Tuesday, September 11, 2018

Kebahagian vs Kesan



Kawan ADA share video ni melalui whatsapp few month ago. Allah …. deepnya kata-kata yang disampaikan. Satu pengisian dan usaha yang bagus untuk motivasikan orang yang tengah stress or not in the good mood.

Cuma ADA nak tambah satu iaitu KESAN selepas tindakan yang kita ambil untuk puaskan diri kita sendiri. Kita rasa kita dah ambil tindakan yang betul tapi bila menghadapi kesan-kesan dari tindakan kita. Kita jadi
  •        tak mampu
  •        penat
  •        lagi sedih
  •        depressed
End up we all regret for what we are doing. Saranan agama untuk apa-apa tindakan yang kita ambil mohon minta petunjuk dari Sang Pencipta sebab hanya Dia yang lebih Mengetahui. 

ADA nak kongsi sikit, mula-mula ADA masuk kerja ADA memang banyak bercanggah dengan my superior. ADA akan tegakkan if memang benda tu bukan cara yang betul. Tapi lama-lama ADA belajar sebenarnya mengalah tak bererti kalah. Sabar dalam menangani sesuatu itu lebih baik dan yang paling penting bersyukur. To be honest ADA memang senang rasa depressed about small matter, mungkin ini cara ALLAH bantu ADA untuk lebih bijak menangani masalah dunia yang sebenarnya remeh sahaja.

Orang yang tidak berada di tempat kita memang boleh berkata apa sahaja. Hanya kita yang lebih memahami how we going to survive everyday. Tak kisahlah sama ada anda suri rumah atau wanita bekerjaya. Masing-masing ada cabaran yang tersendiri. Sama ada yang anak dua atau anak empat.

DON’T COMPARE !

Setiap orang tak sama dan ujian untuk orang pun tak sama.

Tuesday, September 4, 2018

Credit Card keperluan atau kehendak

Semalam masa naik GRAB, pemandu GRAB ni macam peramah tanya ADA macam-macam. End up I know his intention is nak riki2 kerja kosong in my work place. ADA pun suggest him to apply for Skim latihan siswazah (SLS) untuk dapat lebih pengalaman. FYI, monthly payment untuk SLS tempat ADA sekarang RM2K (but based on your attendance).  Tapi he looks reluctant nak try with many excuses, mungkin sebab dia pernah kerja sebelum ini tapi now jobless dan terpaksa-rela bawa GRAB untuk support monthly commitment (sewa rumah   kereta).

Dia dah jobless around 1++ year katanya. Then, ADA just sharing a little bit about myself. How ADA dulu pun struggle cari kerja. Then, this guy share now dia sangkut untuk bayar credit card yang dia ambil masa kerja dulu. ADA pun tanya kenapa ambil unnecessary loan. Dia pun sibuk tegakkan benang yang basah , he said : credit card ini keperluan di kala kecemasan . Contoh yang dia beri, kalau travel jauh tapi tiada cash, maka bolehlah digunakan credit card tersebut. Lagipun, he mention dia ambil credit card yang limit RM2K sahaja. Jadi dia sekarang sangkut untuk bayar around RM2K sahaja.

To me, the first mistake he made is to take the credit card.

Second , masih nak tegakkan kebenaran yang the credit card is not unnecessary loan.

Dear readers,

ADA umur dah 32 tahun ni pun takde credit card. Yang ada hanyalah debit card. Sebab last time all bank advice untuk change to the debit.  I don’t judge people, sure ramai kata ADA tak pernah ada emergency case yang menyebabkan keperluan credit card itu. Masa kelahiran Baby H, the cost for delivery actually exceed my budget. The cost almost double from what it supposed to be. Since ADA kena emergency czer, ADA terpaksa dipindahkan ke hospital lain & most of hospital tak mahu terima case ADA including government hospital (HUKM). ADA tak tahu orang lain but the cost reach RM20++k.  To me it is huge amount. So what im doing to settle the bill?

I don’t use credit card, I used my saving.

Sebab it is my decision to delivered in private hospital. Jadi awal2 lagi ADA dah try save as much as I can. The cost for me & the baby in case ada apa2 kejadian kecemasan yang berlaku. Terus terang ADA katakan, jika ADA tiada saving tu ADA akan minta transfer goverment hospital juga(GH) sebab ada tahu that is the only option I have.  Bukannya do unnecessary loan. In case u really need that dear readers.

