Monday, July 6, 2015

Epidural Pain Killer sewaktu melahirkan anak

Baru- baru ini banyak betul kisah mengenai Epidural and Pain Killer yang diambil sewaktu melahirkan anak. Memang sakit bersalin tu sakit nya tak dapat nak digambarkan ( walaupun pengalaman baru sekali) tapi kebanyakkan ibu bersalin sekarang disogokkan dengan ubat-ubatan tersebut oleh jururawat(yang kasihan)  melihat ibu yang sedang menahan sakit kontraksi nak bersalin. Ibu yang memang tengah sakit pun mungkin tak fikir panjang , tambahan ilmu mengenai perubatan pun kurang maka diorang pun  terima je bulat-bulat apa yang diberikan.

Pengalaman Ada dulu, Ada disuntik dengan pain killer walaupun Ada dah geleng kepala. Mungkin mak bidan kesian sangat agaknya tengok Ada kesakitan sampai dah tertarik wayar ctg sampai lebam besar kat perut. Mungkin sebab dah selalu sangat makan pain killer, ianya tak membantu sangat pun. Rasa sakit masih ada walaupun mata dah tak boleh nak buka. Jadi Adabuat kesimpulaan mind set kita je yang rasa if makan ubat, sakit kurang. In reality sakit tu masih ada,ya sakit yang tak dapat nak digambarkan. Ramai yang kata Ada bersalin mudah. Sakit tak lama.

Tapi orang tak tahu ……………………

sepanjang  Ada mengandung 9 bulan, my weight keep drop, sistem imunisasi jatuh teruk. Macam-macam jenis penyakit Ada kena waktu mengandung.  Selsema, batuk, asthma itu semua rutin harian. Keluar masuk hospital almost every month. Muntah hari hari dari bulan ke-3 sampai hari nak bersalin.  Makan memang tak boleh sebarangan sebab kena macam-macam alahan. Makanan yang selalu jadi favourite pun jadi makanan yang tak mampu nak dihadam sebab makan terus muntah balik.  Sedih sangat masa tu sebab tengok kawan-kawan yang sama-sama mengandung semua mengidam dan berselera makan. Ada makan macam-macam supplement sebab risau anak yang dikandung tak cukup khasiat. Sehari ada 10 pil kot Adatelan belum lagi campur ubat-ubatan …
Sewaktu melahirkan anak, anak pula suspect kena bacteria apa ntah namanya. D way doctor explain masa tu plak memang sangat menakutkan – dia kata if bakteria dah masuk dalam darah, anak akan paralysed dan kena wat itu ini kat anak. Ada tak kuat masa tu , menangis je. Imagined anak Adalahir tak besar, kecik halus je sebab Ada tak lalu makan sepanjang mengandung.

Alhamdulillah ada Husband yang menyokong di belakang.  Masa tu memang penggantungan sepenuhnya pada Allah,  apa doktor cakap masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Percaya Allah akan bagi peluang untuk mendidik si kecil itu.

Alhamdulillah bakteria tu diluar sahaja, bayi sembuh dan keep in good progress till now. Syukur yang amat. Semua yang berlaku pasti ada hikmahNya, tak perlu nak salah kan ubat-ubatan dan kakitangan perubatan yang bertugas. Kita yang mendengar cerita, ambillah yang baik untuk dijadikan pengajaran dan pedoman untuk masa depan.


Thursday, June 25, 2015

Isteri Luar Biasa

Sepanjang bulan Ramadhan ni, siaran TV berlumba-lumba siarkan drama best-best. Antaranya HidayahMu Ramadhan, Isteriku luar Biasa dan Eksperimen Cinta.

Tapi mmg tak sempat la nak melayan, sempat dengar ost drama je. Bila dengar suara diorang ni cam rare, rupanya Fathia Latiff feat Shukri Yahaya yang nyanyi OST Dia Isteri Luar Biasa. Boleh tahan suara diorang ni. Layan ~~~~


Tak Pernah - Fathia Latiff feat Shukri Yahaya (OST Dia Isteri Luar Biasa) 
Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu
Tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah
Mengapa terjadi

Ku tak pernah terfikir ku kan memiliku cintamu
Tak pernah terfikir kau juga mencintai diriku
Mengapa perasaan ini hadir

Ku tahu ku takkan bisa hidup bersamamu
Ku tahu ku bukanlah yang terbaik untuk dirimu
Dan janganlah kau bersedih hanya kerna diriku
Kerna ku tahu cintaku padamu kekal untuk selamanya

Mengapa terjadi

Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu
Ku tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah
Ku tak terfikir ku kan memiliku cintamu
Ku tak pernah terfikir kau juga mencintai diriku

Mengapa terjadi

Ku tahu ku takkan bisa hidup bersamamu
Ku tahu ku bukanlah yang terbaik untuk dirimu
Dan janganlah kau bersedih hanya kerna diriku
Kerna ku tahu cintaku padamu kekal untuk selamanya

Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu
Tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah
Mengapa terjadi

Friday, June 19, 2015

Satu ramadhan

fuh.... tahun ini adalah antara tahun paling teruk ... langsung tiada preparation nak sambut ramadhan... bangun sahur pun malas2.... masuk kerja terus jadi lemau. Alhamdulillah , masih diberi kesempatan tengah hari tadi muhasabah diri. Kenapa jadi macam ni sedangkan previous year tengah sarat pregnant pun tak selemau ini.

So im end up... ambil wudhuk... solat  ... doa  dan muhasabah diri (bukan tidur ya)

Kemudian listkan planning nk wat apa on this 30 days , Alhamdulillah. Hoepfully this ramadhan better than previous. Mungkin sedikit kealpaan yang memberikan IMPAK yang besar. Hoepfully......