Sunday, March 27, 2016

Aktiviti Hujung Minggu

Sejak Baby M dah pandai  berjalan dan bermain di luar ini, ADA jadualkan satu aktiviti bersama anak di luar rumah bermula dari hari Jumaat (malam). Memandangkan hari-hari yang lain seperti tidak sempat nak bawa Baby M keluar. Pagi-pagi dah keluar bekerja balik dah nak waktu Maghrib. Jadi masa untuk bawa Baby M keluar jejalan is very limited.
Rutin bawa Baby M beriadah hujung minggu.


Aktiviti-aktivitinya biasa je, cuma make it fun to him:

1. Sambil shopping barang-barang dapur, ADA akan tunjukkan nama-nama sayur dan buah-buahan. Suruh Baby M pegang all those thing, untuk boost motor skill dia.

2. Bawa dia main kat playground. Both yang indoor and outdoor.

3. Pergi mandi kolam renang. Ini bila cuaca ok je.. cuaca sekarang ni memang ADA limit kan pendedahan ke outdoor.

Sebagai ibu yang bekerja ADA rasa masa dengan anak sangat-sangat kurang. Jadi masa yang ada tu ADA gunakan untuk bermain dan belajar dengan dia. Key point yang selalu ADA ingatkan untuk diri sendiri adalah make sure Baby M is happy while learning sebab dulu masa ADA jadi cikgu tadika. ADA tengok ramai parents duk force anak belajar2 sampai budak –budak jadi tension. Ini tak sepatutnya berlaku! Kanak- kanak bawah 7 tahun patutnya kena lebih banyak bermain dari duduk dan buat homework. Mungkin sistem pembelajaran Negara yang terlalu demanding now nak suh semua kanak-kanak jadi begitu. Kasihan lah pada anak-anak…



Wednesday, March 23, 2016

Pengalaman Skincare

Al kisah selepas bersalin kan Baby M, kulit muka ADA jadi kering. Stress sebab kering sampai rasa pedih muka macam terluka. ADA cuba bermacam jenis skincare especially skincare yang sebelum ini efektif untuk ADA. Tapi semua macam tak function. Kulit  masih kering dan mengelupas serta merabak ke lebih banyak.

Alhamdulillah, ada sedikit perubahan selepas ADA cuba HADA LABO moisture lotion dan pencuci muka tapi masih tak dapat pemulihan sepenuhnya. Tambahan normally kalau terlebih pakai lotion ni, kulit tumbuh jerawat gak tapi tak teruk. Jadi ADA masih riki-riki (entah dari mana datangnya perkataan ni). Tanya orang sana sini , tergerak hati nak try skincare Dnar’s.  Masa pakai ok je kulit getting better tapi bila dah nak masuk dua bulan pakai kulit ADA mula tumbuh jerawat. Hati ADA jadi tak best sebab my skin bukan jenis senang tumbuh jerawat. Jadi ADA berhenti.

After 2-3 days, my skin getting worst. ADA still nak sedapkan hati yang its gonna be ok soon. Rupa-rupanya keadaan muka jadi lagi teruk, siap pori2 jadi besar n jerawat maki segar bugar tumbuh tanpa segan silu. Tepi kiri kanan atas bawah semua ada jerawat. Rasa down sangatt…..

Jadi ADA pergi kat satu stokis ini sebab ADA plan nak beli produk lain (tak perlu ADA nyatakan produk apa). Sampai kat stokis tu, penjual sarankan ADA guna Dnar’s skincare untuk kulit sensitive sebab dia kata sebelum ini ADA salah guna produk untuk normal skincare. Termakan kata-kata jurujual ADA beli satu set untuk kulit sensitive. Alhamdulillah, after pakai jerawat ADA kecut tapi masa cuci muka tu rasa pedih betul macam luka kena garam ok. Imagine setiap kali cuci muka rasa camtu.After two weeks jadi balik jerawat bergerak aktif. So ADA cuba untuk guna produk Dnar’s ni selang hari tapi masih tak berkesan. END UP ADA decide berhenti terus guna pencuci.   FED UP betul. Maybe this produk tak sesuai dengan ADA.

Both pipi.... kiri kanan tumbuh jerawat halus

ADA ada juga search thru google and found one blog yang menerima nasib yang sama with ADA. Can read here --->  KESAN DNARS

Lesson learnt that I get is my skin usually not fit with local skincare like SAFI, Dnars and etc2. ADA now guna sabun madu dari Bodyshop je. So far ok. Jerawat dah tak aktif tapi still semua bekas-bekas jerawat sangat terserlah di muka. Hopefully it will recover soon….

Monday, March 21, 2016

Sindrom anak mengamuk tanpa sebab

Alhamdulillah this year, Baby M will turned two years old. How time flies….

