subjek lain... lagi ke laut keputusannya. Walaupun result teruk, tapi Ada TAK PERNAH meniru walau sekali pun masa sekolah. TAK PERNAH sebab Ada rasa berdosa kalau meniru ini. Orang nak tiru Ada, terpulang.. tapi Ada memang takkan tiru orang lain. 

Syukur....


Ada menerima beberapa surat tawaran masuk IPT. Setelah solat istikharah, hati Ada lebih berat ke salah sebuah IPTS sebab dapat sponsorship. Dalam hati, cukup-cukuplah susahkan mak ayah. Walaupun bidang yang akan dipelajari, bidang yang paling tak diminati. I love accounting sangat-sangat masa tu… even tanya sekarang pun InsyaAllah bley la jawap basic to do account.

Al kisahnya semasa belajar kat IPT pula dimomok-momokkan kononnya selepas belajar terus dapat kerja dengan syarikat sponsor. Jadi bab-bab cari kerja ini memang tak pernah terfikir dan tak pernah nak usaha nak tahu pasal dunia pekerjaan. Nampak tak? Kat sini kebergantungan pun dah tak 100 peratusnya pada Allah.

Habis belajar tunggu konvo selama 8 bulan. Sijil tiada, syarikat sponsor tak nak ambil bekerja. Masa tu rasa hidup dah tunggang terbalik bukan sebab takde kerja tapi sebab mulut orang sekeliling (keluarga, jiran dan kawan-kawan). Rasa down sangat , toksah nak katalah.Masa ni Ada belajar untuk BE PREPARED. Apa-apa pun kena buat persediaan mental dan fizikal dan selalu belajar diri kita ni memang tiada apa-apa.. Hanya Allah yang Maha Berkuasa. Hanya dengan ehsan Allah lah kita dapat sesuatu.


Alhamdulillah, tak lama lepas konvo dapat training by MDEC dan interview kerja lulus. Syarikat kecil, gaji pun 1k (tiada socso dan epf).Masa ni tak tahu pun apa itu socso dan epf. Naif betul. Syarikat ni rupanya ada masalah dalaman, asyik buang kerja dan tak nak bayar gaji. Pernah kena dapat gaji separuh sahaja. Memang macam tak berbaloi pergi kerja sebab bayangkanlah naik bas, tren teksi (lokasi kerja kat bukit jalil). Duit transport pun tak lepas.  Jadi selepas 3 bulan kerja, buat pilihan nak berhenti. Tebalkan muka minta tolong member nak mohon cikgu tadika kat tempat dia. Alhamdulillah dapat dan sesungguhnya sangat happy kerja dengan kanak-kanak walaupun badan sangat letih sebab masuk kerja kul 7.30am balik pun 7.30pm. Weekend pun selalu je ada aktiviti tadika. Dalam seminggu selalunya kerja 6 hari. Kalau ada big event sekolah macam Hari Sukan , Hari Keluarga, Minggu Bahasa dan lain-lain lagi, balik rumah dalam pukul 11 malam. Mesti ramai tak percaya , tadika apa kerja sampai lewat malam. Ini tadika International, dalam dunia ada 7 buah je. Dalam Malaysia ada satu cawangan sahaja. Walaupun badan superb exhausted tapi tengok dan main dengan kanak-kanak is source of my happiness.

Lagi sekali, Ada buat pilihan untuk berhenti kerja sebab Ada pernah terlepas nak performed my prayer Zohor (malu sangat nak bagitau sebenarnya) sebab cikgu yang patutnya bertugas pergi entah ke mana.Jadi bila ambil wudhuk tu, tau-tau dah waktu Asar. Bukan sekali tetapi beberapa kali. Sedih  masa tu sebab prinsip Ada, solat itu penjaga Ada. Tanpa solat, Allah tak rugi apa-apa tapi Ada yang rugi banyak sangat. Jadi pada penghujung tahun, Ada terus berhenti kerja tanpa backup plan. Hati lega sebab at least tugasan Ada sebagai cikgu untuk tahun itu selesai. Jadi kanak-kanak tak terefek dengan asik pertukaran guru. Ya.. setahun juga Ada bertahan demi kanak-kanak.

Selama 8 bulan, Ada kerja sebagai tutor kumon dan cikgu tuisyen. Alhamdulillah, Ada dapat tawaran kerja tetap dan Ada masih bekerja di tempat yang sama kini. Pengalaman cari kerja dan berhadapan dengan mulut orang  masih segar dalam ingatan Ada sampai sekarang. Setiap hari, Ada akan apply at least 3 kerja kadang-kadang sampai 10 kerja dalam sehari sampai Ada pun tak ingat kerja apa yang Ada apply. Interview pun, Ada pergi sampai tak larat-larat. Interview paling teruk Ada pergi ialah Interview dekat UMB HUKM. Pergi awal pukul 8.30 , jam 3.00 petang baru diorang interview. Buat masa kita ni macam tak berharga langsung. Duk tunggu situ punyalah lama. Diorang punya time management memang takde langsung.


Jadi nasihat Ada untuk orang yang diluar sana , jangan pernah sekali pun give up dan always keep believed in Allah. HE know the best for us. Teruskan usaha dan jangan pedulikan apa orang kata. Buat apa yang termampu, jangan buang masa. Kerja sahaja, ambil pengalaman. At least, takde la duk main handphone dantidur sahaja di rumah. J


Good video to shared :


No comments:

Post a Comment