Monday, December 14, 2015

PTS BOOKCafe

Promosi akhir tahun dari PTS BOOKCafe 

Dari bulan lepas lagi ADA dah pilih buku apa yang nak dibeli memandangkan PTS buat PROMOSI sehingga 50%. Tapi sayang the delivery charge is too expensive. Jadi ADA tak proceed untuk pembelian sehingga lah PTS wat pula promosi free postage untuk pembelian melebihi RM50. Terus confirm pembelian.. hehehe


Dalam tempoh masa tak sampai seminggu, buku-buku sampai di muka pintu. Sangat Happy ^_^

Siap dapat hadiah Upin Ipin dan buku novel kanak-kanak~

Berbaloinya rasa...





Owh mak ADA suka dengan buku IQRA Ustaz Don. Menarik dan interaktif :)

Sunday, December 13, 2015

Ibu dan anak

ADA ni memang agak sangat sensitif pasal anak hatta kalau ada yang mengata anak sedara pun ADA sedikit sentap. Semua ibu kat dunia ni nak the best untuk anak diorang. ADA yakin. InsyaAllah... Hormati cara orang lain didik anak diorg. Diorang nak jadi garang ke? nak bagi susu botol ke? nak bagi anak tidur buaian atau nak dukung anak diorang 24 jam pun... Sila hormati ibu bapa ini sebab itu anak diorang dan diorang lebih tahu. Jadi please don't compared.

dan...

Jangan ingat cara kita adalah the always best way untuk didik anak....
Jangan perasan !


Itulah yang ADA rasa dua hari ini bila ada member cakap ADA tak consider anak bila plan nak bercuti. Sentap betul rasanya.  Sebenarnya bila plan nak bercuti ni ADA memang akan baca banyak review thru google. Pastu baca pengalaman-pengalaman orang, discuss dengan en Suami.Kemudian baru buat keputusan. Tetiba je bila member hentam ADA tanpa tapiasan bab anak ni memang ADA terasa sangat.  ADA tak tau orang lain, tapi bagi ADA pengalaman jaga Baby M for 1++ year ni memang buat ADA sangat berhati-hati. 

Jadi hormatilah orang lain jika nak dihormati.


Thursday, December 10, 2015

My lucky star~

Tetiba mood merindu pada Encik Suami menjengah di waktu2 bekerja begini. Termelayan pula suara lunak merdu Encik Mimpi. Btw, ADA memang minat dengan EM ni dah lama before EM jadi artis sejak lagu Putus di Twitter meletup. Rasanya banyak lagu EM yang kelakar2 liriknya. Layan~~~


Pabila bertemu kenapa mataku,
tak pernah mahu berpaling dari memandangmu...
pabila berjauh telefon bimbitku,
tak mahu terlepas jika ada pesananmu...

Awan yang kelabu  jadi merah jambu,
hanya bila kamu muncul bersama senyum mu...
entah cabut mana gundah di hatiku,
hanya bila telingaku mendengar suaramu...

Oh you're my lucky star,
shining when I need you the most in time,
never let me down even the sun goes dark,
that's why you will always be my lovely star oh...

You're my lucky star,
I will sing along so I can be with you,
cheering up my day, oh baby stay with me,
every single second you're my lovely star...

Apa perlu tidur,makan dan minum ku?
asal semalaman dapat temani harimu...
hujung minggu lupa basuh kemeja ku,
hanya kerana selalu rindu kepadamu...

Ketawa bersama dengar jenakamu,
walau sebenarnya tidak sekelakar itu...
hujan yang menari tidak membasahi,

rasa di lindungi bila kau ada di sisi...


Layan Lucky Star by EM~~~

Bertemu dengan si dia


Bertemu jodoh dengan si kekasih hati. Moga si dia jadi kekasih hati abadi hingga akhirat nanti.


Tuesday, December 8, 2015

Have Fun at Taman Rekreasi Air Putrajaya

Alhamdulillah. Beberapa minggu yang lalu ADA ajak Encik Suami untuk beraktiviti di Putrajaya. Niat sebenarnya nak mulakan aktiviti sihat untuk diri sendiri sebab ADA gain weight banyak sangat dan nak ajak Baby M bertatih di tempat yang terbuka dan bersih supaya Baby M semangat sikit nak bertatih.hehehe....

Bergerak dari rumah jam 7.30 pagi dan bawa bekalan sarapan. Rasa happy bila dapat sarapan tepi tasik dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Tapi matahari cepat sangat menjengah. Cuaca agak terik walaupun baru jam 8.30.  Alang-alang jalan kat sana, ADA ajak Encik Suami untuk naik bot bawa Baby M.


Harga Naik Bot : RM 10 untuk dewasa, RM 5 untuk kanak-kanak(selama 30 minit)
ADA pilih Duffy Bot ... ada lagi satu lain jenis bot. ADA tak ingat namanya.

Kat sini ada banyak pilihan selain naik bot, boleh pilih kayak , memancing, kanu dan kayuh basikal. ADA tengok basikal kat sini well maintain compared to Taman Botani. Jadi tak risau sangat if nak bawa anak kayuh basikal. 

Taman Wetland ni bersambung dengan Taman Botani. Selagi larat nak berjalan otau kayuh basikal- bolehlah menghabiskan lebih masa kat sini. Riadah kat sini memang berbaloi. Untung orang-orang yang stay area Putrajaya ni :)


Tuesday, December 1, 2015

People live with their own choices

Alhamdulillah lagi sebulan nak menganjak ke tahun 2016.  Tahun ini antara tahun yang  jika boleh untuk dilupakan... ADA mahu lupakan terutama mengenai kerja. Banyak sangat peristiwa pahit payau and masam yang telah dilalui tahun ini dan masih berlanjutan sehingga menjadi barah stage 4... hehehe..

In life side, ADA sangat syukur sebab tahun ini adalah tahun yang penuh moment2 kegembiraan bersama Baby M. He's always make me happy waktu ADA stress. Allah tu Maha Adil. He give what i need not what i want. Alhamdulillah syukur punya Allah Yang Maha Penyayang.

People live with their own choices....

Sama ada memilih jalan yang benar atau sebaliknya, manusia hidup berdasarkan pilihan masing-masing. Bulan ini ADA diuji untuk memilih lagi. Doa pada Allah moga ini jalan yang terbaik.