Rasa baru sahaja mengandungkan Baby M, suddenly dah membesar seperti uminya.. hehehe…Dalam dua minggu ini ADA tengok Baby M dah mula throw his tantrum without a reason. Bayangkan ADA nak pergi ambil wudhuk , Baby M boleh merengek-rengek depan bilik air sampai ADA keluar dari bilik air sedangkan kat ruang tamu neneknya ada temankan dia bermain. Bila ADA keluar je dari bilik air, Baby M pun senyap then terus pergi ruang tamu main dengan neneknya. Terpinga-pinga ADA tengok dia .. ingatkan Baby M nak apa tadi.

Lagi satu Baby M dah pandai baling barang bila kita tegur dia. Rasa nak nangis, mana hang belajar ni anak oiiii…

ADA pun cuba2 google. It’s normal for anak-anak berusia 2 hingga 3 tahun sebab kita tak faham apa kemahuan dia. Fuh… I try my best to bersabar …

This is a few tips to handle yang ADA rasa membantu.

·  Konsisten – Adakan rutin harian yang tetap bagi memudahkan jangkaan anak seperti waktu tidur mengikut waktu ditetapkan.
·  Buat perancangan awal – Jika perlu membeli-belah barangan keperluan, lakukan seawal mungkin iaitu pada waktu pagi ketika anak tidak lapar atau keletihan. Bawa sekali bekalan snek atau permainan untuk anak jika ada kemungkinan anda perlu beratur panjang.
·  Kreatif – Galakkan anak anda bercakap. Jika dia masih belum boleh bertutur, gunakan kreativiti anda dengan mengajarnya bahasa isyarat ringkas dan mudah difahami bagi merujuk perkataan seperti ‘Saya Mahu’, ‘Cukup’, ‘Sakit’ dan ‘Penat’. Lebih mudah komunikasi anda dan anak, lebih kurang anda berdepan masalah anak mengamuk.
·  Buat pilihan – Benarkan anak kecil membuat pilihan bagi membolehkannya berasakan dia juga boleh memilih. Ini seperti menyuruhnya memilih antara baju warna putih atau biru, jenis buah-buahan yang diingininya atau mainan pilihan.
·  Beri pujian – Pujilah anak anda jika dia berkelakuan baik seperti berkongsi mainan, patuh dan mendengar arahan.



 

Ikhtiar itu perbuatan sedang rezeki itu hak Tuhan

apabila kita sudah tidak boleh ditegur,
itu namanya EGO
apabila kita berasa diri kita bagus dan memandang rendah orang lain
itulah TAKABBUR

Setiap hari kita akan belajar sesuatu, sama ada kita nak ambil pelajaran tersebut sebagai rujukan di masa hadapan atau tidak. Terpulang kepada diri masing-masing.




It is lunch date with En Suami. Datang waktu lunch hour hari ni.. LoVE <3 comment-3--="" nbsp="">

Sunday, March 20, 2016

In love

ALHAMDULILLAH I'm in love with a same person everyday. 


Walaupun ADA kenal husband sekejap sangat dan terus decide nak kahwin dan kami tak pernah lalui zaman bercinta sebelum kahwin. Jumpa sebelum kahwin pun few times je. Tapi alhamdulillah ADA sangat happy sampai sekarang dengan En Husband. Thank you Allah for another greatest GIFT in my life.

En Husband memang banyak bantu dan faham ADA. Sampai kadang-kadang ADA tanya kat En Husband "am i queen control". En Husband kata takde pun (tak tau la kalau nak jaga hati ADA kan). Rasa bersalah bila selalu minta tolong. Walaupun tak diminta, En Husband sangat-sangat selalu sukarela untuk bantu ADA dan tak pernah merungut walau sekali pun. How bless am i....

Syukur yang teramat sangat...  

Betul la kata orang suami yang baik dan romantik tu bukannya yang selalu belikan hadiah dan ucapkan kata-kata cinta tapi suami yang bila nampak isteri tengah sibuk tentang hal rumah tangga, dia akan sukarela bantu. Ni baru romantik  ^_^


Sunday, March 6, 2016

Reality vs Professionalism


ADA jenis orang yang reality and sesetengah orang gelarkan orang yang jenis ikut perasaan. ADA tak reti bila orang suruh jadi professional. To me that is fake. Personally you don’t like that people tapi bila berjumpa you like meeting your BFF.  Macam “talam dua muka”.

 I just can’t…

Normally, bila jumpa orang yang ADA tak suka ni. ADA ignore or senyum tawar je (kalau mampu).  Pilihan di tangan masing-masing. If you choose nak jaga hati orang dan korbankan perasaan sendiri – you can be a “pro”.  Tapi sampai bila nak jaga hati orang…. Bak kata orang dulu-dulu “ Buat baik berpada-pada ….”. In the end when people not appreciated all your good deeds. You complain every minutes and hour. Tak guna juga kan.. Pilihan di tangan sendiri.


Tips bergaul yang ADA dapat dari Whatsapp Group :