Bercerita pasal stroller baby ni, mula-mula tu memang plan nak beli sebab rasa memang satu keperluan. Alhamdulillah, masa preggy 6 bulan- kami dapat hadiah stroller baby Disney dari company tempat encik Suami bekerja. Syukur. Warna pink sebab masa tu scan memang doktor kata perempuan until 8 month preggy. (Will create another post regarding baby scan and baby gender)
Tapi....
Baby M tak berapa gemar naik stroller ni. Bila Baby M dah umur 4 bulan, langsung tak nak naik. Asik nangis sebab tak nampak his parents when he sit inside this stroller. Both of us, tahan la dukung Baby M till he is 9 month. Bila dah umurnya 9 bulan ini , mulalah Baby M ni tarik tudung umi dia, janggut his Abi dan the best part gigit bahu orang yang dukung dia bila dia bosan tak tau nak watpe. Mentang-mentang gigi dah ada banyak (8 batang gigi- 4 atas dan 4 kat bawah).
Untuk dijadikan cerita, satu hari umi keluar dengan kawan kat Jusco tanpa ditemani his Abi. Jadi uminya yang tak berapa nak rajin ni pun try la letak dia kat Jusco stroller.Owh.....Baby M sangat suka... siap goyang2 kaki. Kemain lagi sebab lapang kan. He can see orang sekeling... Makanya Ada pun survey thru internet nak beli stroller yang reka bentuknya lebih kurang Jusco stroller. Jumpa satu laman yang jual stroller with a very reasonable price. Terus order without hesitate...ngeeee......
Syukur. He love it so much as he love jusco stroller...
Baby M on Jusco Stroller.....
Disney Stroller......
Anyone interested to buy.,...email me artemoda00@gmail.com.... :)
Deary encik Suami loves chocolate so much....
Dengan misi nak menggemukkan suami yang kurus ... hehehe....
Almost every week akan belikan chocolate kat si dia.
He's fav is cadbury and lindt with a lot of nuts....Takde kacang, lambat2 je encik kesayangan ni abiskan... If ada kacang laju je. Lindt ni memang sekali hadap je lah....
Sebenarnya teringat first time jumpa dulu, memang ada hadiahkan dia chocolate and memang ada kacang... patutlah si dia jatuh hati... ahahahaha~~~
On my case, I keep put all the mess by myself ... im end up having hypertension....
In the age of 29th, belum pun masuk era 30 dah ada rutin makan ubat n obviously i have to control my food. ( benda ni yang paling susah since im a food lover)
Jadi nasihat Ada kepada yang lain, control aka handle your stress properly. Memang payah. Espesially when you deal with heavy traffic jam everyday, a mess neighbourhood, unfriendly working environment etc etc etc.... Memang payah... tapi usahalah sebab on my case dah a bit terlewat since dah kena makan ubat.....
Ada nak share a meaningful story for us to think.........
A psychologist walked around a room while teaching stress management to an audience. As she raised a glass of water, everyone expected they'd be asked the "half empty or half full" question. Instead, with a smile on her face, she inquired: "How heavy is this glass of water?"
Answers called out ranged from 8 oz. to 20 oz. She replied, "The absolute weight doesn't matter. It depends on how long I hold it. If I hold it for a minute, it's not a problem. If I hold it for an hour, I'll have an ache in my arm. If I hold it for a day, my arm will feel numb and paralyzed. In each case, the weight of the glass doesn't change, but the longer I hold it, the heavier it becomes." She continued, "The stresses and worries in life are like that glass of water. Think about them for a while and nothing happens. Think about them a bit longer and they begin to hurt. And if you think about them all day long, you will feel paralyzed – incapable of doing anything." It’s important to remember to let go of your stresses. As early in the evening as you can, put all your burdens down. Don't carry them through the evening and into the night. Remember to put the glass down!
Dah lama tak buat jadual sejak tamat belajar ni. Waktu kerja ni most of time buat to do list je. Sejak ada anak ni ( baru seorang je pun), masa 24/7 seolah-olah tak cukup nak settlekan semua benda. Jadi Encik Suami cadangkan supaya buat homework timetable.. Every weekend what we want to accomplish.
1. Print the calendar in one A4 ( so boleh tengok bila cuti panjang)
2. Listkan apa yang nak dibuat untuk setiap waktu cuti panjang. Contoh : gi pasar, spring cleaning rumah, gi rumah MIL and etc etc....
(daily routine not included. basuh baju dah jadi daily routine T_T)
3. Assign task - husband n wife kena buat apa. Baru clear .. hehehehe...
Apa yang penting kerjasama. Homework timetable ni tak kan menjadi if takde ....
