Monday, May 30, 2016

It’s Breakfast Day With MILO

Alhamdulillah, spending last Sunday with family and friends sambil minum air free. Overall this year lagi best dari previous2 year sebab lagi banyak activities involved kanak-kanak. So mak-mak seperti ADA rasa terhibur juga. Ada juga aktiviti2 untuk orang dewasa. Memang banyak penambahbaikan dari tahun lepas. Congrats organizer. =)


Route larian different from last year


We all berjaya habiskan larian tau....



Belon sabun... Dapat free tapi should be shared among the participant. 
Tapi sbb ada yg tak faham concept ni and kongker lama2.... kesian kat kanak-kanak2 lain yang xdapat main.

Tuesday, May 24, 2016

Hormati orang yang pernah sayang pada kita

Walaupun tak bisa membalas cinta seseorang, kita sepatutnya menghormati perasaan cinta/sayang yang diberikan oleh seseorang pada kita. Hormati dan tolak perasaan itu dengan perilaku yang baik dan kata-kata yang sopan.

Jika dipaksa untuk menerima, kita menolak dengan menjauhkan diri dan mendiamkan diri.


Itu sudah cukup...

#work  #life #love





Mengapakah kita selalu berjauh hati
Selalu mnyendiri dan trasa hati
Apakah kita tak sehaluan lagi
Berat bagiku 2x

Melepaskanmu bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mngusik jiwa dan hati
Kala malam tidur ku tak lena mngenangkan mu

Apakah salahku
Kau buatku begini
Tinggal sendiri
Terus sendiri
Cinta yang ku pinta
Kau balas dengan dusta
Berat bagiku2x

Ku cuba pertahankan
Separuh jiwaku hilang ikut terbang berasamamu
Episod cinta hitamku kini berulang kembali
Berulang kembali mnguasai diriku ini

Oh tuhan
Kumahu yg terbaik
Terbaik buatku
Insan kerdil ini

Oh tuhan
Noktahkan kehilangan ini
Munculkan dia
Dia terakhir buat diriku

Monday, May 23, 2016

Creamy cheesy soup for toddler

Last week, Baby M kena jangkitan penyakit tangan, kaki, mulut. Mulut ada dua tiga ulser dan gusi membengkak. Minum susu pun tak mahu sebab mulut sakit. He lost weight.. Nampak kurus...

Jadi after Baby M dah sembuh, uminya semangat nak memasak his meal since he quite picky about his meal sejak dah pandai merasa ni.

ADA masakkan Baby M soup untuk dimakan with pasta..

Ramuan :
Ubi kentang(direbus)
Cheese yang sekeping2
Ayam
Bawang merah
Bawang putih
Serbuk lada hitam(secubit je wat perasa)
Spiral Pasta(direbus)
Garam(secubit je wat perasa)

Cara:
Tumis bawang merah dan bawang putih, lada.
Dah garing, masukkan ayam.
Masukkan air dua mangkuk dan kentang.
Dah mendidih, masukkan garam dan cheese.
Agak2 nk pekat, masukkan cheese banyak sikit..
Sukatan semua main sesedap rasa je.



Selamat mencuba.


Wednesday, May 11, 2016

KK 2 and half trip Part 1 – Planning

                                                       

Last Minute plan. ADA saje-saje tengok AirAsiaGo. Nak dijadikan cite ada pula promosi ke KK.. Menarik sebab affordable and cam sesuai for family vacation. So ADA pun discuss with husband. He agree. Dan bermulalah first family trip kami naik flight bawa Baby M. Excited sebab tak pernah jejak kaki ke sana dan quite berdebar sebab bawa Baby M and my mother.

Dengan masa yang berbaki lebih sikit kurang dua minggu tu,  ADA pun memulakan perancangan. Kita merancang, Allah yang menentukan… hehehe

1. Schedule tentative
- Search thru blog tempat-tempat menarik
- Prepared waktu solat kat sana
- Prepared the tentative place to visit
- Cari no contact untuk car rental

2. Web Check In
- Boleh web check in with infant walaupun bawa Baby M. How?  Create your login iD. Then proceed cam biasa. Lega. Satu process settle.

3. Print out Boarding Pass and Itinerary
- Boarding terus asingkan yang pergi-baliknya. Senangkan?
-  Itinerary bukti as Hotel Booking sebab ADA book with AirAsiaGo

3. Kemas Bagasi
-  Senaraikan barang-barang keperluan

-  Search for the tips untuk tak bagi Baby M tak menangis waktu flight landing

Contoh Schedule tentative ADA wat pakai Word.


Yang ini ADA copy and paste dari one blog... 
dah lupa nama blognya. Terima kasih owner blog. 
Very helpful your explanation

Sunday, May 8, 2016

Selamat Hari Ibu Sedunia

Alhamdulillah semalam sempat ke rumah mentua dan pergi makan di luar bersama mak ^_^
ADA tidak mengamalkan pun acara sambutan-sambutan ini. Aktiviti makan-makan di rumah mentua dan mak sendiri dh macam rutin on weekend. Cuma mungkin bila ada sambutan ni bley la ucapkan Selamat Hari Ibu pada mentua dan mak. Hehehe….

Benda baik bagus dijadikan amalan. Hubungan kekeluargaan dijaga. InsyaAllah kerana Allah.
Cuba makan di restoren western Bandar Tun Hussein Onn (BTHO). ADA lupa nama kedainya… T--- Steak House tak silap. Lokasinya berhadapan dengan AEON Big BTHO. Overall makanan dia taste so-so je and the price macam tak suit with the meal taste.  Tapi diorg nya service memang cepat, agak-agak lapar sanga; boleh datang dan terus melantak.. hehehe..


Sizzling Yee Mee RM 14.95

Seafood spaghetti RM 16.95


Chicken Chop RM 11.90 tapi tengah promo RM 7.90

Milo O dia rasa manis dan ada susu... Ermmm.....

Selamat Hari Ibu