Friday, August 25, 2017

Apabila kita diuji

This week entah kenapa asyik rasa nak marah sahaja sedangkan takde lah benda besar pun..
Istighfar banyak2, dalam hati asyik mengomel itu dan ini. Allahuakhbar mungkin petanda hati perlukan lebih perhatian. ADA ingat dulu bila rasa nak marah, ADA akan pergi bersenan di taman or bila waktu lunch pergi gym yang disediakan oleh company. Bagi badan penat. Turn the angry energy  into something useful for your body. Kesian sebab BP will increased rapidly once you get angry. Tapi after married seem lack of this action. Bila marah, ADA akan keep eating and most of the time eating unhealthy food. Makan junk food, drinking a lot of sweet drink. Impact nya my weight increased rapidly. 10kg within 7 month and keep increasing.  Bila nak start balik healthy life memang payah.

Alhamdulillah selepas bersalinkan Baby H kesedaran tentang kepentingan kesihatan ini datang semula. Nawaitu kali ini lebih clear. Nak sihat then boleh beri lebih khidmat kepada orang lain (anak2 & family). Dan juga seperti kata2 en Husband, boleh lebihkan amal dan senang nak buat ibadat. InsyaAllah.

Jadi after ADA masuk semula kerja selepas bersalin. ADA dah mula sikit2 senaman. Tak berani pula terus aktif since ADA czer for second pregnancy. Join the activity that promoted by the company such as zumba (ikut slow2 dulu), breeze walk for 1 or 1 and half hour after working hour. Walkathon, fun run on weekend. Makan pun jaga walaupun kadang-kadang makan juga fast and junk food bila teringin. ADA will make sure malam ADA masak kat rumah dan semestinya sayur2an as main ingredient. 

A nice article my husband give this morning:-

Apabila kita diuji,
Hati berbisik. Orang sekeliling menasihati.

"Allah uji sebab nak hapus dosa"

Ya betul... Tapi,

Kita makin sedih.
Makin kecewa.
Makin meratapi dosa.

ALLAH jua diajukan soalan.

Kenapa dan Mengapa.

Wahai sahabat,
Berhenti sejenak... dan tukarkan fikiran kita yang negatif itu.

Allah dah janji,

INNA MA'AL USRI YUSRO..
(setiap kesusahan itu BERSAMA kesenangan)

Nabi Muhammad Saw juga diuji. Bahkan lebih hebat daripada kita... lalu adakah kerana DOSA ??
(Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad)

Nabi Zakaria dipotong badannya hingga terputus dua... adakah kerana DOSA ??

Sumayyah dicampak ke dalam parit api. Hingga habis sekeluarga... adakah kerana DOSA ??

Bilal bin Rabah juga terseksa di dunia. Dihempakkan batu besar di atas dada... adakah kerana DOSA ??

Bukan.. bukan..bukan.. Bukan kerana DOSA semata2...

Allah uji untuk,
Menaikkan darjat.
ALLAH uji sebab DIA kasihkan kita.

Kerana ALLAH rindu airmata kita...

Indah kan 😍

Bila kita menangis, Malaikat tadah air mata dan simpan di Akhirah. Airmata keinsafan kita yang rindukan dan takutkan Allah mampu memadamkan api neraka.

Sahabat yang dikasihi,

Jangan prejudis pada Allah apabila diuji.
Jangan menghukum diri apabila diduga.
Sebaiknya ambil wudhu'.. solat dua rakaat.. selepas salam.. istighfar dan selawat..

Senyum memandang ke langit, biarlah airmata berlinang... bisik dalam hati sedalam dalamnya.

"Ya Allaaaaahhhhhh.. terima kasih kerana TIDAK MELUPAKAN aku.."

Allah itu ADIL..
Allah itu PENUH KASIH SAYANG..
Allah itu PENCIPTA kita..

Siapa lagi nak UJI kita kalau bukan Allah .
Siapa lagi nak SAYANG kita kalau bukan Allah .
Siapa lagi nak MULIAKAN kita kalau bukan Allah .

Jangan berhenti MENGGALI kasih sayang Allah.
ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Bersabarlah setiap kali diuji.
Bukan Allah membenci, cuma merindui rintihan hati.

Kita hamba yang sering lupa diri.
Kita suka menunding jari.



Tuesday, August 15, 2017

Fiske Steakhouse

Actually ini kali ke dua ADA pergi makan di Fiske sebab dekat dengna rumah. Mula-mula dulu makan western. Boleh tahan rasanya. Tapi this time ADA and husband nak cuba makan makanan selain western. Ermmm.... sangat frust sebab macam tiada rasa langsung. Nasi Arab tu memang tak boleh nak dihabiskan langsung. Husband yang tapau semua makanan tu. ADA beli mushroom soup with bread untuk anak. Nothing special, macam rasa mushroom soup dalam tin and a bit salty to me.