Bahagia tanpa syarat... Alhamdulillah syukur pagi-pagi ada kawan duk share video ustaz ni thru FB. Short video with very deep thinking. Isi yang padat dan mendalam. Bahagia itu dari hati. Kahwin pun bahagia, tak kahwin pun bahagia. Orang yang mengenal tuhan akan jadi orang yang paling bahagia.
Alhamdulillah, pagi raya tahun ini beraya di rumah mentua di Setiawangsa dan selepas solat jumaat ajak semua keluarga mentua beraya di rumah abang aka kampung ayah di Sungkai, Perak. Planning dari Sungkai bergerak ke Cameron untuk bercuti sampai Isnin. Suddenly FIL ada kerja on Monday, jadi keluarga mentua balik pada hari Ahad. Ajak my sis family pula sambung vacation till Monday.
Ingatkan time Raya, Cameron tak ramai orang. Rupanya jam ditambah pula dengan hujan lebat tak henti-henti. Kesian kat keluarga mentua yang tak dapat nak pergi mana-mana sebab hujan lebat dari sabtu petang sampai tengahari hari Ahad.
Masa kat kampung, bawa anak-anak sedara mandi sungai. My Baby pun sibuk nak main air... Jakun tengok air sungai bersih kot...
Bulan yang mulia ini , memang banyak sangat mengingatkan Ada kenangan-kenangan lama bersama ayah. The first boyfriend in my life. Kalau ayah ada bulan puasa ni jadi meriah dengan makananan, macam-macam jenis makanan ayah borong - murtabak daging, ayam , sardin, ayam golek, nasi briyani, nasi ayam, kambing golek dan seangkatan dengannya. Ayah memang tak kedekut bab makan ( sebab tu la kot anak-anak semua saiz giant , tiada yang saiz sizuka.. hehehe). Adik beradik pun sure missed all the good food yang ayah selalu bawa balik. Tu baru tang makanan, tapi ada yang lagi best bila ramadhan dengan ayah ni sebab ayah akan bawa his youngest daughter terawikh kat masjid. Walaupun masa tu muda , solat pun tak berapa betul tapi ayah masih bawa anak dia yang sorang ni pergi. The best moment is sementara tunggu orang berceramah, anak ayah yang sorang ni akan menyelinap masuk bahagian lelaki cari bapa dia and tidur atas riba bapa dia sampai tiba solat isyak.
Ada memang suka tengok movie lama-lama, tak kira lah hindustan , melayu atau mat saleh. Salah satu movie fav Ada ialah
My best friend's wedding
Sesiapa yang pernah tengok movie ni mesti teringat balik kehebatan lakonan Julia Roberts, Demort Mulroney dan Cameron Diaz. Plot cerita yang memang sangat-sangat menarik bagi Ada--- bila mana-mana perempuan yang pernah ada "kawan tapi mesra" different gender, sure pernah gak terconfused with their feeling apabila bff diorang ni ada gf atau getting married soon.
On my experienced, takde lah nak confused with the feeling since we r not so closed tapi sebab dah kawan dari kecil, tambahan pula rumah dia memang dekat dengan rumah Ada. Jadi bila dia kahwin dulu dari Ada, Ada pun ada borak-borak ngan dia a day before dia kahwin sambil teman mak dia wat hantaran kahwin masa tu.
Ada : Pasni , tak boleh lah gurau kasor2 ngan ko, Nanti marah bini.
Dia: Kenapa pula?
Ada: Ye ar takkan aku nak panggil ko bapa beruang depan bini ko... marah dia kang,....
Dia: ( gelak besar)
Deep inside, masing-masing pun tau batas la sebab nanti dah kena jaga hati pasangan masing-masing. Ada pun lepas dia kahwin jumpa dia senyum je.. takde tegur ramah mesra sebab takut wife rasa tak selesa sebab Ada masa tu single lagi, BF pun takde. Memang tak pernah ada pun. Next post la kot kalau nak cerita panjang-panjang how i met my real bf aka En Suami.
Tetiba teringat pula pada En Suami.... layan ~~~~~~
If it wasn't the ocean
Wasn't the breezes
Wasn't the white sand
There might be no need
If I could sleep through the cool nights
If I could breathe and eat right
If I had worked all summer
Maybe I wouldn't feel so humble
Oh you, it's always you
It's always you
If red roses weren't so lovely
If wine didn't taste so good
If stars weren't so romantic
Then I could do what I should
Oh you, it's always you
It's always you
If your love I could command it
Get your head to understand it
I'd go twice around the world
Even though I wouldn't find it
Dah lama sangat nak berkongsi pengalaman
tak seberapa ini.
