Monday, August 31, 2015

Ada hikmah pada pengakhirannya....

My first job dekat satu syarikat IT dekat Bukit Jalil. Establish company tapi suka tindas pekerja dan terlalu banyak ofis politik yang tak larat nak dilayan.  Kerja sana 3 bulan sahaja ... tapi kawan-kawan sekerja kat sana memang baik. Alhamdulillah after kerja keras dan kesabaran diorang, now semua dah dapat hala tuju masing-masing. Dua orang dah sambung PHD - satu dalam negara dan seorang lagi di luar negara.Seorang jadi fulltime housewife- memang dah expect sebab kak Bush memang very motherly. and seorang dah kerja ngan government dekat ngan hometown... Ni semua rakan-rakan perempuan, yang lelaki Ada tak update.

Alhamdulillah diakhir nya pasti ada pengakhiran yang baik... 






Thursday, August 27, 2015

Photobooth wedding signage

First time Ada buat Photobooth Signage adalah untuk my own wedding. Last minit buat, tapi silap sebab Ada wat  saiz kecik. Jadi photographer kata dalam gambar tak berapa nampak. ~






Wednesday, August 26, 2015

Percutian Raya dan Keluarga~

Alhamdulillah.. Hari raya Kedua tahun ini, planning for bercuti dengan keluarga mentua.  First time bercuti with keluarga in law. Ada rezeki dapat book rumah rehat syarikat untuk 3 hari 2 malam. Unfortunately FIL kena keje last minit, jadi family in law just stay satu hari satu malam je. 

Disebabkan my sis and my bro stay kat Perak juga, ajak diorang datang on second day. My bro tak dapat datang sebab kerja. Hari Isnin kan. My sis-husband and wife cikgu. Jadi memang cuti.So it be a fruitful vacation coz we spend time with both family ... me and him.... syukur...

Masa mula-mula datang memang traffic yang teruk sebab cuti panjang. Ramai foreigner yang datang bercuti ke Cameron.DItambah pula dengan cuaca hujan lebat tak berhenti, Kesian keluarga in law tak dapat jalan sangat sebab cuaca yang tak mengizinkan.

Kakak Ada memang expert pasal Cameron sebab selalu pergi bercuti kat sana. Jadi dia lah sebagai penunjuk arah pergi jalan-jalan. Tempat yang menarik untuk dikunjungi :

1. Kea Farm : Tempat yang best untuk shopping sayur-sayuran segar. Macam-macam kitaorang borong dan makan malam tu juga. Best dapat sayur segar ni~

2. Pasar Malam Brinchang : Kat sini Ada borong strawberry banyak2 sebab plan masa tu nak makan dengan coklat beryls yang kitaorang bawa untuk dip.Memang puas makan .. berkotak-kotak habis...

3.Ladang Strawberry KHM Kg Taman Sedia : Kat sini aiskrim dia paling sedap n terbaik.. murah lak tu.Baru RM2 je satu. Scone dia pun murah. Beli jam dan syrup strawberry kat sini... View kat sini memang best .. syahdu je rasa...

4.Tanah Rata : Ada beli barang runcit je kat sini...

Untuk Ada, cuti kat mana-mana pun tak kisah janji spend masa dengan family . Makan dan sembang till midnight... susah nak dapat masa kumpul sama-sama bila ada yang dah masuk belajar , kerja dan stay in diff state. Makan dengan percutian begini, memberikan manfaat kepada kami untuk eratkan hubungan kekeluargaan.


You don't choose your family.
They are Allah gift to you as you are for them.