Thursday, February 18, 2016

Melihat dari mata hati

Perasaan rendah diri ni nampak remeh tapi implikasinya besar bukannya hanya pada diri sendiri malahan pada orang sekeliling bahkan orang yang baru sahaja melihat kita...

Beri khidmat pada orang lain ini umpama sedekah untuk diri sendir....
Memulakan salam pada yang tidak dikenali, payah dan berat. Tapi jika telah dijadikan rutin InsyaAllah tiada lagi rasa janggal. Mana tahu dengan satu salam kita mampu menceriakan hari seseorang dengan izinNya~


jangan pentingkan diri sendr~


Nikmat .. tanda syukur n rendah diri yang orang lain boleh rasa




Thursday, February 11, 2016

Ajlaa Village

Alhamdulillah , cuti CNY yang lalu sis in law belanja the whole family bercuti ke Ajlaa Village Hulu Langat. Tempat yang menarik, closed to nature. Tapi sebab ADA , en Suami dan Baby M tak berapa sihat jadinya kami tak berapa nak into the holiday mood.

Ajlaa Village ni atas sikit dari sungai Congkak, area ke Pangsun. Dari rumah ADA, perjalanan ambil masa lebih kurang 36 minit (ikut kata wazelah). Jalan ke Ajlaa ni agak curam sikit jadi bawa berhati-hati ya. Petang tu kitaorang makan-makan wat BBQ dan steamboat ( tak sempat amik gambar).

Pendapat ADA tentang Ajlaa Village ni :

1. Suitable for family anak-anak yang dah besar je kot. Untuk yang masih kecil cam Baby M ... agak leceh sikit sebab tiada heater and most of the place cam bahaya sebab tempat baru ( masih ada construction here and there)

2. Kolam dia pun cam kurang bersih. So ADA memang tak bagi langsung Baby M mandi. Baik g mandi sungai je.

3. Closed to nature. So sesiapa yang rasa nk cari ketenangan. this is the place. Sunyi sepi with great view.

4. Kitaorang check in lewat almost 1 hour sebab previous customer lambat keluar...

to Ajlaa Village... bley diperbaiki lagi perkhidmatannya ya.

kolam anak-anak ikan. only fish can swim here... hehehe

kolam renang ni kanak-kanak dan dewasa boleh berenang ya...


Jejalan pagi... bagi chance Baby M hirup udara segar bugar.

Wednesday, February 10, 2016

Perhubungan Jarak Jauh

Perhubungan jarak jauh (PJJ) , Long Distance Relationship (LDR).  ADA pernah hadap hubungan camni after married selama 8 bulan dan masa tu dah pregnant. Rasa berat sebab during pregnancy im having a very bad immunization body system. Allah uji dengan pelbagai jenis sakit... Hanya Allah yang Mengetahui bagaimana berlalunya 9 bulan itu.. Setelah beberapa kali berbincang dengan En Suami, both of us agree that one of us should berkorban. En Suami pun rasa bersalah sebab tak dapat membantu wife yang asyik sakit.

Jadinya...

En husband decide utk berkorban( disebabkan alasan-alasan yang kukuh). Until now dah 2 tahun berlalu, kerjaya en Suami masih terumbang ambing lagi.Kesian pada En Suami, ADA rasa bersalah sgt pada dia sebenarnya.  Dan En Suami tak pernah mengeluh pun psl kerja dia pada ADA.  ADA sangat bertuah sebenarnya. Ada sebab kenapa bukan ADA yang berhenti kerja. Commitment ADA tinggi. InsyaALLAH  by next year semua commitment to akan settle. Dan ADA sanggup follow En Suami kemana sahaja after ni.  I will follow you.....

ADA kesian juga dengar member2  yang PJJ ni sbb husband kerja offshore or tentera laut. Aduhai.... memang like no option langsung for them.Allah lebih tahu tentang perancanganNya. Bersabar dan tabahlah.