Baru- baru ini banyak betul kisah mengenai Epidural and Pain
Killer yang diambil sewaktu melahirkan anak. Memang sakit bersalin tu sakit nya
tak dapat nak digambarkan ( walaupun pengalaman baru sekali) tapi kebanyakkan
ibu bersalin sekarang disogokkan dengan ubat-ubatan tersebut oleh
jururawat(yang kasihan) melihat ibu yang
sedang menahan sakit kontraksi nak bersalin. Ibu yang memang tengah sakit pun
mungkin tak fikir panjang , tambahan ilmu mengenai perubatan pun kurang maka
diorang pun terima je bulat-bulat apa
yang diberikan.
Pengalaman Ada dulu, Ada disuntik dengan pain killer
walaupun Ada dah geleng kepala. Mungkin mak bidan kesian sangat agaknya tengok Ada
kesakitan sampai dah tertarik wayar ctg sampai lebam besar kat perut. Mungkin
sebab dah selalu sangat makan pain killer, ianya tak membantu sangat pun. Rasa
sakit masih ada walaupun mata dah tak boleh nak buka. Jadi Adabuat kesimpulaan
mind set kita je yang rasa if makan ubat, sakit kurang. In reality sakit tu
masih ada,ya sakit yang tak dapat nak digambarkan. Ramai yang kata Ada bersalin
mudah. Sakit tak lama.
Tapi orang tak tahu ……………………
sepanjang Ada mengandung
9 bulan, my weight keep drop, sistem imunisasi jatuh teruk. Macam-macam jenis
penyakit Ada kena waktu mengandung.
Selsema, batuk, asthma itu semua rutin harian. Keluar masuk hospital
almost every month. Muntah hari hari dari bulan ke-3 sampai hari nak
bersalin. Makan memang tak boleh
sebarangan sebab kena macam-macam alahan. Makanan yang selalu jadi favourite pun
jadi makanan yang tak mampu nak dihadam sebab makan terus muntah balik. Sedih sangat masa tu sebab tengok kawan-kawan
yang sama-sama mengandung semua mengidam dan berselera makan. Ada makan
macam-macam supplement sebab risau anak yang dikandung tak cukup khasiat. Sehari
ada 10 pil kot Adatelan belum lagi campur ubat-ubatan …
Sewaktu melahirkan anak, anak pula suspect kena bacteria apa
ntah namanya. D way doctor explain masa tu plak memang sangat menakutkan – dia
kata if bakteria dah masuk dalam darah, anak akan paralysed dan kena wat itu
ini kat anak. Ada tak kuat masa tu , menangis je. Imagined anak Adalahir tak
besar, kecik halus je sebab Ada tak lalu makan sepanjang mengandung.
Alhamdulillah ada Husband yang menyokong di belakang. Masa tu memang penggantungan sepenuhnya pada
Allah, apa doktor cakap masuk telinga
kanan keluar telinga kiri. Percaya Allah akan bagi peluang untuk mendidik si
kecil itu.
Alhamdulillah bakteria tu diluar sahaja, bayi sembuh dan
keep in good progress till now. Syukur yang amat. Semua yang berlaku pasti ada
hikmahNya, tak perlu nak salah kan ubat-ubatan dan kakitangan perubatan yang
bertugas. Kita yang mendengar cerita, ambillah yang baik untuk dijadikan
pengajaran dan pedoman untuk masa depan.
No comments:
Post a Comment