Monday, November 30, 2015

Rezeki datang dalam pelbagai bentuk

Rezeki tu dalam dalam pelbagai bentuk. - Jodoh, duit, anak, pangkat, kepercayaan, persahabatan, keluarga dan macam-macam lagi bentuk. Yang penting kena bersyukur dengan apa yang kita dapat. Entry kali ni lebih kepada peringatan untuk diri sendiri sebab sejak kebelakangan ini ADA terlalu stress dengan kerja dan persekitaran kerja sampai terbawa-bawa ke rumah. Banyak mengeluh dan complain. Letih memanjang.....

Kesian Encik Suami dan Baby M... diorg yang kena hadap ADA hari-hari. 

Syukur~




Ada dua jalan cerita
Duka atau bahagia
Mahu pilih yang mana
Hati masih bertanya
Lekas, aku mahu jawabnya

Jaga kau hati-hati
Takut ia dicuri
Kelak nanti kau kan patah hati
Mungkin akan terjadi
Tapi masih tak pasti
Harap engkau mengerti
Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku
Angin membuaikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu

Sunday, November 22, 2015

Bila bini merajuk~

Kadang2 bini ni merajuk bukannya apa .. 

nak attention, nak dipujuk. 

bila laki makan bini wajib teman tapi bila bini makan dia makan sorg2 je...

Bukannya bini ni tak reti wat kerja tu sendiri,

Dulu sebelum kahwin semua dia wat sendiri,

Boleh je…

Tapi saje nk dependent kat laki dia, 

Nak bagitau laki dia ni penting kat sisi dia.

Tapi laki tak faham2… 

Bila bini dah start nak wat semua sendiri tu 

Maknanya bini rasa baik wat sendri sebab bila suh laki wat lagi sakit hati dia.

Dulu2 sebelum kawin, berusaha keras pujuk,

Semua benda yang diminta usaha bagi…

Sekarang buat derk je…

Try la faham bini tu.. 

Takkan nk tunggu dia bgtau.

“ abang saya dh give up dengan relationship ni”.

~~ renungan pagi



Wednesday, November 11, 2015

Pelajaran dan pengajaran

Lesson learnt for today aka pelajaran dan pengajaran yang didapati pada hari ini. Apply for working environment right now.


- Jangan tanya banyak sangat nanti jadi cam cerita bani Israel yang byk soal psl Sapi
- Belajar dari kesilapan
- Ujian datang dalam bentuk senang dan susah
- Beralah bukan semestinya kalah
- Belajar cool down before act
- Semua yang berlaku mesti ada hikmahnya ( sekarang dah dapat fresh air.. Alhamdulillah syukur)
- Kita takkan kenal orang sampai kita kerja dengan dia (cam bercinta semua indah, bila dah kahwin baru semua perangai yang lain-lain terserlah)
- Jangan malu untuk mengaku salah
- Buat kerana Allah
- Jangan terlalu bersedih kerana dunia
- Luaran tak sama dengan dalaman ( mungkin minta balasan)
- Don't judge book by its cover ( mungkin tengah belajar)


A006
Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.
 (al-Ankabut: ayat 6)



Monday, November 2, 2015

Memang dah jodoh

Semalam berskype dengan kawan... terchat pula pasal isu ini. Kitaorang bercerita pasal kawan yang tunggu kekasih dia dari sekolah menengah sampai dah umur 28 tahun. Suddenly, datang seorang lelaki lain pinang dia. Dia terima. Give up agaknya menunggu kekasih hati masih tak sedia nak pikul komitmen. Bukan sebab yang datang meminang tu lagi baik atau lagi kaya dari sebelumnya.Dah jodoh dan Ada tengok kawan Ada tu amatlah happy sekarang sebab baru nak bercinta dengan suami dan suami memang seorang yang memahami dia.

ALLAH lebih Mengetahui spa yang kita perlukan walaupun kita duk la harap yang salah tu jadi milik kita.. semua ini memang dah tertulis dalam Lauh Mahfuz dari umur kita 4 bulan dalam perut ibu. Yang penting kita perlu terus berdoa dan jaga diri sendiri. Pasangan yang kita dapat umpama cerminan diri kita. Jika diri sendiri pun kita tak jaga dengan baik, bagaimana lah hendaknya mendapat yang baik pula. Hidup di dunia ni sekali dan singkat sahaja, akhirat kampung halaman yang kekal untuk setiap manusia. Moga kita membawa bekalan yang cukup untuk hidup di sana. Do you still want to spend your life with ur beloved pasangan kat sana. Tepuk dada tanya iman....



 Kalau dah jodoh , tak ke mana.....

Kahwin dengan keluarga sekali

Kahwin dengan keluarga sekali.

Pernah tak ada orang pesan kat kita camni.. Mak atau makcik2, kawan yang dah kahwin , sedara-mara? Dulu waktu Ada nak kahwin, salah satu doa Ada pada Yang MAHA Berkuasa adalah untuk ditemukan dengan keluarga mentua yang baik dan boleh menerima Ada seadanya.

Dan masa beritahu mengenai bakal suami, Ada buy in family Ada untuk terima pilihan hati. Alhamdulillah Allah mudahkan. Bak kata orang :


" Takkan sebab dengan satu hubungan baru , kita putuskan semua hubungan lama kita."


Alhamdulillah Ada syukur sangat sebab dianugerahkan Allah dengan keluarga mentua yang baik sangat. Mak dan Abah serta ipar yang baik-baik. Jadi bila dengar orang lain mengadu pasal keluarga mentua Ada rasa syukur sebab tak perlu lalui semua tu bahkan Ada rasa keluarga mentua melengkapkan lagi hidup Ada sebab dapat rasa suasana kekeluargaan yang lebih besar.


Jadi bila kawan-kawan atau sedara yang mahu mendirikan rumah tangga, Ada nasihatkan Kahwin dengan keluarga pasangan sekali. InsyaAllah lebih kasih Allah pada kita kerana mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara saudara sesama Islam dan jangan lupa untuk berdoa hubungan itu berkekalan di jalanNya.