Sunday, August 16, 2015

DIY baju kahwin

Ramai orang tanya kenapa sibuk nak wat baju kahwin sendiri. Sewa je kan senang. The reason why Ada DIY baju kahwin adalah kerana badan Ada  besar dengan ketinggian 170cm which is selalu beli baju jadi senteng dan ketat. Lagi satu Ada nak baju kahwin tu selesa and the most importance MESTILAH shariah compliance. Ada juga yang complain kata if baju DIY sendiri ini tak se gramd baju kahwin kat butik. To me : lagi simple lagi better kot... takde lah serabut sangat.

Kebetulan six month before my wedding Ada pergi Bandung with friends. Jadi sempat la beli kain lace kat sana sebab kat sana as semua orang tau memang kain lace dia pilihan banyak with a reasonable price. :)  Sebab trip sekejap sangat kat Bandung Ada sempat beli 2 helai kain Lace je. Satu untuk baju nikah dan satu lagi untuk majlis resepsi.

Kain plain Ada beli kat Jakel je sebab masa tu promo dan lebih banyak pilihan warna compared to Nagoya dan Kamdar. Upah jahit baju Ada try Kiosk Jahit Raida Zain kat Bandar Tun Razak. Alhamdulillah sangat puas hati dengan jahitan kemas dan ukuran tepat Kak Raida. Upah jahit jubah masa tu RM80. 

Jahitan Lace, Ada jahit sendiri sebab memang Ada pernah amik upah jahit manik sebelum ini cuma bila dah mula kerja kat KL. Time consuming. Baju kahwin ini pun jahit sikit-sikit. 2-3 Hari nak nikah baru kelam-kabut menjahit finishing. hehehee..... 

Kain lace yang Ada guna dalam 2meter ++. First time jahit lace ni, jenuh juga le... Ada share pic Ada try and error nak letakkan lace tu kat baju.
















Kiosk Jahit Raida Zain di Bandar Tun Razak. Bangunan Warna Jingga Level 2.
 Feedback  Jahitan :-
- Kemas
-Ukuran tepat
- Memang fit dan sangat selesa dipakai

No comments:

Post a Comment