Alhamdulillah,
ADA tengah menunggu kehadiran adik Baby M. Perjalanan kali ini, sedikit mudah
berbanding menunggu kehadiran Baby M dulu - emosi dan fizikal. Kali ini, abinya
ada di sisi. Alhamdulillah syukur sebab banyak membantu di waktu ADA
memerlukan. Cuma kali ini, ADA dah ada hypertension before pregnant. Hypertension in pregnancy diklasifikasikan sebagai kehamilan berisiko
tinggi.
Makanya seawal
8 minggu lagi ada telah dirujuk kepada doktor pakar. Berikutan tekanan darah
yang sering tak menentu, ADA pernah dimasukkan ke hospital untuk kawalan
walaupun pada awalnya hanyalah disebabkan dihydrasi sahaja. Cabaran apabila
sudah punya penyakit ketika kehamilan.
Minggu ini
kandungan ADA sudah menjejak 34 minggu. Lebih kurang 5-6 minggu lagi untuk
menunggu ketibaan yang ke dua dalam keluarga kami. Semakin meningkat usia
kandungan, semakin tinggi bacaan tekanan darah. Kaki membengkak dan dos untuk
ubat pun bertambah walaupun ADA dah control makan tapi kelelahan kerana bekerja
memang sukar untuk dikawal. Berbagai petua juga sudah di cuba seperti minum air
epal hijau dan belimbing tapi keadaan masih sama. Redha dan pasrah dengan
ketentuanNya, Allah lebih tahu hikmah di sebalik semua ini dan sesungguhnya DIA
Maha Penyembuh.
ADA doa moga
dipermudahkan segala urusan sewaktu melahirkan si adik ini dan moga adik Baby M
sihat fizikal dan mental. InsyaAllah… Debaran itu makin terasa…
A most
beautiful smile is
From the
most painful heart
From the
most stressful life
From the
most patient people
Who keep it
strong to strive a day
With a smile
to others...
ALLAH has a
plan for you.
You are
exactly where he wants you right now.