Monday, November 2, 2015

Kahwin dengan keluarga sekali

Kahwin dengan keluarga sekali.

Pernah tak ada orang pesan kat kita camni.. Mak atau makcik2, kawan yang dah kahwin , sedara-mara? Dulu waktu Ada nak kahwin, salah satu doa Ada pada Yang MAHA Berkuasa adalah untuk ditemukan dengan keluarga mentua yang baik dan boleh menerima Ada seadanya.

Dan masa beritahu mengenai bakal suami, Ada buy in family Ada untuk terima pilihan hati. Alhamdulillah Allah mudahkan. Bak kata orang :


" Takkan sebab dengan satu hubungan baru , kita putuskan semua hubungan lama kita."


Alhamdulillah Ada syukur sangat sebab dianugerahkan Allah dengan keluarga mentua yang baik sangat. Mak dan Abah serta ipar yang baik-baik. Jadi bila dengar orang lain mengadu pasal keluarga mentua Ada rasa syukur sebab tak perlu lalui semua tu bahkan Ada rasa keluarga mentua melengkapkan lagi hidup Ada sebab dapat rasa suasana kekeluargaan yang lebih besar.


Jadi bila kawan-kawan atau sedara yang mahu mendirikan rumah tangga, Ada nasihatkan Kahwin dengan keluarga pasangan sekali. InsyaAllah lebih kasih Allah pada kita kerana mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara saudara sesama Islam dan jangan lupa untuk berdoa hubungan itu berkekalan di jalanNya.



Monday, October 19, 2015

Bahagia itu bergantung pada definisi individu...#cinta

Bahagia itu bergantung pada definisi individu...

Ada orang yang bahagia dengan bersuamikan seorang yang punya harta, ada yang bahagia dengan bersuamikan seorang yang memahami dan menerima diri seadanya dan ada yang bahagia dengan bersuamikan seorang yang garang bak singa. Definisi bahagia itu terletak pada individu.

Bukan bahagia yang membuat kamu bersyukur tapi dengan bersyukurlah kamu akan jadi bahagia. Alhamdulillah Ada bahagia bersuamikan Mr Husband. He's the chosen one by The Greatest Creator for ADA. 18 Oktober dua tahun lalu, alhamdulillah Ada sah memikul jawatan sebagai isteri orang.

Walaupun hari ini si dia tiada (ada urusan yang lebih penting) tapi Ada syukur sebab i have someone to celebrate this day with - our Baby M. Today is our second anniversary, tiada special celebration cuma ingatan dan sedikit hadiah untuk each other sebagai tanda penghargaan.



Thursday, October 15, 2015

Cuti awal Muharram 1437H

Alhamdulillah semalam dapat luangkan masa bersama Baby M paling lama sebab Baby M refused tidur siang. Tidur siang 1jam 20min je semlm. Rindu pula rasanya hari ni.. dengar dia membebel, menyelongkar barang-barang, jerit, nangis, golek-golek and etc..etc... Umi rindu sgt dengan kamu lah. Dah besar nanti jadi hamba Allah yang taat ye....


#sindromibubekerja