Zaman sekarang ini dengan segulung ijazah
pun nak mencari kerja yang sesuai dengan kita amatlah payah sampai ramai yang
lebih sanggup guna sijil SPM sebab lagi senang nak dapat kerja terutamanya kerja
kerajaan. Dulu-dulu masa kita belajar kat sekolah , mesti ramai yang selalu
dengar ayat ni:
"belajar elok-elok nanti senang cari
kerja"
Ada tak kata ayat tu salah tapi nampak tak
macam mana kita ini diajar bergantung lebih kepada kemampuan pendidikan dari
doa kepada Allah. ( berfikir lama..........)
Pengalaman Ada sendiri, sekolah menengah
bukanlah pandai sangat pun tapi alhamdulillah Allah tolong masa SPM dapat
keputusan yang agak cemerlang. Syukur sebab masa mid term matematik moden pun
Ada gagal, jangan tanyalah subjek lain... lagi ke laut keputusannya. Walaupun
result teruk, tapi Ada TAK PERNAH meniru walau sekali pun masa sekolah. TAK
PERNAH sebab Ada rasa berdosa kalau meniru ini. Orang nak tiru Ada, terpulang..
tapi Ada memang takkan tiru orang lain.
Syukur....
Ada menerima beberapa surat tawaran masuk
IPT. Setelah solat istikharah, hati Ada lebih berat ke salah sebuah IPTS sebab
dapat sponsorship. Dalam hati, cukup-cukuplah susahkan mak ayah. Walaupun bidang
yang akan dipelajari, bidang yang paling tak diminati. I love accounting
sangat-sangat masa tu… even tanya sekarang pun InsyaAllah bley la jawap basic
to do account.
Al kisahnya semasa belajar kat IPT pula
dimomok-momokkan kononnya selepas belajar terus dapat kerja dengan syarikat
sponsor. Jadi bab-bab cari kerja ini memang tak pernah terfikir dan tak pernah
nak usaha nak tahu pasal dunia pekerjaan. Nampak tak? Kat sini kebergantungan
pun dah tak 100 peratusnya pada Allah.
Habis belajar tunggu konvo selama 8 bulan.
Sijil tiada, syarikat sponsor tak nak ambil bekerja. Masa tu rasa hidup dah
tunggang terbalik bukan sebab takde kerja tapi sebab mulut orang sekeliling
(keluarga, jiran dan kawan-kawan). Rasa down sangat , toksah nak katalah.Masa
ni Ada belajar untuk BE PREPARED. Apa-apa pun kena buat persediaan mental dan
fizikal dan selalu belajar diri kita ni memang tiada apa-apa.. Hanya Allah yang
Maha Berkuasa. Hanya dengan ehsan Allah lah kita dapat sesuatu.
Alhamdulillah, tak lama lepas konvo dapat
training by MDEC dan interview kerja lulus. Syarikat kecil, gaji pun 1k (tiada
socso dan epf).Masa ni tak tahu pun apa itu socso dan epf. Naif betul. Syarikat
ni rupanya ada masalah dalaman, asyik buang kerja dan tak nak bayar gaji.
Pernah kena dapat gaji separuh sahaja. Memang macam tak berbaloi pergi kerja
sebab bayangkanlah naik bas, tren teksi (lokasi kerja kat bukit jalil). Duit transport
pun tak lepas. Jadi selepas 3 bulan
kerja, buat pilihan nak berhenti. Tebalkan muka minta tolong member nak mohon
cikgu tadika kat tempat dia. Alhamdulillah dapat dan sesungguhnya sangat happy
kerja dengan kanak-kanak walaupun badan sangat letih sebab masuk kerja kul 7.30am
balik pun 7.30pm. Weekend pun selalu je ada aktiviti tadika. Dalam seminggu
selalunya kerja 6 hari. Kalau ada big event sekolah macam Hari Sukan , Hari
Keluarga, Minggu Bahasa dan lain-lain lagi, balik rumah dalam pukul 11 malam.
Mesti ramai tak percaya , tadika apa kerja sampai lewat malam. Ini tadika
International, dalam dunia ada 7 buah je. Dalam Malaysia ada satu cawangan
sahaja. Walaupun badan superb exhausted tapi tengok dan main dengan kanak-kanak
is source of my happiness.
Lagi sekali, Ada buat pilihan untuk
berhenti kerja sebab Ada pernah terlepas nak performed my prayer Zohor (malu
sangat nak bagitau sebenarnya) sebab cikgu yang patutnya bertugas pergi entah
ke mana.Jadi bila ambil wudhuk tu, tau-tau dah waktu Asar. Bukan sekali tetapi
beberapa kali. Sedih masa tu sebab
prinsip Ada, solat itu penjaga Ada. Tanpa solat, Allah tak rugi apa-apa tapi
Ada yang rugi banyak sangat. Jadi pada penghujung tahun, Ada terus berhenti
kerja tanpa backup plan. Hati lega sebab at least tugasan Ada sebagai cikgu
untuk tahun itu selesai. Jadi kanak-kanak tak terefek dengan asik pertukaran
guru. Ya.. setahun juga Ada bertahan demi kanak-kanak.