Cara ADA is when my salary below RM1k, I spend like I only have income for RM600. ADA pernah je unemployed and what I do for survive is teaching at kumon & tuition center. No personal shopping, shopping hanya untuk grocery sahaja.  Tiada kereta hanya motor Honda sahaja pergi & balik kerja. Naik motor sebab lagi save dari naik bus.  ADA kumpul duit 1 year to buy that motorcycle ye.

Ukur baju di badan sendiri bak kata orang dulu-dulu.

Biar orang pandang kita lekeh tapi jangan hidup kita ni menyusahkan orang lain.

And Most important dalam duit kita ada bahagian for our parents ya. REMEMBER!

Sekarang memang ramai orang Malaysia yang jatuh muflis ya rakan-rakan semua.

ADA doa semua sentiasa berada dibawah lindungan ALLAH dan berjaya memerangi nafsu sendiri dalam perjuangan di dunia ini.



Monday, June 25, 2018

Rabbi yassir

Allahuakhbar tak tahu lah sama ada ADA kembali depressed semula atau sebab pemakanan semasa.
Rasa sedih, nak makan & migraine/sakit kepala berulang2. Ditambah dengan mimpi2 yang tidak menyenangkan. Subhanallah moga Allah jauhkan kejahatan segala makhluk di muka bumi ini dan moga apa yang ADA rasa ini hanyalah dari ALLAH swt untuk peringatan bagi hambanya yang selalu leka dengan dunia ini.


We only see, we only hear what the surface it is.
The insight of each people is remain mystery to everybody except Allah.


Tuesday, June 19, 2018

Masjid & Surau Hoping


Alhamdulillah syukur dapat berjumpa Ramadhan tahun ini dengan keadaan fizikal yang sihat. Sekarang dah ada dua anak kecil, makanya terawikhnya dirumah sahaja. Itu pun dengan dua anak yang bertebaran di atas sejadah. ALLAH , Umi pasrah sahajalah anak2.

Rindu rasanya masa sebelum berkahwin dulu masjid & surau hoping untuk mengerjakan terawikh setiap malam. Favourite ADA masa tu , Masjid Kuning di Batu 10. Suasana kampung, Allah best je walaupun solat di bahagian luar. Parking pun mudah masa tu sebab sebelah masjid ada tanah lapang. Ramai yang datang solat di situ, most of the time ADA solat di bahagian luar sahaja.


Rindu that feeling…

Teringat nasihat senior, yang beritahu suruh hargai masa muda & single. Full utilize to spend ur  time with ALLAH tanpa gangguan. Nikmat…. Allahuakhbar to many nikmat yang Allah beri dari dulu sampai sekarang. Moga semua umat sentiasa berada dibawah lindungan Allah dan diberi keberkatan untuk setiap perbuatan.

Moga bila anak2 dah besar nanti ada kesempatan lagi masjid & surau hoping again. At least this time with husband & anak2. InsyaAllah one day nanti.



Monday, January 22, 2018

Welcome 2018

Alhamdulillah dah masuk tahun 2018.

Permulaan tahun satu family jatuh sakit. Mild je. Demam for Mr Husband & anak-anak while the wife kena asthma due to the sudden drop temperature at KL.

Kafarah dosa2 dan balasan untuk hamba yang selalu leka dengan nikmat kesihatan.

by the way this year ADA reach 32 years old.

Moga Allah mengizinkan untuk menhabiskan sisa2 umur yang mendatang dengan lebih BANYAK amal.
DAN
Moga Allah melimpahkan nikmat kesihatan untuk diri dan keluarga <--- need="" p="" really="" this.="">



Tuesday, January 2, 2018

1234U

sukar untuk aku percaya kini aku telah jatuh cinta kau selalu menari di minda kau buat aku tertanya-tanya kau asak ku berkali-kali kau cuit hati dalam emoji kau kata kau suka padaku tapi cuma di bibir sahaja luah saja apa yang kau mahu katakan padaku one two sayang kamu selalu rasa rasa mahu bertemu denganmu three four, you i adore never felt this before one two three for you one two three for you luah saja apa yang kau mahu katakan padaku one two sayang kamu selalu rasa rasa mahu bertemu denganmu three four, you i adore never felt this before one two three for you one two three for you one two sayang kamu selalu rasa rasa mahu bertemu denganmu three four, you i adore never felt this before one two three for you one two three for you