Set Asam pedas ikan pari. Ada telur masin, sambal belacan, timun. But Asam pedas tu memang tasteless plus sangat cair. One set harga RM12.00

Set Nasi Arab. Dalam mangkuk tu kentang with tomato sos. Semua takde rasa dan nasi berminyak sangat.


Boat Noodle at Sogo

Asbab lah ofiice kitaorang ni dekat-dekat dengan Sogo, makaya time lunch menag ke Sogo sahaja lah. Sekarang ini kedai makan di Sogo pun dah bermcam-macam sejak Sogo reno their building level by level. A lot of improvement compared to previous year. Kawan-kawan ajak ADA makan di Boat Noodle. Selalunya tempat ini penuh, kebetulan minggu lepas hari Khamis lengang pula. Jadi kitaorang pun luncheon kat sana. Service ok, takde lah tunggulama sangat makanannya. Tapi cam tak banyak sangat variasi makanan bagi ADA. Ini antara makanan yang kitaorang order last week.

Air boleh tahan sedap. But i think the coconut shake boleh dapat yang lebih sedap dan murah kat luar.

 ADA makan mee je. Rasa kuah tak boleh kena dengan tekak. Thailand taste sangatt....

Nasi putih telur mata dengan ayam cincang masak kicap. Rasa cam biasa sahaja.


Kerabu mee orang kata tapi bagi ADA dah rasa macam makan mee maggi sedap tapi diorang tambah perasa bagi masam2 supaya ada Thailand nya rasa.... Banyak sangat bahan perasa.... 


Overall bagi ADA rasa kedai boat noodle ni biasa2 je. Boleh cuba but not one of my favourite la. ^_^

Sunday, August 6, 2017

Restoren Dapur Sarawak

Dulu-dulu memang ADA tak gemar makan mee kolok tapi semenjak mengandung kali ke dua hari tu, asyik teringin nak makan mee kolok. Sampai balik Kuching semata-mata nak cari mee kolok asli. Ingatkan lepas bersalin dah tak teringin dah nak makan mee kolok. Rupa2nya masih mencari.

ADA google jumpa pasal Restoren Dapur Sarawakdi jalan pekeliling KL. Ok dekat. Jadi boleh ajak En Suami pergi dengan kadar segera. Hehehe…..

ADA order mee kolok udang dengan mee kolok goreng ayam. Tapau balik laksa Sarawak. Sedap lah mee kolok dia sampai repeat for the next weekend. Gambar ihsan google sebab tak sempat nak makan.




Thursday, August 3, 2017

Pumping Set

Kali ini ADA cuba untuk guna set mengepam Real Bubee. Sebelum ini ada guna single pump snow bear dan double pump spectra 3. Pernah juga guna manual pump Pureen. Manual ni sakit dan sangat lenguh tangan nak gunakannya.

ADA share serba sedikit berdasarakan pengalaman ADA menggunakan set2 pump ini.

Single pump snow bear
1. Suction lembut even dah guna yang maksimum.
2. Since single pump, its take a lot of my times. Not suit when im at office.
3. Best sebab banyak option untuk guna engine mesin. Boleh guna battery, direct power supply and power bank. Yezza.
4. Ringan.
5. Bunyi slow
Beli dengan harga RM200 with 2 years warranty.



Spectra 3
1. Suction boleh laras tapi bagi ADA suction spectra agak kuat.
2. Berat jadi tak sesuai nak mengangkut ke hulu ke hilir.
3. Kena ada direct power supply sebab no option to use the machine.
4. Boleh digunakan untuk heavy duty.
5. Bunyi kuat.
6. Boleh double and single pump
Beli dengan harga RM500 with 1 years warranty.


Real Bubee
1. Ringan and kecil.saiz lebih kurang mouse je.
2. Suction tak begitu slow and tak begitu kuat.
3. Boleh guna direct power supply and power bank.
4. Bunyi kuat juga.
5. Boleh double and single pump
6. Tak boleh lama sangat guna, Cepat panas and suction jadi slow.
Beli dengan harga RM50 di shopee.



Overall, puas hati dengan Real Bubee ni. Spectra standby kat rumah. Jadi ADA tak perlu angkut pumping set pergi balik ofis. ADA guna real bubee ni with freemie set.


Tuesday, August 1, 2017

Pre eclampsia sewaktu mengandung

Baru sahaja ADA post berkenaan how smoothly second pregnancy ni berbanding mengandungkan Baby M. Boleh refer ke post yang lalu :

Waiting for the second Gift


Tapi rupa-rupanya ujian sewaktu melahirkan baby second ni lagi berat dari baby first dulu. ADA kena pre eklamsia(PE). Apa itu preeklamsia? Boleh rujuk di sini.


description akak ni memang kena dengan keadaan ADA masa tu.