Selama 8 bulan, Ada kerja sebagai tutor
kumon dan cikgu tuisyen. Alhamdulillah, Ada dapat tawaran kerja tetap dan Ada
masih bekerja di tempat yang sama kini. Pengalaman cari kerja dan berhadapan
dengan mulut orang masih segar dalam
ingatan Ada sampai sekarang. Setiap hari, Ada akan apply at least 3 kerja
kadang-kadang sampai 10 kerja dalam sehari sampai Ada pun tak ingat kerja apa
yang Ada apply. Interview pun, Ada pergi sampai tak larat-larat. Interview
paling teruk Ada pergi ialah Interview dekat UMB HUKM. Pergi awal pukul 8.30 ,
jam 3.00 petang baru diorang interview. Buat masa kita ni macam tak berharga
langsung. Duk tunggu situ punyalah lama. Diorang punya time management memang
takde langsung.
Jadi nasihat Ada untuk orang yang diluar
sana , jangan pernah sekali pun give up dan always keep believed in Allah. HE
know the best for us. Teruskan usaha dan jangan pedulikan apa orang kata. Buat
apa yang termampu, jangan buang masa. Kerja sahaja, ambil pengalaman. At least,
takde la duk main handphone dantidur sahaja di rumah. J
Baru- baru ini banyak betul kisah mengenai Epidural and Pain
Killer yang diambil sewaktu melahirkan anak. Memang sakit bersalin tu sakit nya
tak dapat nak digambarkan ( walaupun pengalaman baru sekali) tapi kebanyakkan
ibu bersalin sekarang disogokkan dengan ubat-ubatan tersebut oleh
jururawat(yang kasihan) melihat ibu yang
sedang menahan sakit kontraksi nak bersalin. Ibu yang memang tengah sakit pun
mungkin tak fikir panjang , tambahan ilmu mengenai perubatan pun kurang maka
diorang pun terima je bulat-bulat apa
yang diberikan.
Pengalaman Ada dulu, Ada disuntik dengan pain killer
walaupun Ada dah geleng kepala. Mungkin mak bidan kesian sangat agaknya tengok Ada
kesakitan sampai dah tertarik wayar ctg sampai lebam besar kat perut. Mungkin
sebab dah selalu sangat makan pain killer, ianya tak membantu sangat pun. Rasa
sakit masih ada walaupun mata dah tak boleh nak buka. Jadi Adabuat kesimpulaan
mind set kita je yang rasa if makan ubat, sakit kurang. In reality sakit tu
masih ada,ya sakit yang tak dapat nak digambarkan. Ramai yang kata Ada bersalin
mudah. Sakit tak lama.
Tapi orang tak tahu ……………………
sepanjang Ada mengandung
9 bulan, my weight keep drop, sistem imunisasi jatuh teruk. Macam-macam jenis
penyakit Ada kena waktu mengandung.
Selsema, batuk, asthma itu semua rutin harian. Keluar masuk hospital
almost every month. Muntah hari hari dari bulan ke-3 sampai hari nak
bersalin. Makan memang tak boleh
sebarangan sebab kena macam-macam alahan. Makanan yang selalu jadi favourite pun
jadi makanan yang tak mampu nak dihadam sebab makan terus muntah balik. Sedih sangat masa tu sebab tengok kawan-kawan
yang sama-sama mengandung semua mengidam dan berselera makan. Ada makan
macam-macam supplement sebab risau anak yang dikandung tak cukup khasiat. Sehari
ada 10 pil kot Adatelan belum lagi campur ubat-ubatan …
Sewaktu melahirkan anak, anak pula suspect kena bacteria apa
ntah namanya. D way doctor explain masa tu plak memang sangat menakutkan – dia
kata if bakteria dah masuk dalam darah, anak akan paralysed dan kena wat itu
ini kat anak. Ada tak kuat masa tu , menangis je. Imagined anak Adalahir tak
besar, kecik halus je sebab Ada tak lalu makan sepanjang mengandung.
Alhamdulillah ada Husband yang menyokong di belakang. Masa tu memang penggantungan sepenuhnya pada
Allah, apa doktor cakap masuk telinga
kanan keluar telinga kiri. Percaya Allah akan bagi peluang untuk mendidik si
kecil itu.
Alhamdulillah bakteria tu diluar sahaja, bayi sembuh dan
keep in good progress till now. Syukur yang amat. Semua yang berlaku pasti ada
hikmahNya, tak perlu nak salah kan ubat-ubatan dan kakitangan perubatan yang
bertugas. Kita yang mendengar cerita, ambillah yang baik untuk dijadikan
pengajaran dan pedoman untuk masa depan.