Sunday, August 16, 2015

JW marriot Hotel~

Dua minggu lepas, Ada ada training kat JW Marriot. Sepanjang kerja kat sini tak pernah rasa training kat luar.Selalu training dalam Jabatan je. Alhamdulillah the courses menarik dan dapat kenal orang dan share pengalaman dengan orang dari organisasi luar.

Tapi satu je yang Ada rasa tak best sebab surau dia kat basement 3 dan hujung... Sunyi sepi lak tu.... Erm maybe takde kepentingan kot nak letak surau kat tempat training. #sedih


 
Surau yang kecil tapi bersih


 Tempat wudhuk siap ada carpet... kering je sebab takde orang pun masa Ada kat solat zohor.

Refreshment sharing place sebab banyak training that time.

Dalam bilik kursus.

Gelas ni cam menarek... hehehe.. saje amik gambar~

Breakfast umpama makan lunch... the small salmon burger + nasi lemak + cheese orang +cheese blueberry + popia goreng
Luncheon  buffet
Luncheon  buffet

Dessert .. manggo puding + caramel puding + bread pudding

Sekitar HOtel.... memang camni je suram and maybe some ppl will say it classy kot.. to me Scary... ehehehehe..

Ada pergi JW Marriot ni naik monorail  + STar train dari Bandar Tun Razak Station.

DIY baju kahwin

Ramai orang tanya kenapa sibuk nak wat baju kahwin sendiri. Sewa je kan senang. The reason why Ada DIY baju kahwin adalah kerana badan Ada  besar dengan ketinggian 170cm which is selalu beli baju jadi senteng dan ketat. Lagi satu Ada nak baju kahwin tu selesa and the most importance MESTILAH shariah compliance. Ada juga yang complain kata if baju DIY sendiri ini tak se gramd baju kahwin kat butik. To me : lagi simple lagi better kot... takde lah serabut sangat.

Kebetulan six month before my wedding Ada pergi Bandung with friends. Jadi sempat la beli kain lace kat sana sebab kat sana as semua orang tau memang kain lace dia pilihan banyak with a reasonable price. :)  Sebab trip sekejap sangat kat Bandung Ada sempat beli 2 helai kain Lace je. Satu untuk baju nikah dan satu lagi untuk majlis resepsi.

Kain plain Ada beli kat Jakel je sebab masa tu promo dan lebih banyak pilihan warna compared to Nagoya dan Kamdar. Upah jahit baju Ada try Kiosk Jahit Raida Zain kat Bandar Tun Razak. Alhamdulillah sangat puas hati dengan jahitan kemas dan ukuran tepat Kak Raida. Upah jahit jubah masa tu RM80. 

Jahitan Lace, Ada jahit sendiri sebab memang Ada pernah amik upah jahit manik sebelum ini cuma bila dah mula kerja kat KL. Time consuming. Baju kahwin ini pun jahit sikit-sikit. 2-3 Hari nak nikah baru kelam-kabut menjahit finishing. hehehee..... 

Kain lace yang Ada guna dalam 2meter ++. First time jahit lace ni, jenuh juga le... Ada share pic Ada try and error nak letakkan lace tu kat baju.
















Kiosk Jahit Raida Zain di Bandar Tun Razak. Bangunan Warna Jingga Level 2.
 Feedback  Jahitan :-
- Kemas
-Ukuran tepat
- Memang fit dan sangat selesa dipakai

Sunday, August 2, 2015

Open House Sana Sini

Sejak 1st Syawal hari tu memang tak berkesempatan nak ziarah rumah saudara dan kawan-kawan sebab minggu pertama Syawal bercuti bersama keluarga, minggu berikutnya adik perempuan pula bertunang. Makan kuih raya pun tak sempat...
Fuhhh ~~~~~~

Alhamdulillah, hujung minggu yang lalu sempat la pergi ziarah rumah makcik dan kawan-kawan. Both days - Sabtu dan Ahad. Sabtu : balik dalam jam 11 malam. Traffic is quite bad since everyone pun wat open housekan. Hari Ahad, our boss menjemput datang. Ramai-ramai la anak buah berkumpul rumah bos. Nak harapkan Ada amik gambar memang takde lah. ni pun member-member yang share pics thru whatsapp.

Syukur sebab sempat ziarah... bila lagi nak jenguk sedara-mara dan kawan-kawan. :)







Kami yang dah berkampung dalam rumah boss ^_^v