ADA pun tak sedar yang dah ada banyak tanda2 PE. Seminggu sebelum kena wad ADA pernah 2-3 kali rasa nak pitam, bangun jam 2-3 pagi sesak nafas, telinga rasa macam keluar gas dan luka kecil berdarah tanpa henti dari waktu tengah hari sampai malam. Tapi ADA ini jenis degil juga masih tak mahu terus pergi ke hospital. Cuma konsisten makan ubat dan jika tak larat ADA akan ambil cuti rehat. Seminggu sebelum melahirkan Baby H (second baby), ADA balik hari2 dengan GRAB car. Memang costly tapi nak buat macam mana memang nak jalan pun dah tak larat. Kaki bengkak hanpir dua kali ganda.

Sewaktu follow up check up dengan doktor. Doktor kata muka dan tangan ADA dah mula bengkak. BP tinggi dan ada protein dalam urin, makanya ADA ditahan di wad untuk closedly monitor by doktor. Doktor juga dah tukar ubat darah tinggi ADA dari labetolol kepada adalat. Nak dijadikan cerita, ADA ini memang tak boleh duduk dalam wad, memang tak boleh nak tidur terutama kalau tiada orang teman waktu malam. Kebetulan Baby M(anak Sulung) kena demam campak, jadi abinya kena jaga siang dan malam. Kesian kat Baby M sebab uminya takde bila dia kena demam campak.

ADA duduk dalam wad 3 hari, dan memang tak tidur. Doktor bagi ubat tidur pun, ADA Cuma tidur dalam 2-3 jam sahaja. Jadi tekanan darah makin tinggi dan protein dalam urin pun dah 3+ (500). Doktor terus tanya ADA nak transfer ke hospital mana sebab Hospital Az-Zahrah tak terima kelahiran bayi bawah 37 minggu. Masa tu ADA baru 35 minggu. Banyak hospital tak nak terima sebab emergency case  (HUKM, Prince Court etc etc). Last doktor cuba KPJ Ampang Puteri, disebabkan doktor Noraini kenalan dengan doktor Fauziah. ADA di transfer ke sana menaiki ambulans.

Sampai sahaja di kecemasan Ampang Puteri, tekanan darah semakin tinggi 186/120 dan semakin naik. Jadi jururawat kat sana terus suruh pakai baju operation theatre(ot) dan on medication. Selepas on medication kat tangan kanan ADA, nurse try cucuk tangan kiri tapi tekanan dalam badan tinggi, jadi setiap kali cucuk..darah memancut keluar. Nurse terpaksa call doktor bius. Doktor bius datang pun try 3-4 kali baru dapat tu pun di tangan kanan. Tangan kiri memang dah tak boleh. Dari jam 2.30 pm hingga 8.30malam. Baru baby Selamat dilahirkan.Kena emergency delivered, which is delivered by caesarean (czer). Baby dimasukkan ke dalam incubator semalam. Alhamdulillah dilahirkan dengan berat 2.1kg. Cuma masa lahir bayi nangis sekali sahaja lepastu diam.

ADA dimasukkan ke ICU sebab rhythm pernafasan yang tak stabil dan tekanan masih tinggi. Bila doktor nak gerakkan ADA still tak bangun.  Jam 12 tghmalam, ADA rasa macam contraction nak bersalin normal even masa tu under medication morfin. Ada orang panggil rengat/ tumpah darah. Habis katil penuh darah. Nurse bantu keluarkan semua darah. Memang sakit macam rasa bersalin.

Jadinya second pregnancy ni rasa both la: operation dan normal…Lama juga di hospital almost seminggu baru discharge.Apa pun, syukur masih diberi peluang untuk bernafas dan bertaubat …


Nasihat ADA pada ibu2 yang sedang mengandung dan ada hypertension aka darah tinggi. Tolong :

1. Monitor your bp daily especially during working day. Boleh beli jam yang boleh monitor BP. Senang even the measurement lari sikit dari mesin omron.

2. Jaga makan.

3. Please get a rest ! Ini penting, jangan push diri sangat berjalan sana sini sebab nk delivered baby secara normal. It doesn’t work for hypertension mother. Ini hanya akan menaikkan tekanan darah si ibu sahaja.

4. Control your stress, memang payah tapi ini sangat membantu untuk control diri.


Pengalaman kali ini memang banyak memberi pengajaran dan menyebabkan ADA lebih berhati-hati.
* oh lupa nak mention 2 weeks before delivered baby, berat badan naik smp 5kg even makan macam biasa.
Tangan membengkak


ni sebenarnya wayar untuk masuk air tapi sebab tekanan dalam badan tinggi makanya gerak sikit je darah yang keluar.