Monday, January 11, 2016

4 tahun 6 bulan

Alhamdulillah dapat email pertukaran Jumaat yang lalu efektif on 18 Januari 2016. Mungkin ini satu permulaan baru bagi tahun ini setelah 4 tahun 6 bulan bekerja di tempat yang sama dan buat kerja teknikal. Selepas ini tiada lagi kerja teknikal, more to write up paperwork katanya. Doakanlah.... Setiap permulaan pasti ada cabarannya.

Berat hati juga nak tinggalkan jabatan sekarang ini. Bak kata orang tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula, tempat kerja yang kita spend masa dari 8.15 pagi hingga 5.15 petang. 8 hours a day. Tambah lagi zaman dulu-dulu siap spend masa hingga ke malam hari menyediakan persiapan untuk acara-acara rasmi. Kenangan.... InsyaAllah akan dijadikan panduan dan pengajaran di masa hadapan. 

And its good for me for starting my three series. Tak sedar tahun ini ADA dah 30 tahun. Lama dah menjalani dan menerima nikmat ALLAH di muka bumi ini. ADA berdoa agar lebih sabar dan tabah menghadi ujian ALLAH swt.


Gambar raya 2013

Gambar raya 2014

Gambar reunion jabatan. Ramai yang dah berpindah....


No comments:

Post a Comment